Kadar diabetes Malaysia tertinggi di Asia. Malaysia mempunyai jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes yang tertinggi di Asia dan antara yang tertinggi di dunia setelah Arab Saudi.

Pada tahun 2017, seramai 3.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas kini menghidap diabetes. Jumlah ini bukan berkurangan tetapi setiap tahun mengalami peningkatan dan ia sangat membimbangkan.

Dan yang paling menakutkan menurut kajian Kesihatan dan Kematian Kebangsaan 2015, daripada jumlah itu lebih separuh atau 9.2 peratus adalah daripada kalangan mereka yang tidak mengetahui menghidapinya.

Itu yang dilaporkan, yang tidak melapor? yang tidak pergi klinik? Yang berubat sendiri?. Kita pun sudah maklum obesiti dan diabetes penyakit utama rakyat Malaysia. Pastinya jumlah melebihi 3.6 juta kan?

 

Apakah itu Obesiti?

Sumber: Hojunara

Obesiti adalah masalah kesihatan yang serius kepada pengidapnya. BMI atau pengiraan Indeks Jisim Tubuh adalah kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan atau obesiti seseorang itu.

Bila bercakap soal gemuk, tembam, gedempol, buncit pasti ada yang terasa dan berkecil hati apabila diejek rakan-rakan atau saudara mara.

Sebab itu kalau boleh jaga pemakanan, melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh dan minum air kosong 6 atau 8 gelas sehari untuk kurangkan kandungan gula dalam badan.

 

Sumber: Hazman Fadzil

Kenapa Ramai Rakyat Malaysia yang Obesiti Atau Gemuk Terlampau?

Pemakanan antara punca utama keadaan itu berlaku kerana Malaysia merupakan syurga makanan. Dari lauk pauk, kuih muih, pencuci mulut, kek yang pelbagai mendorong rakyat kita untuk makan.

Nafsu makan yang membuak-buak tanpa dikawal dengan baik juga salah satu boleh jadi obesiti.

Selain itu, faktor genetik, umur dan etnik juga selalu dikaitkan dengan risiko menghidapi diabetes.

 

Kesan Negatif Komplikasi Penghidap Diabetes Untuk Jangka Masa Panjang

Sumber: Nutrition Conference

Yang lebih mengerikan, diabetes tidak berhenti setakat itu sahaja. Ia meninggalkan kesan negatif komplikasi diabetes kepada serangan jantung, stroke, mati pucuk bagi lelaki, kegagalan buah pinggang, katarak, buta dan amputasi serta banyak penyakit kronik yang lain.

Pengerusi Eksekutif Institut Diabetes Kebangsaan (Nadi) Datuk Dr Mustaffa Embong berkata, berdasarkan statistik dalam rekod Nadi menunjukkan hampir separuh daripada rakyat Malaysia tidak sedar mereka menghidap diabetes.

Dr Mustaffa kala lagi “diabetes merupakan satu daripada masalah kesihatan yang dikenali sebagai pembunuh senyap”.

Ramai yang berpandangan bahawa mereka yang menghidap penyakit ini kerana tidak mengamalkan makanan diet yang seimbang, malas bersukan dan kerap minum air manis.

KATA ORANG

Ye memang murah rm25 tu. Realiti nya healthcare memang mahal. Kat luar negara kalau ada diabetes, penyakit jantung tu kira death sentence. Pergi google kos insulin berapa, kos rawatan jantung berapa. Healthcare malaysia sangatlah murah sampai orang abuse the system. twitter.com/taeyong/status…

Statistik menunjukkan bahawa kadar diabetes di Malaysia adalah yang PALING TINGGI di Asia, dan antara yang tertinggi di dunia Faktor utama yang menyumbang kepada situasi ini adalah gaya hidup — makanan, riadah

@Iana48622884 Thank you Lana. Yes Misai Kucing Tea is quite popular here in Malaysia. Believed/known good for lowering glucose(diabetes), blood pressure, cholestrol n diuretic. I don't know how effective it is. I haven't tried it. Will read n learn more abt the herbal tea.Thanks again Lana 🌹

@GSCollins qkidney.org which predicts risk of chronic kidney disease has now been validated in an international population (malaysia) by an indepedent team. only possible because of thousands of GPs who contribute to qresearch.org researchgate.net/profile/Foong-…

Diabetes Malaysia to mark World Diabetes Day Nov 23-24 The Borneo Post goo.gl/xtDP3C

jgn hairan klau tiba2 meningkat lagi statistik penghidap penyakit diabetes d Malaysia ni, manis seja smua sa tingu. suda lah antara yg tinggi, tambah naik lg rank

Diabetes Malaysia to mark World Diabetes Day Nov 23-24 miricommunity.net/t/diabetes-mal…

KATA ANDA

Rasa anda?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN