Sumber: The Vocket

Kebimbangan pihak kerajaan terhadap ancaman kepupusan Harimau Malaya terus disuarakan oleh menteri yang bertanggungjawab. Menteri Air Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, ketika ini jumlah Harimau Malaya yang terdapat di Malaysia hanya sekitar 200 ekor. Jika dibandingkan pada tahun 1950-an, jumlah haiwan tersebut adalah sebanyak 3,000 ekor. 

Jumlah ini sangat membimbangkang memandangkan berlaku kemerosotan populasi saban tahun. Haiwan yang menjadi sebagai sebahagian daripada jata rasmi negara dan beberapa negeri dilihat akan semakin pupus. Perkara ini yang sangat dibimbangkan.

10 Tahun Lagi Pupus

Menurut Dr Xavier, dijangka, haiwan ini bakal pupus selama-lamanya dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya tidak ada langkah drastik yang dilakukan. Populasi Harimau Malaya perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada 500 ekor bagi menjamin kelangsungan spesis tersebut. Kenapa ini berlaku?

Sumber: The Vocket

Antara faktor utama kepupusan haiwan ini ialah pemburuan haram yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab. Ini memandangkan, harga seekor Harimau Malaya mampu mencecah RM1 juta. Ditambah pula dengan bahagian tubuhnya yang mempunyai khasiat yang sangat diperlukan dalam bidang perubatan tradisional di luar negara.

Harga Yang Lumayan

Berdasarkan laporan Harian Metro, harga Harimau Malaya adalah antara ASD 150,000 (RM620,000) hingga USD 200,000 (RM827,000). Dengan harga yang sangat lumayan, sudah tentu pemburu haram sanggup mengambil risiko melakukan pemburuan walaupun sedar tindakan yang bakal dihadapi sekiranya ditangkap.

Menurut Astro Awani, Harimau Malaya mempunyai berat badan antara 90 hingga 130 kilogram, dan mempunyai fizikal terkecil dalam kalangan sembilan sub spesis harimau yang hidup di muka bumi ini.

Antara cara pemburuan yang dilakukan oleh pemburu haram ialah memasang jerat di dalam hutan. Tindakan ini bukan sahaja membunuh haiwan terancam tersebut, dalam masa yang sama memberi kesan kepada hidupan lain seperti gajah, rusa dan sebagainya.

Kenapa Begitu Mudah Memburu?

Orang ramai turut tertanya-tanya kenapa begitu mudah memburu? Apakah penguatkuasa tidak menjalankan tugas  dengan sebaiknya? Atau berlaku rundingan di sebalik tabir bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat habuan?

Namun, masalah utama ketika ini ialah, kurangnya bilangan penguatkuasa. Ketika ini hanya terdapat sekitar 30 penguatkuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) manakala 20 lagi terdiri daripada sukarelawan daripada Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) yang membantu melakukan rondaan. Jumlah ini tidak mampu untuk mengawasi hutan simpan.

Menurut Dr Xavier, sekurang-kurangnya 50 orang lagi diperlukan untuk melakukan pemantauan dan rondaan dengan kerap di 20 lokasi ‘hotspot’ pemburuan serta membuang jerat di dalam hutan.

Sumber: Malay Mail

Kerajaan Isytihar Perang Kepada Pemburu Haram

Berdasarkan rekod, lebih 1,000 operasi rondaan dilakukan dari tahun 2013 sehingga tahun 2018 dan mendapatai sejumlah 3,500 jerat berjaya dimusnahkan dan 162 penceroboh terdiri daripada 98 warga tempatan dan 64 warga asing ditangkap kerana kesalahan memburu hidupan liar.

Justeru itu, pihak kementerian mewujudkan kerjasama antara pihak PERHILITAN dengan Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta sukarelawan terutama penuntut universiti dalam mengatasi permasalahan tersebut.

Dalam masa yang sama kementerian juga turut akan memperketatkan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 bagi memastikan hutan simpan negara tidak terus diceroboh. Harimau Malaya hanya boleh ditemui di kawasan hutan Semenanjung Malaysia.

Bukan setakat pemburuan, pembalakan yang dilakukan secara besar-besaran juga akan memusnahkan habitat haiwan penting ini. Wajarkah kita terus memikirkan keuntungan dalam masa yang sama memusnahkan habitan dan kehidupan alam ini?

Sumber: Harian Metro

Sekiranya tidak kita akan melihat haiwan yang menjadi lambang kemegahan negara kita bakal menerima nasib yang sama seperti Harimau Bali, Harimau Caspian dan Harimau Jawa yang telah pupus selama-lamanya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Sanggupkah anda bersama-sama kerajaan membantu melindungi haiwan terancam ini?
11 votes · 11 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN