Nampaknya hasrat usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mahu muzik video lagu Jom Raya nyanyiannya itu menjadi trending nombor satu di Youtube akhirnya tercapai.

Dalam lagu tersebut, Aliff berkolaborasi bersama penyanyi rap wanita, Zizi Kirana dan Bella Astillah.

Muzik video yang dilancarkan di Youtube Tv Terlajak laris pada 29 Mei lalu mendapat tontotan sebanyak lebih 600,000 penonton.

Lagu ini nampaknya mendapat sambutan baik daripada orang ramai kerana penampilan Zizi dan Bella itu sendiri.

Nazar Nak Botak Kepala

Aliff sebelum ini dalam Instagram miliknya @aliffsyukriterlajaklaris berjanji akan membotakkan kepalanya sekiranya lagu Jom Raya itu mendapat trending nombor tiga, namun pencapaian itu melebihi sasarannya apabila ia menjadi trending nombor satu kini di laman Youtube.

Sumber: IG Aliff Syukri

Selain gembira dengan kejayaan lagunya, nazar itu juga menyatakan kegembirannya juga kerana isterinya, Datin Seri Shahida kini mengandung lagi.

Nazar ialah janji manusia kepada Allah SWT kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita. Janji ini wajib ditunaikan.

Nazar mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib.

Wargamaya Tuntut Aliff Segera Botak

Nampaknya wargamaya terus membuat tuntutan terhadap nazar yang diberikan oleh Aliff itu. Mereka mahu usahawan kosmetik itu menunaikan janji yang dibuatnya itu kerana muzik video itu sudah menjadi trending.

Sumber:mStar

Mereka tidak mahu Aliff sekadar berjanji kosong dan menurut mereka nazar itu wajib ditunaikan. Malah, mereka juga tidak sabar untuk melihat penampilan Aliff dalam keadaan berkepala botak.

Apa-apa pun, keputusan Aliff itu perlu berpandukan kepada niat asalnya. Jangan main janji tetapi akhirnya memakan dirinya sendiri.

Baik Nazar Dengan Beri Sedekah

Namun, ada segelintir wargamaya pula tidak berseutuju dengan nazar sebegitu. Mereka mahu Aliff sepatutnya bernazar memberi sedekah kepada anak yatim, itu lebih afdal.

Sumber:mStar

Malah, ibu kandungnya sendiri, Rozita Ibrahim turut mempersoalkan niat nazar anaknya itu yang dilihat tidak sewajarnya dilakukan.

Menurut Rozita atau lebih dikenali sebagai Bonda mahu anaknya itu menyedekahkan kambing kepada masjid atau memberi makan kepada orang selepas impiannya tercapai.

Apa-apa pun kita lihat nanti sama ada Aliff botak atau tidak.

KATA ORANG

KATA ANDA

Salahkah Aliff bernazar begitu?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN