Sumber: Instagram Hilmi Adi Ruzaini

Baru-baru ini telah kecoh isu berkenaan tindakan seorang pemandu kereta yang membasuh kereta di sebuah stesen minyak Petronas di negara ini.

Tindakan seorang pemandu menjadikan stesen minyak tersebut sebagai tempat membasuh kereta dikecam ramai pihak. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Pulau Pinang. Sememangnya perbuatan yang tidak seharusnya dilakukan oleh pemandu kenderaan.

Sumber: Utusan Malaysia

Tular Di Media Sosial

Gambar kejadian tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna di media sosial facebook. Walau bagaimanapun tujuan memuat naik gambar tersebut bukanlah untuk mendapatkan perhatian tetapi sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya mengambil iktibar, bertindak lebih beretika dan tidak mementingkan diri sendiri.

Berdasarkan gambar dan maklumat yang diterima, jelas dapat dilihat tanpa rasa malu, pemandu tersebut dipercayai singgah, parkir di petak mengisi minyak, kemudiannya mengisi air dalam tong sebanyak 3 kali, menggunakan span dan wiper milik Petronas dan membasuh keretanya di situ.

Tidak Padan Pakai Kereta Mewah

Tindakan tersebut dilihat sangat menggelikan hati. Sudahlah memakai kereta berjenama mahal, tindakan pemandu yang langsung tidak mengisi minyak di stesen terbabit terus menjadi sindiran ‘nakal’ dan ‘tajam’ oleh netizen. Rata-rata mereka memerli pemandu kereta tersebut sebagai kedekut, berkira dan pemalas.

Sumber: Buletin Istiqamah

Antara pengguna Facebook yang memberikan komentar ialah Anuar Poksen, pakai H (Honda), tapi kedekut, memalukan. Radin Hairul Faes Faes pula berkata, oh kedekut bakhil punya orang. Manakala bagi Norsham Ishak pula, patutlah pakai H (Honda) tapi pokai. Sebab banyak hutang bank.    

Pernah Berlaku Kejadian Sama Sebelum Ini

Di sebalik kejadian ini ramai yang tidak tahu ini bukanlah perkara baru memandangkan kejadian yang sama pernah dilakukan oleh pemandu-pemandu lain sebelum ini. Sudahlah membasuh kereta di pam minyak, buat-buat tidak nampak pengguna lain yang sedang beratur di belakang menunggu giliran untuk mengisi minyak.

Ada Yang Curi Wiper

Bukan itu sahaja. Terdapat juga insiden-insiden yang menggelikan hati. Ada di kalangan pemandu kereta yang bertindak mencuri wiper di pam minyak dengan memasukkannya ke dalam kerata lalu membawanya pulang. Hakikatnya, kesemua tindakan yang dilakukan tidak wajar dijadikan contoh kepada pemandu lain.

Jelas sekali, tindakan ini bukan sahaja tidak beretika, tetapi dilihat tidak bermoral, mementingkan diri sendiri dan menyalahgunakan kemudahan yang ada. Adakah mereka tidak memikirkan pengguna lain yang sedang menunggu giliran untuk mengisi minyak?

Adalah diharapkan agar pemandu kenderaan yang lain tidak melakukan perkara yang sama. Ramai lagi yang masih percaya rakyat Malaysia mempunyai sikap toleransi yang tinggi. Jadilah pemandu yang beretika dengan tidak menyalahgunakan kemudahan yang diberi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Mengapa masih ada pihak yang menyalahgunakan kemudahan ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN