Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas dan ia juga mengganggu tidur orang lain.

Dengkur berlaku disebabkan saluran pernafasan sempit dan tersumbat sewaktu tidur. Kemudian, udara menolak dengan kuat ke arah laluan udara menyebabkan bunyi yang dikenali sebagai dengkuran.

Sumber:Wanista.com

Alahan, asma, kesejukan, sesak hidung dan jangkitan resdung boleh menyebabkan dengkuran.

Baru-baru ini, seorang lelaki harus menaiki penerbangan selama 32 jam dari Melbourne , Australia ke Houston di Texas Amerika Syarikat. Oleh kerana dia kuat berdengkur dan perkara itu membimbangkan isteri dan anaknya, mereka terpaksa memberi hadiah kepada penumpang lain.

 

Coklat Dan Set Plag Telinga

Memetik Daily Star, Alan Tattersall yang bekerja sendiri terpaksa membuat bungkusan berupa plag telinga dan cenderahati untuk diagihkan kepada penumpang yang sama dengan penerbangannya kerana masalah berdengkurnya yang serius.

Sumber: Mstar

Isteri dan anaknya membuat bungkusan itu yang meletakkan dua pek coklat dan satu set plag telinga beserta kad dengan mesej permohonan maaf dengan tulisan tangan.

Sumbangan itu sebagai permohonan maaf mereka sekiranya Alan tidur dan berdengkur sehingga menganggu penumpang pesawat yang lain.

Sumber: Blog Reservasi

Ini juga boleh dikatakan sikap kesedaran mereka terhadap orang lain. Bimbang orang lain marah atau terganggu semasa tidur, inilah sikap yang patut diamalkan oleh orang lain juga jika mereka mempunyai masalah.

 

Dengkur Perlu Rawatan ‘Ujian Tidur’

Ramai beranggapan dengkur fenomena biasa dengan alasan individu berkenaan kurang rehat, posisi baring tidak selesa selain dikaitkan dengan bentuk fizikal yang besar.

Sumber: IJN

Pengarah Klinikal Kegagalan Jantung dan Transplan, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Azmee Mohd Ghazi, berkata dengkur diketahui menyumbang kepada pembentukan penyakit kardiovaskular dan hipertensi pulmonari berikutan gangguan tidur meningkatkan risiko darah tinggi, jantung koronari, strok dan masalah degupan jantung tidak sekata (arrhythmia).

Justeru, pesakit boleh dipulihkan dengan penggunaan alat tekanan saluran pernafasan dikenali ‘Continuous Positive Airway Pressure’ (CPAP) berkesan merawat fungsi kardiak.

Sumber: Berita Harian

Kemudahan Makmal Tidur di IJN memberi peluang pesakit diuji secara klinikal selama enam hingga lapan jam bagi menilai corak tidur dengan memantau tekanan darah, nadi, tahap oksigen dan gaya rentak pernafasan.

Prosedur ini bertujuan mengdiagnosis dan rawatan terbaik mengembalikan amalan tidur berkualiti. Jadi, sesiapa yang mempunyai masalah dengkur dapatkan rawatan dengan kadar segera supaya dapat rehat dan tidur yang lebih berkualiti.

 

6 Juta Rakyat Malaysia Hidapi Dengkur

Kajian Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika Syarikat sebelum ini merekodkan bahawa lebih 6 juta rakyat Malaysia menghidap masalah tidur berdengkur.

Sumber: ISMAWeb

Antaranya yang ditekankan ialah gaya hidup yang tidak sihat termasuk masalah obesiti. Selain itu, tabiat merokok berlebihan, tidak cukup tidur lantaran rutin harian yang kucar-kacir termasuk kurang bersenam juga boleh menjadi penyebab dengkur yang serius.

Sumber: The Star

Memetik Sinar Harian, Konsultan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr Kuljit Singh, berkata, dengkur serius sering dikaitkan dengan jantung dan pernafasan iaitu apnea tidur (sleep apnea) bermaksud berhenti bernafas sementara terutamanya semasa tidur. Jika tidak dirawat, ia boleh sebabkan masalah jantung dan paru-paru.

Bagaimanapun, berdasarkan penyelidikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 15 peratus orang dewasa berusia 30 hingga 70 mengalami masalah dengkur. Peratusan tertinggi adalah merujuk kepada kaum lelaki yang berusia 40 ke atas.

 

Kanak-Kanak Empat Tahun Juga Berdengkur

Sumber: Sinar Harian

Menurut Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Timbalan Pengarah (Primer) Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan, Dr Nazrila Hairizan Nasir, dengkur juga melibatkan  kanak-kanak lazimnya terjadi kepada mereka yang berusia seawal usia empat tahun.

Masalah ini kerana kadangkala ia disebabkan masalah obesiti atau leher pendek. Jika dengkuran ini biasa saja, terjadi sekejap kemudian hilang, mungkin disebabkan terlalu penat atau salah posisi ia tidaklah merisaukan sangat.

Sumber: Wanista.com

Namun, sekiranya dengkuran teruk hingga berhenti bernafas lebih 10 saat buat seketika sewaktu tidur, ia boleh membahayakan diri dan perlu rawatan lanjut.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda akan beri set plag telinga kepada penumpang lain sebab anda kuat berdengkur?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN