Baru-baru ini, timbul isu di mana seorang kanak-kanak dilihat bekerja di kawasan rehat dan rawat (R&R) pada waktu malam. Isu ini sebenarnya bukan satu isu baru malah penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan merupakan satu fenomena lumrah di Malaysia dan juga di negara lain.

Mungkin kanak-kanak ini bekerja adalah untuk meringankan beban kewangan keluarga dan menimba pengetahuan baru.

Namun, sekiranya ia membawa kesan negatif kepada golongan kanak-kanak, gejala sebegini seharusnya dibendung.

Oleh sebab itu, Dewan Rakyat semalam, meluluskan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2018.

Sumber: The Star

Pindaan tersebut dibuat oleh Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran yang mahu meningkatkan perlindungan terhadap golongan tersebut berhubung dengan pekerjaan.

Justeru, pindaan akta tersebut kini tidak lagi membenarkan kanak-kanak bekerja dari jam 8 malam sehingga 7 pagi malah kanak-kanak yang terlibat di dalam iklan mahupun kegiatan seni perlu mendapatkan lesen daripada majikan untuk tujuan bekerja.

Bagaimanapun, isu yang diperkatakan sejak sekian lama ini akhirnya membuahkan hasil apabila kerajaan kini membuat pindaan terhadap akta tersebut supaya memberi amaran kepada majikan untuk tidak sewenang-wenangnya mengeksplotasi kanak-kanak dalam sektor pekerjaan.

 

Wajarkah Rang Undang-undang Kanak-kanak dan Orang Muda Dipinda?

Sumber: Kosmo

Majoriti kanak-kanak di dunia tidak dinafikan untuk memiliki hak asasi mereka untuk bekerja.

Jika dahulu, hanya individu yang berumur dalam lingkungan 18 tahun ke atas sahaja dilihat bekerja.

Itu pun kerana mereka sudah tamat sesi persekolahan dan telah mendapat keizinan daripada ahli keluarga untuk bekerja kerana mahu belajar hidup berdikari tanpa mengharap bantuan ahli keluarga sementara mahu menunggu kemasukan ke Universiti.

Namun kini, trend tersebut sudah berbeza di mana kanak-kanak juga turut sama kelihatan bekerja sama seperti orang dewasa.

Jika di kedai makan mahupun jalanan, mesti kita sering terlihat kanak-kanak menjual kerepek, tisu mahupun kismis untuk membantu keluarga mereka.

Namun, dalam perkara ini adakah wajar insan sekecil ini dikerah untuk bekerja sama seperti orang dewasa?

Jika dilihat pada struktur dan keadaan kanak-kanak yang masih naif ini, sudah pasti mereka ini jenis yang hanya mendengar kata dan mengikut arahan orang tuanya.

Tetapi, bila difikirkan kembali, apabila kanak-kanak itu bekerja pada usia yang sangat muda, apakah ia akan memberi kesan negatif kepada perkembangan mental kanak-kanak itu?

 

Beri Kesan Negatif Kepada Kanak-kanak

Sumber: adamira789.blogspot.com

Apabila kanak-kanak diarah untuk bekerja, ia bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan mental malah mereka juga akan mudah tercicir di dalam pembelajaran.

Mana tidaknya, lepas habis waktu persekolahan, mereka sudah bersiap untuk bekerja sehingga lewat malam dan tidak ada masa untuk menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh cikgu disebabkan letih selepas bekerja.

Apabila kanak-kanak ini tidak mampu menyiapkan kerja sekolah mahupun mengulangkaji pelajaran, pastinya mereka akan dileteri oleh guru hingga menyebabkan timbul perasaan untuk ponteng sekolah.

Apabila kanak-kanak ini mula bersikap negatif, gejala tidak sihat yang lain akan muncul seperti menghisap rokok, dadah, menonton video lucah dan sebagainya kerana ibu bapa atau penjaga hanya memberi keutamaan kepada mereka untuk bekerja tanpa menitikberatkan pembelajaran mereka.

 

Siapa Patut Dipersalahkan Dalam Isu Ini?

Sumber: psychologynow.gr

Dalam perkara ini, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk tidak menjadikan anak mereka sebagai tempat ‘mencari rezeki’ mahupun dieksploitasi pihak luar.

Jika seseorang kanak-kanak itu dikerah untuk bekerja hingga lewat malam, mereka juga akan terdedah dengan risiko keselamatan seperti kejadian rogol, rompak, ragut, bunuh dan culik.

Bagi mereka yang berkeluarga susah, tidak salah untuk turut sama melibatkan anak dalam mencari rezeki tetapi perlu mempunyai batasan sesuai dengan keupayaannya dengan tidak menjejaskan kemampuan fizikal mereka.

Kanak-kanak kecil sebenarnya tidak berhak memikul tanggungjawab seperti yang dilakukan orang dewasa kerana ia dilihat akan menggugatkan masa depan mereka sendiri.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah kanak-kanak yang datang dari keluarga miskin dibenarkan bekerja untuk membantu keluarga?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN