Malangnya, masih ada lagi golongan yang tidak ada sivik di negara ini. Selamba sahaja mandikan anjing di tempat persalinan bayi untuk digunakan oleh semua orang, tidak kira bangsa dan agama.
Ia susulan seorang wanita telah membersihkan seekor anjing di dalam sebuah Bilik Salin Lampin di R&R Tapah
Dalam video tersebut, kelihatan wanita itu sedang memandikan anjingnya di atas meja yang disediakan khas untuk para ibu yang ingin menukar lampin bayi masing-masing.
Menurut sumber, wanita terbabit telah ditegur beberapa kali oleh tukang pencuci namun dia tetap meneruskan memandikan anjingnya itu dan mengabaikan teguran yang diterima.
Â
Tidak Sensitif Dengan Agama Lain
Sikap tidak peka dengan senstiviti agama terutamanya agama Islam ini sangat tidak boleh diterima. Bagaimana boleh mandikan anjing di tempat persalinan bayi? Apa kesan kepada kulit bayi nanti, najis yang keluar daripada binatang berkenaan?
Takkan tak nampak papan tanda yang besar-besar depan pintu bilik persalinan tersebut. Malah ada papan tanda menunjukkan tidak dibenarkan bawa binatang.
Banyak lagi cara lain sekiranya ingin mandikan anjing tersebut atau basuh najis binatang itu. Fikirkanlah kemudahan di RnR ini untuk semua orang, bukan untuk individu.
Mungkin selain agama Islam pun tidak boleh menerima tindakan tersebut yang dianggp sebagai kurang ajar atau tiada otak. Mungkin agak kasar bahasa ini tetapi bagaimana lagi boleh huraikan untuk golongan sebegini.
Walaupun sudah ditegur dan diberi amaran tetap degil dengan melakukan perkara itu?
Â
Nila Setitik Rosak Susu Sebelangga
Akibat sikap wanita itu, sentimen perkauman diwujudkan oleh netizen di media sosial. Dan mereka bergaduh sesama sendiri dengan menyalahkan bangsa masing-masing.
Ada diantara mereka yang menuding jari kepada bangsa-bangsa ini. Rasis semakin menjadi-jadi dek kerana wanita ini dikatakan seorang yang berbangsa cina.
Ini bukan masalah bangsa tetapi sikap individu itu sendiri. Takkan bangsa Cina dipersalahkan kerana wanita itu? Ini tidak betul.
Masyarakat hari ini mudah menghukum bangsa bukan individu, salah satu orang, semua disalahkan.
Dalam Malaysia baharu, sikap prejudis sebegini perlu ditamatkan. Jangan lagi semaikan sikap yang tidak baik untuk generasi akan datang.
Â
Pihak PLUS Terpaksa Samak Satu Bilik
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menyamak dan membersihkan persekitaran bilik tukar lampin bayi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah di Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan.
PLUS turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu apabila wanita terbabit tidak menghiraukan teguran petugas dan pelanggan yang menyaksikan kejadian tersebut.
PLUS mengingatkan pengguna bahawa kawasan R&R adalah kawasan larangan untuk binatang peliharaan dan papan tanda mengenainya telah disediakan.
KATA ORANG
No etiquette behaviour. But not to worry, can just accuse everybody else of being racist! 😜https://t.co/QylNJjMVqC
— ZagatoSLR (@ZagatoSLR) February 11, 2019
Wanita cina biadab mandikan anjing dalam bilik salin lampin bayi https://t.co/dNvR7XPCKK pic.twitter.com/wkgcTKe5UT
— Abu Leman Abu Seman (@AbuLemanAS) February 11, 2019
Mesti anjing die berak so jenis pendek akal gi mandikan kt situ. But so many people also brought their pets for travel know what to bring in case of emergency poo and pee camni la. Wet wipes, newspapers , bottle of water. Bukan mandikan at public place doh.
— Dils (@witherthorne) February 11, 2019
Kenapalah boleh jadi begini tidak peduli. Dan tak sensitif langsung. Takkan tak boleh fikir tempat itu juga nanti akan digunakan oleh orang Islam yang amat sensitif dengan anjing? Bangsa yang sudah semakin melampau dan hilang kewarasan.https://t.co/NBR6HVgPyP
— Omar Kassim (@OmarKassim77) February 11, 2019