Media sosial yang pada mulanya dicipta untuk memadamkan jurang komunikasi antara individu kini telah bertukar fungsi apabila ianya kini turut diguna sebagai landasan untuk mencari makan dan meraih populariti.

Dengan hanya berbekalkan tatapan yang menarik dan baru, dengan mudah anda boleh meraih pengikut yang ramai dan dalam masa yang sama boleh menjana duit dengan mudah.

Malah media sosial turut dilihat sebagai ejen pemasaran yang sangat efektif kerana kosnya yang lebih murah dan mampu memberi impak liputan yang sangat luas sehingga ke tahap global.

Namun, dalam kita menikmati manfaat dari kewujudan landasan media sosial dan dunia maya yang tiada batasan ini, timbul juga masalah sosial lain dimana peradaban dan perlakukan sesetengah golongan masyarakat yang semakin teruk dan memberi pengaruh yang buruk kepada orang lain semakin berleluasa.

 

Aliff Syukri vs Sajat

Alif Syukri dan Nursajat tidak pernah lekang dari kontroversi, sekejap drama air mata kerana dikecam, kemudian pasti akan muncul semula dengan agenda baru mereka.

Video gelek terbaru Nursajat bagi mempromosikan lagu terbarunya bersama Alif Syukri sekali lagi mengundang kecaman orang ramai kerana ramai yang merasakan kedua-dua individu ini semakin hari semakin menjadi-jadi dan rancak menyebarkan pengaruh tidak baik kepada orang ramai.

Malahan video tersebut turut mengundang rasa marah ibu Alif Syukri sendiri kerana dianggap tidak menghormati isterinya yang sedang menunaikan Haji di Tanah Suci Mekah.

Sebelum ini kontorversi lagu ‘Bobo Di Mana’ tercetus ketika isterinya sedang menunaikan umrah, dan kini ketika sedang berbuat ibadah Haji pun terpaksa berdepan dengan isu-isu negatif seperti ini.

Tambahan pula isterinya sedang hamil, tak boleh ke Alif Syukri cuba berkelakuan elok sikit. 

 

Demi ‘Marketing’, Sanggup Tolak Hukum Agama

Rakyat Malaysia semakin bijak sekarang, ramai antara mereka yang  boleh mengagak setiap kontroversi yang cuba dicetuskan oleh ahli-ahli perniagaan ini kebanyakannya semata-mata untuk mempromosikan produk baru mereka.

Orang cakap publisiti murahan, namun ianya sudah banyak kali berjaya membantu golongan-golongan ini meraih keuntungan bernilai jutaan ringgit.

Bukan Alif Syukri dan Nursajat sahaja, malah ramai lagi usahawan lain yang bersikap sebegitu.

Dari produk kecantikkan badan sehinggalah ke produk jamu dan dalaman wanita.

Gelekan maut, berpakaian seksi, aksi mandi di dalam bilik air sambil menggunakan sabun yang dijual sudah menjadi perkara biasa.

Lebih memalukan apabila ramai antara mereka adalah orang Islam.

Buat apa simpan kalau boleh tunjuk bukan? Namun berpada-padalah, nak cari duit pun biarlah kena dengan cara.

 

Doakan Baik-baik, Mereka Juga Manusia Biasa

Apa-apa pun, sebagai manusia biasa semua orang tidak lari dari melakukan kesilapan.

Kita yang bukan artis dan selebriti ni pun ada sahaja kesilapan yang kita lakukan tanpa sedar.

Jika anda tidak suka dengan perlakukan mereka yang semakin menjadi-jadi ini, jadilah orang yang bijak dengan melaporkan mereka kepada SKMM.

Tidak perlu membuang masa mengecam dan mengeji mereka, buat tambah dosa sahaja.

Doakan yang terbaik untuk mereka, agar mereka juga diberi kesedaran dan menjadi manusia yang lebih baik di masa hadapan dan dapat menjadi contoh usahawan yang baik untuk orang lain terutamanya generasi muda.

  

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN