Kemelut dalaman Parti Islam Semalaysia (Pas) memasuki fasa baru ketika ini.

Jika dahulu mereka yang tidak sealiran dengan kepimpinan ulama’ dilabel sebagai ‘jebon’ sehingga menyebabkan berpecahnya sebahagian ahli Pas membentuk Parti Amanah Negara (Amanah), namun dikatakan kini wujud pula golongan ‘kartel dedak’ di dalam parti.

Bermula Sejak Perselisihan Pendapat Dengan Nik Abduh

Pendedahan tersebut telah dilakukan oleh menantu presiden Pas sendiri iaitu Zaharudin Muhammad. Tindakan beliau mendedahkan kewujudan golongan kartel dedak dalam Pas di laman sosial facebook bermula sejak berlaku percanggahan pendapat dengan ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh berkenaan notis penutupan kedai makan untuk solat sunat terawih.

Sumber: Astro Awani

Beliau antara orang yang mempertahankan notis penutupan kedai makan sewaktu solat sunat terawih berbanding Nik Abduh yang mahu kerajaan bersikap adil kepada golongan peniaga yang sememangnya bergantung kepada perniagaan makanan.

Politik Kartel Makan Keliling

Golongan kartel dedak didedahkan oleh beliau ekoran tindakan mereka yang mengambil kesempatan menerima dana daripada UMNO sehingga menjejaskan keyakinan penyokong parti. Dalam masa yang sama mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali untuk mendapatkan dana.

Untuk rekod, rakaman audio membabitkan Nik Abduh mengenai UMNO memberikan dana kepada Pas menjadi sensasi sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14. Sungguhpun pada awalnya Nik Abduh menafikan suara individu terbabit adalah dirinya, namun akhirnya dalam beberapa bulan yang lalu beliau mengakui itu adalah suaranya.

Malah, Nik Abduh mengakui mendapat restu daripada pimpinan parti untuk ‘bohong syarie’menafikan dakwaan rakaman audio tersebut bagi menjaga reputasi parti dengan menyatakan ia adalah fitnah terjahat.

Bayangan Nama Dedak Kartel

Kenyataan Zaharudin dibuat ketika Pas menghampiri Muktamar Tahunan yang akan berlangsung pada 21 Jun di Kuantan, Pahang tidak lama lagi. Malah, Zaharudin turut memberikan bayangan senarai lima ahli golongan kartel dedak tersebut, iaitu:

  • Dr Hussam II (Ketua)
  • NT
  • KT
  • KH
  • Semua dah tahu

Sungguhpun ramai yang mengkritik pendedahan yang dilakukan secara terbuka akan menjejaskan nama parti, beliau berkata pendedahan perlu dilakukan bertujuan untuk mengelakkan pimpinan parti yang diketuai oleh Abdul Hadi Awang daripada terpalit daripada isu bohong dan dedak.

Apa yang memeranjatkan, tindakan beliau dikatakan mendapat restu daripada Hadi Awang sendiri. Namun begitu, Presiden Pas sudah pun menafikan dakwaan dan ‘restu’ yang dikatakan oleh Zaharudin.  

Sumber: Astro Awani

Tindakan memberi klu sudah pastinya memberi bola tanggung kepada semua pihak untuk meneka senarai nama yang diberi.

Malah, warga maya telah menyenaraikan nama-nama berdasarkan klu yang diberi. Antara tokoh tersebut ialah Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Nasruddin Tantawi, Khairuddin At-Takiri, Khalil Abdul Hadi dan Nik Abduh.

Semua Salah Amanah

Walau bagaimanapun Zaharudin menafikan dua daripada lima nama yang diperkatakan warga maya. Antaranya ialah Dr. Ahmad Samsuri dan Khalil Abdul Hadi. Apa yang menghairankan, beliau mempersalahkan Amanah kerana bertanggungjawab mengaitkan nama-nama yang ada dalam senarai tersebut, sedangkan beliau sendiri yang membuka pekung di dalam parti.

Sumber: Suara Rakyat

Jelas sekali tindakan Zaharudin sangat merugikan parti. Di saat, Pas dan UMNO berjaya menjuarai isu-isu Melayu-Islam, kemelut dalaman parti yang dibawa keluar sedikit sebanyak mencemarkan imej Pas.

Lebih-lebih lagi sebagai sebuah parti bertunjangkan islam. Menyalahkan pihak lawan dalam kemelut yang berlaku dalam parti adalah tindakan tidak profesional dan kebudak-budakan.

Sumber: Facebook Nik Mohamad Abduh

Nik Abduh Ambil Pendirian Bertenang

Sehingga kini, Zaharudin terus membuat pendedahan di laman media sosial miliknya. Berbeza pula dengan Nik Abduh, beliau mengambil pendirian yang lebih tenang untuk tidak memanjangkan kemelut yang berlaku dengan hantaran berkaitan nasihat.

Bagi Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan pula, beliau akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Zaharudin berhubung tulisan di laman media sosial. Menurut Takiyuddin, beliau tidak boleh bersandarkan laporan di media sosial semata-mata dan perlu mendapatkan laporan daripada tuan (Zaharudin) punya badan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, siapa yang harus dipersalahkan dalam isu ini?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN