Berbaki beberapa hari menjelang raya, sudah pasti ramai yang teringat hidangan-hidangan tradisi sempena hari raya. Ketupat, rending, lemang, dodol dan sebagainya. Walaupun ketupat merupakan simbol keceriaan, namun di sebalik ketupat sebenarnya, pernah berlaku tragedi berdarah yang menyayat hati.

Sumber: Insan Kampus

Tragedi Ketupat Berdarah dilaporkan berlaku pada tahun 1999 di Kalimantan Barat, Indonesia. Konflik ini melibatkan etnik Melayu sambas dan Madura pada tanggal 19 Januari 1999 bersamaan 1 Syawal. Dikhabarkan pada hari kejadian seramai tiga orang Melayu telah diradak dengan senjata tajam oleh orang Madura usai Solat Sunat Aidilfitri.

Bermula Dari Isu Jenayah

Banyak versi yang memperkatakan tentang latar belakang peristiwa. Ada yang berkata kisah bermula dengan berlaku kecurian ayam yang dilakukan oleh pemuda Madura.

Ada juga pihak yang berkata peristiwa tersebut bermula disebabkan tiga orang pemuda Madura yang mabuk mengganggu penduduk Melayu dengan mengetuk pintu rumah dan bertutur secara kasar dengan tuan rumah.

Sumber: Bombastis

Memetik laporan The Patriots, disebabkan berlaku tuduh-menuduh semasa pemuda Madura ditangkap, ia telah menyebabkan ada pihak hilang sabar dengan melakukan kekasaran sehingga mendatangkan kecederaan kepada etnik Madura yang ditangkap.  

Maka, disebalik peristiwa tersebut, hubungan masyarakat Melayu dan Madura di Kampung Parit Setia mulai longgar. Malah, kisah masyarakat Madura yang dijaja menjadi pencuri terus menjadi topik perbualan di kampung-kampung berdekatan.

Sekiranya ia etnik kita sendiri sudah tentu berita ini tidak menyenangkan, lebih-lebih lagi melibatkan imej etnik Madura yang bertukar negatif.

Isu Diperbesar Menjadi Isu Kaum

Tetapi, kesalahan seperti itu tidak perlu melibatkan etnik dan kisahnya tidak perlu diperbesar-besarkan. Sudah pasti ia menjadi satu bentuk provokasi kaum yang tidak baik. Hal ini yang menyebabkan masyarakat Madura memendam rasa, kemuncaknya berlaku amukan pada pagi syawal yang menyebabkan tiga pemuda Melayu terbunuh.

Sumber: Bombastis

Sebagai tindakan balas, orang Melayu telah bangkit menentang perkampungan-perkampungan Madura sehingga menyebabkan berlakunya rusuhan etnik selama setahun.

Tragedi yang bermula dari Januari 1999 berlarutan hingga awal tahun 2000. Masyarakat Dayak yang anti dengan etnik Madura turut terlibat dalam sengketa etnik tersebut.

Etnik Madura Terpaksa Dipindahkan

Nilai tragedi begitu menyedihkan, ia melibatkan korban yang tinggi iaitu seramai 1,189 orang, 168 parah dan 34 orang lagi cedera ringan. Memetik laporan sejarah242.blogspot.com, masyarakat Madura telah diusir dari tanah Sambas ke Kotamadya Pontianak dan Kota Singkawang.

Walaupun tindakan pengusiran agak tragis, namun ia merupakan satu solusi terbaik yang mampu dilakukan pada ketika itu. Sehingga kini masyarakat Madura tidak dibenarkan kembali ke Sambas ekoran penentangan keras masyarakat Melayu di sana.

Sumber: The Patriots

Justeru bagi memperingati tragedi berdarah, masyarakat Melayu telah membina tugu peringatan berbentuk replika tiga tangan mengangkat satu ketupat berdarah sebagai lambang terbunuhnya tiga orang pemuda Melayu pada 1 Syawal.

Moral daripada kisah ini, isu jenayah tidak perlu melibatkan kaum dan perlu dilihat dalam konteks jenayah semata-mata. Memperbesarkan cerita hanya meledakkan permusuhan antara etnik.

Bagi masyarakat pendatang seperti Madura pula, mereka perlu memahami dan menghormati budaya, adat resam masyarakat tempatan dengan tidak meminum arak di kawasan Melayu, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Berdasarkan senarai moral yang dinyatakan yang mana perlu diutamakan?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN