Sepanjang laluan yang menghubungkan antara Kota Tinggi dengan daerah Mersing di Johor, sudah pasti ramai yang akan terlihat beberapa buah kubu lama peninggalan British di tepi bahu jalan. Ia boleh dilihat secara jelas di bahu jalan raya yang berdekatan dengan kawasan Hutan Lipur Panti, Kota Tinggi.

Dianggarkan sebanyak lima buah kubu lama yang dikenali sebagai ‘pill box’ telah diwujudkan oleh British semasa Perang Dunia Kedua sebagai suatu langkah untuk mengekang kemaraan tentera Jepun ke Singapura.

Sumber: twitter nis.

Memetik laporan Utusan Malaysia, selain kubu-kubu tersebut, terdapat juga kubu-kubu lama yang boleh dijumpai di dalam hutan Sungai Sedili, Kampung Mawai di dalam bandar Kota Tinggi. Begitu juga dengan kubu yang dipercayai menjadi kompleks pertahanan British di Tanjung Pengelih, Pengerang kira-kira 80 kilometer dari Kota Tinggi.

Berbahaya

Sungguhpun begitu, memandangkan kubu-kubu ini terletak di bahu jalan, sudah pasti ia memberikan kesan berbahaya kepada pengguna jalan raya lebih-lebih lagi pada waktu malam. Malah, pernah dilaporkan bahawa terjadi beberapa kemalangan maut disebabkan kenderaan yang terbabas dan melanggar kubu tersebut.

Dengan laluan jalan raya yang lurus, ditambah dengan pemanduan yang laju sudah pasti mampu menyebabkan setiap kenderaan berisiko terbabas hingga menghentam kubu yang seterusnya mampu mengakibatkan kejadian maut.

Sumber: Azmi Shuib

Pun begitu, tidak ada ada sebarang usaha yang dilakukan untuk menambah ciri keselamatan jalan raya di persekitaran kawasan tersebut. Begitu juga dengan tiada cadangan oleh mana-mana pihak untuk mengubah lalun jalan raya untuk tidak melalui kubu-kubu tersebut.

 Kawasan Tersebut Berhantu?

Tidak kurang juga ada pihak yang berkongsikan kisah-kisah seram mereka sepanjang melalui jalan ini. Ada yang pernah terserempak dengan seorang warga emas yang sedang berjalan kaki dari Muar hingga ke Mersing pada waktu malamn. Ada yang pernah ternampak cahaya tembak-menembak keluar antara setiap kubu yang seakan sedang berbalah, dan pelbagai lagi.

Sama ada benar atau tidak, tidaklah dapat dipastikan. Yang pasti, sekiranya cerita tersebut disampaikan secara‘cakap atas cakap’ atau dari mulut ke mulut, sudah tentu ada tokok tambahnya untuk menyedapkan cerita.

Sumber: Tayar Golek

Pun begitu secara geografi, laluan jalan di kawasan tersebut sememangnya sunyi, ditambah dengan suasana hutan belantara. Dengan keadaan tersebut, sudah pasti ia mampu meremangkan bulu roma bagi sesiapa yang memandu melalui kawasan itu pada waktu malam.

Ada Mesej Yang Boleh Dipelajari

Meskipun sudah melebihi tujuh dekad, kubu tersebut masih berdiri teguh. Malangnya kubu-kubu ini terus ditinggalkan begitu sahaja menjadi bangunan-bangunan usang tanpa ada sebarang usaha untuk memuliharanya. Sedangkan kubu ini mempunyai 1001 kisah ketika Perang Dunia Kedua yang wajar diambil iktibar oleh kita semua.

Pelbagai hikmah sebenarnya boleh dipelajari disebalik kewujudan kubu ini. Siapa sangka, sekebal-kebal kubu yang dibina oleh British berjaya dijarah dengan mudah oleh tentera Jepun yang melalui misi menawan Malaya dengan hanya menaiki basikal.

KATA ORANG

KATA ANDA

Kenapa kubu tersebut terus terbiar?
11 votes · 11 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN