Musim Haji sudah tiba lagi. Musim yang dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia bagi menunaikan ibadah yang menjadi tuntuntan bagi umat Islam yang bekemampuan.

Malah ramai yang sanggup menabung selama berbelas tahun agar dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah ini.

Dalam semua orang berlumba-lumba untuk melakukan sebanyak mungkin ibadah, ada juga individu yang turut mengambil kesempatan di tempat ibadat ini untuk kepentingan demi mereka sendiri.

Seperti baru-baru ini, seorang warganegara Malaysia dikenali sebagai En. Zabidi yang  sedang berada di Masjid Nabawi bagi menunaikan solat jumaat didatangi seorang lelaki berbaju putih dan berjanggut dan cuba beramah mesra dengannya.

Sumber : Facebook Zabidi Hj. Azhar

Lelaki berkenaan tersebut turut ditanya jika dia merupakan orang Malaysia, dan setelah menjawab iya, lelaki berjubah putih itu terus memegang poket bajunya dan meminta wang dengan memceritakan cerita-cerita sedih bagi mengumpan di mangsa.

Namun En. Zabidi yang sudah boleh membaca niat jahat si penipu terus membentaknya dan membuatkan si penipu terus beredar.

Namun tidak lama selepas itu, lelaki berjubah putih itu dilihat cuba menipu mangsa lain pula dan kebanyakkan melayu seperti pengunjung dari Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia yang akan cuba diperdaya.

Malangnya ada yang terjatuh kedalam perangkap si penipu, dan memberikan kesemua duit yang ada di tangan mereka seperti dipukau.

 

Nak Beribadat Pun Tak Tenang

Bukan semua orang dapat peluang untuk ke Tanah Suci dengan mudah, ada yang menabung bertahun, menjual tanah, keluarkan KWSP dan bermacam-macam lagi cara yang dilakukan agar impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci tercapai.

Jadi, bila sudah sampai ke sana, pastinya setiap masa yang ada ingin dipenuhi dengan ibadah agar dapat memaksimumkan amalan-amalan mereka disana.

Tidak dinafikan, bagi sesetengah pengunjung yang pernah didatangi scammer-scammer ini, merasa sangat-sangat terganggu mereka dari segi masa dan emosi.

Yela, siapa yang tidak marah jika tiba-tiba dikacau oleh individu yang tidak dikenali sehinggakan berani meminta sejumlah wang yang banyak bermodalkan cerita-cerita sedih yang direka-reka.

Malah ada yang seperti terpaksa mengeluarkan juga duit agar orang tersebut beredar dan meninggalkan mereka segera.

Bukan seorang dua yang menjadi mangsa malah puluhan orang, dan bukan semua orang yang datang tu mempunyai wang yang banyak. Ada juga yang terpaksa berkira-kira untuk berbelanja.

 

 

 

Wajarkah Dianggap Sebagai Ujian?

Bagi yang pernah menunaikan ibadah haji dan umrah, pasti ada kisah-kisah menarik dan boleh dijadikan pengajaran sepanjang mereka berada di sana.

Ramai yang mengatakan, apabila kita di Tanah Suci kita akan diuji dengan 1001 macam ujian yang kita sendiri mungkin tidak sedar bila ianya berlaku.

Malah setiap kata-kata kita juga disarankan agar dijaga rapi agar tidak terniat mahupun terucap perkara-perkara yang tidak baik.

“Allah bayar cash dekat sini”

Itulah ungkapan yang sering diperingkatkan kepada jemaah haji dan umrah.

Namun, wajarkah helah-helah scammer peminta sedekah ini dilayankan sahaja. Dengan menganggap ianya sebagai satu cara Allah ingin menguji kita?

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda mengenai isu ini? komen anda mengenai kes ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN