Sekiranya ditanya kepada golongan wanita, siapa yang tidak mahu menjadi pramugari, sudah tentu kebanyakkan daripada mereka sangat mengimpikan kerjaya ini. Kerjaya yang memberi peluang menjejakkan kaki ke negara-negara luar, sering berpakaian cantik dan kemas, malah dibayar dengan gaji yang lumayan.

Sumber: Paras Ayu

Sekali pandang, mungkin kita akan melihat kerjaya ini sangat menggembirakan. Namun begitu, disebalik kerjaya yang menjadi idaman ini ramai yang tidak tahu sisi gelap yang terpaksa dilalui oleh kebanyakkan pramugari bagi memastikan kelangsungan kerjaya mereka terus terpelihara.

Pemeriksaan Fizikal Yang Melampau

Memetik laporan boombastis.com, terdapat beberapa syarikat penerbangan yang membuat pemeriksaan fizikal dengan kriteria yang berlebih-lebihan. Dilaporkan, calon yang ingin menjadi pramugari akan diminta untuk menyelakkan baju di bahagian atas termasuk bra. Menurut syarikat penerbangan itu, prosedur tersebut adalah prosedur biasa yang diamalkan.

Sumber: Berita Satu

Perkara ini telah mendatangkan kemarahan oleh pramugari-pramugari di syarikat penerbangan yang lain. Malah pemeriksaan seperti itu sebagai satu tindakan yang menjijikkan.

Ini kerana tiada keperluan untuk melakukan pemeriksaan sebegitu rupa. Menurut pramugari Air Asia, pemeriksaan yang sepatutnya dilakukan hanyalah di bahagian lengan. Langkah tersebut bertujuan untuk melihat sekiranya calon pramugari memiliki tatu atau bekas luka.

Cuti Tidak Menentu dan Waktu Kerja Yang Berlebihan

Di sebalik keceriaan di wajah pramugari, sebenarnya mereka telah melalui jadual waktu kerja yang memenatkan. Bayangkan, mereka perlu bersedia dengan jam penerbangan yang berlangsung setiap hari tanpa henti.

Sekiranya melalui penerbangan yang jauh, mereka perlu berada di dalam kabin selama lebih dari 14 jam. Itu baru sehari, bayangkan pula dalam sebulan. Rata-rata pramugari akan bekerja antara 65 hingga 90 jam dalam sebulan tanpa mengambil kira tempoh waktu bersiap.

Sumber: Phinemo

Difahamkan tempoh masa yang diperlukan untuk persiapan bagi seorang pramugari memakan masa 50 jam dalam sebulan termasuk menunggu jam penerbangan. Dalam masa yang sama, tidak ada hari yang indah buat mereka termasuk bekerja di waktu musim perayaan. Malah cuti yang diberi pun tidak menentu. Mereka perlu sering bersiap-siaga sekiranya dipanggil secara tiba-tiba untuk berkhidmat.

Diambil Kesempatan Oleh Penumpang

Pramugari yang dipilih semestinya mempunyai rupa paras yang cantik, berpakaian kemas, dan dalam masa yang sama mempunyai ketinggian tubuh badan yang ideal. Disebabkan karakter-karakter mereka yang dilihat mempesonakan, ada dalam kalangan penumpang yang berhidung belang akan mengambil kesempatan.

Sumber: Kapan Lagi

Bukan setakat digoda, malah ada dalam kalangan mereka pernah menjadi mangsa raba oleh penumpang yang tidak beretika. Walaupun laporan dibuat, tugas mereka tetap memberikan layanan yang mesra kepada penumpang walaupun terpaksa.

Terjebak Perkhidmatan Berlendir

Dengan suasana kerja yang agak bebas, godaan rakan sekerja, tawaran habuan yang lumayan, ramai dalam kalangan pramugari akan terjebak dengan perkara-perkara yang menyalahi norma.

Misalnya ada yang melakukan hubungan intim bersama juruterbang, malah ada juga yang menyediakan perkhidmatan seksual bersama penumpang dengan harga yang tinggi.

Sumber: Harian Riau

Perkara ini pernah terjadi di salah sebuah syarikat penerbangan Timur Tengah. Pramugari tersebut telah melakukan khidmat seks bersama pelanggan di dalam tandas kapal terbang. Dilaporkan, kegiatan yang dilakukan bukan baharu, tetapi sudah menjangkau dua tahun dengan memberi layanan seramai 500 penumpang.

Iktibar Yang Perlu Difahami

Sebagai seorang pramugari, realiti kehidupan sebenar yang mereka alami bukanlah mudah seperti yang kita gambarkan. Terdapat pelbagai dugaan yang mereka harus tempuh. Tidak dinafikan, kes-kes yang berlaku dalam kalangan pramugari telah mewujudkan stigma negatif dalam kalangan masyarakat, walaupun kes tersebut melibatkan segelintir kecil pramugari.

Dengan etika pemakaian yang terdedah, dikelilingi godaan rakan kerja, minuman keras, kehidupan hedonisme dan penumpang yang sering mengambil kesempatan sudah pasti kerjaya ini merupakan kerjaya yang sangat mencabar. Tetapi harus diingat, setiap pekerjaan tetap memiliki risiko dan sisi gelap tersendiri.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN