Duit, siapa yang tidak mahukannya? Ramai yang sanggup bermati-matian untuk memilikinya. Ada yang sanggup putus saudara, berkonflik sesama rakan bahkan ada yang menggadaikan diri untuk mendapatkannya.

Ini kerana dengan duit segala-galanya boleh dimiliki. Pangkat, pengaruh, sokongan dan sebagainya. Malah, tahap pengukur kekayaan seseorang juga diukur berdasarkan nilai duit yang ada.

Tetapi percayakah anda sekiranya dikatakan bahawa wang bukanlah sesuatu yang bernilai bagi Sudan Selatan. Menurut sumber, masyarakat Sudan Selatan meletakkan kayu ukur lembu sebagai aset yang paling bernilai.

Sumber: Radio Horn Africa

Memetik laporan Harian Metro, senario ini merupakan budaya turun-temurun yang diamalkan oleh masyarakat Nuer dan Dinka. Meskipun duit merupakan keperluan bagi masyarakat global tetapi masyarakat di sana mereka tetap berpegang dengan budaya mereka.

Sehinggakan lagu khas turut dicipta untuk mengaggungkan haiwan berkenaan. Inilah yang dikatakan lain padang lain belalang, lain tempat lain ragam.

Orang Mempunyai Banyak Lembu Dipandang Tinggi

Dalam masyarakat Sudan Selatan, orang yang mempunyai banyak lembu merupakan individu yang paling disegani. Sehinggakan segala apa yang individu tersebut perkatakan tetap akan dihormati, meskipun perbualan tersebut perbualan kosong.

Malangnya, bagi mereka yang tidak mempunyai apa-apa, jangan pernah sekali berangan-angan untuk dipandang tinggi dalam masyarakat. Segala apa yang anda perkatakan meskipun berilmiah dan berguna tidak akan dipercayai masyarakat.

Kenapa Lembu Sangat Berharga?

Dalam adat perkahwinan masyarakat Sudan Selatan, lembu dijadikan sebagai pemberian hantaran oleh pengantin lelaki kepada keluarga pengantin perempuan. Tahap permintaan lembu yang semakin tinggi telah menyebabkan jumlah hantaran meningkat daripada 20 ekor kepada 100 ekor.

Sumber: Harian Metro

Bagaimana penentuan jumlah hantaran itu diukur? Sifirnya sangat mudah. Bagi keluarga yang mempunyai anak perempuan yang tinggi lampai, atau mempunyai rupa paras menarik, jumlah hantaran akan menjadi semakin mahal. Sehingga ada yang meletakkan jumlah hantaran sebanyak 250 ekor lembu sebagai syarat perkahwinan!

Kesannya, golongan pemuda di sana kurang berkemampuan untuk berkahwin. Hal ini telah menyebabkan ada dalam kalangan mereka terpaksa melakukan apa sahaja bagi mendapatkan bilangan lembu yang diingini termasuk menggunakan jalan singkat dengan mencuri.

Konflik Disebabkan Lembu

Memandangkan nilai lembu sangat lumayan, penduduk di Sudan Selatan sering kali didedahkan dengan konflik yang berlaku antara penternak bersenjatakan api dengan para pesaing. Ini kerana kegiatan curi lembu yang berleluasa menyebabkan penternak memerlukan senjata api sebagai langkah berjaga-jaga.

Sumber: Harian Metro

Untuk menjaga lembu pula tidak cukup sekadar seorang. Paling minima mereka memerlukan dua orang penjaga untuk bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Tidak hairan sekiranya berkunjung ke Sudan Selatan, anda akan melihat para penternak lembu akan menggalas senapang bagi mengelakkan lembu mereka dicuri oleh individu tidak dikenali.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa lembu di Malaysia juga lebih bernilai berbanding duit?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN