Siapa sangka, drama yang sangat popular pada bulan Ramadhan tahun 2006 bakal ditayangkan semula untuk versi yang terbaru. Semestinya ini menjadi berita gembira buat peminat-peminat Diari Ramdan Rafique untuk menyaksikan kembali barisan pelakon yang pernah menceriakan mereka suatu ketika dahulu.

Tularnya gambar terkini barisan pelakon Diari Ramadan Rafique di media sosial memberi jawapan yang jelas bahawa drama tersebut bakal ditayangkan semula. Rata-rata peminat cukup teruja dengan khabar berita tersebut meskipun belum diumumkan secara rasmi.

Sumber: Blog Ammar

Dekat Dengan Masyarakat

Drama yang ditayangkan pada tahun 2006 ini berkisarkan tentang telatah kanak-kanak yang berpuasa di rumah nenek mereka.

Kenakalan sewaktu zaman kanak-kanak khususnya bulan puasa membangkitkan nostalgia di kalangan masyarakat kita. Disebabkan itu, drama ini cukup dekat dengan jiwa masyarakat kita.

Antara barisan pelakon asal Diari Ramadan Rafique ialah Mirsad Hassan Kulasic, Noor Zam Zam, Roy Azman, Rozita Che Wan, Mysarra Syahfiedzrien, Thaqif Taufek, Norish Karman dan Normah Damanhuri. Pun begitu, berdasarkan barisan pelakon yang bakal ditayangkan dalam Drama Diari Ramadan Rafique 2019, dilihat kekurangan seorang lagi pelakon asal iaitu Norish Karman.

Sumber: Twitter

Harapan Warga Maya Dari Dahulu

Selepas berakhirnya Diari Ramdan Rafique pada tahun 2006, warga maya tidak putus-putus mengharap akan ada sambungan drama tersebut pada tahun-tahun yang mendatang.

Walaupun sudah 13 tahun berlalu, kesetiaan warga maya terhadap drama ini tidak pernah surut, malah rata-rata mereka turut mengimbau memori mereka ketika menonton drama ini ketika dahulu.

Sumber: Twitter

Malah, lagu OST Diari Ramadan Rafique yang agak bersahaja itu mengingatkan kembali warga maya ketika zaman mereka masih kecil lagi.

Tidak Lengkap?

Melihat kepada reaksi warga maya, ramai yang tertanya-tanya kemana perginya pelakon yang memegang watak sebagai Siti Zubaidah. Adakah ketiadaan watak Siti Zubaidah seolah-olah tidak melengkapkan keaslian drama yang bakal ditayangkan ini.?

Adakah ketiadaan Siti Zubaidah membawa maksud permulaan yang sedih dalam drama yang ingin di bawa pada kali ini?

Sumber: Twitter

Begitu juga dengan barisan pelakon kanak-kanak yang pernah berlakon dalam drama ini yang dilihat sudah menginjak ke usia dewasa. Apakah pula yang menjadi daya tarikan dalam cerita kali ini?

Ketampanan Rafique Jadi Bualan Ramai

Melihat kepada perubahan wajah terkini Rafique, semestinya bakal menarik kegilaan ramai peminat khususnya wanita.

Mana tidaknya, perubahan ketara wajah pelakon seperti mat salleh ini semasa kecil dan dewasa ditambah pula dengan perubahan nada suara yang semakin garau. Diharapkan wanita-wanita dapat menahan diri ketika melihat wajahnya yang tampan di kaca televisyen tidak lama lagi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Mampukah Diari Ramadan Rafique yang bakal ditayangkan pada tahun ini mampu menarik peminat asal?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN