Sumber: Mata mata politik

Bagi kebanyakan negara demokrasi termasuk Malaysia, ramai yang mengetahui maksud apa itu demokrasi. Rakyat bebas bersuara dan menyatakan pandangan secara terbuka kepada kerajaan ataupun mana-mana pihak selagi mana ia tidak menggangu-gugat keamanan negara. Dalam masa yang sama rakyat mempunyai hak untuk membuat pilihan dalam memilih pemimpin yang diingini.

Buktinya, buat pertama kali dalam sejarah negara, Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) menewaskan Barisan Nasional (BN) seterusnya membentuk kerajaan baru.

Hanya Satu Parti

Tetapi, demokrasi di Korea Utara sangat unik untuk diamati. Manakah tidaknya, hanya Parti Pekerja sahaja yang dibenarkan bertanding dalam pilihan raya. Begitu juga dengan senarai calon pilihan raya yang dipertandingkan yang hanya terdapat satu nama untuk satu jawatan. Pelik bukan?

Sumber: Mata mata politik

Malah, peratusan yang keluar mengundi dalam setiap kali pilihan raya Korea Utara melebihi 99 peratus. Berdasarkan laporan agensi berita KCNA, jumlah penduduk keluar mengundi pada pilihan raya sebelum ini adalah sebanyak 99.97 peratus. Hanya mereka yang berada di luar negara dan bekerja di lautan sahaja yang tidak dapat menunaikan tanggungjawab.

Hanya Satu Nama

Hakikatnya, itulah yang berlaku setiap lima tahun sekali di Korea Utara. Rakyat Korea Utara yang layak mengundi akan memilih seramai 700 anggota untuk mengisi kerusi Dewan Tertinggi Rakyat. Bagi rakyat Korea Utara, mereka memegang teguh pada slogan ‘kesatuan’, hanya perlu ada satu nama dalam setiap kertas undi untuk ditandakan.

Meskipun anggota Dewan Tertinggi Rakyat dipilih seramai 700 orang, mereka hanya bertemu sekali atau dua kali setahun untuk mengesahkan undang-undang yang diajukan oleh Kim dan barisan kabinet pentabiran negara.  

Sumber:m Mata mata politik

Berdasarkan laporan AFP, seoarang pegawai Kesatuan Sosialis Wanita, Song Yan Ran, 57 tahun berkata, mereka menganggap semua rakyat negara tersebut sebagai satu keluarga, maka mereka akan bersatu dalam satu pemikiran dengan mengundi calon-calon yang dipersetujui.

Jika ditanya beberapa nama calon di kertas undi, pastinya mereka hanya mengenali Kim Jong Un sahaja selaku pemimpin tertinggi. Sudah pastinya setiap calon memperolehi pengundian sebanyak 100 peratus.

Sumber: Astro Awani

Cengkaman Politik Parti Pekerja

Perkara ini tidak pelik memandangkan Parti Pekerja pimpinan Kim Jong Un sememangnya mempunyai cengkaman politik yang kuat sejak dari dahulu lagi. Bagi siaran media dan akhbar, semuanya dikawal ketat oleh parti pemerintah bagi memastikan rakyat hanya menerima sumber berita yang telah disahkan oleh pemerintah.

Penerimaan berita dan sumber dari satu pihak seterusnya mewujudkan satu slogan paling lama bertahan di Pyongyang iaitu ‘perpaduan tunggal’. Kesannya, pemerintah berjaya mewujudkan aliran pemikiran rakyat yang satu menjadi tunjang kepatuhan rakyat kepada pemerintah dalam sebuah negara yang dinamakan sebagai Republik Rakyat Demokratik Korea.

Korea Utara merupakan salah satu negara yang masih mengamalkan sistem komunis dalam pemerintahan. Selain Korea Utara, empat buah negara lagi turut mengamalkan pentadbiran komunis iaitu China, Vietnam, Laos dan Cuba.

Bezanya, Korea Utara dan Cuba masih mengamalkan sistem ekonomi berperancangan pusat tradisi Marxis-Leninis, manakala 3 negara lagi sudah mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas dengan China menjadi negara kedua pegangan ekonomi dunia.

KATA ORANG

KATA ANDA

Mampukah Korea Utara mengekalkan sistem komunis mereka?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN