Sebelum ini terdapat beberapa pihak minta supaya ganja dibenarkan di Malaysia. Tetapi cadangan tersebut dapat banyak bantahan dan pihak kerajaan nampaknya masih lagi tidak beri apa-apa tanda untuk bagi kebenaran. Belum habis cerita pasal ganja, muncul pula isu ketum.

Sumber: Sinar Harian

Pokok Ketum dikenali sebagai Pokok Biak ialah sejenis tumbuhan daripada Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa.

Pokok ini mula dikenal pasti pada tahun 1839 oleh seorang pakar botani dari Belanda. Sejak sekian lama daun ketum ni dianggap sebagai herba tradisional dalam perubatan masyarakat Asia Tenggara.

 

Manfaat

Dalam satu laporan media baru-baru ni, terdapat pakar perubatan menyatakan ketum sebenarnya tidak membawa sebarang mudarat kepada pengamalnya. Kajian itu dilakukan oleh Dr Rusli Abd Rashid dari Pusat Pakar Perubatan Universiti Malaya (UMSC). Selain itu, kajian dari Universiti Sains Malaysia (USM) juga menyenaraikan kebaikan ketum dalam dunia perubatan.

Sumber: Slideshare

Daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan serta bagi merawat sakit belakang.

Bagi mereka yang melakukan kerja berat seperti di ladang atau nelayan, tumbuhan ini dikatakan mampu memberi tenaga dan mengurangkan keletihan.

Sumber: unhas.ac.id

Difahamkan daun ketum juga adalah herba yang paling mujarab diantara herba alternatif yang dicuba dalam mengawal kadar gula dalam darah.

Rebusan melalui daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu, rasa lenguh, kejang otot, keradangan dan juga lelah.

Bagaimanapun sehingga kini belum dapat dibuktikan secara saintifik kebaikan pokok biak atau kini lebih dikenali sebagai ketum secara saintifik kerana ketum tidak digunakan dalam perubatan moden.

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, pihaknya sedia bertemu bagi mendapatkan pendapat daripada pelbagai pihak termasuklah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai perkara itu.

Ia dapat dilakukan melalui kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Pokok ketum mula menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan disebabkan ia mengandungi mitraginin.

Oleh itu, pokok ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan.

Sama juga, di Amerika Syarikat, ketum digunakan sebagai ubat alternatif dalam merawat sakit-sakit otot, cirit birit dan sebagainya. Walaupun begitu, keberkesanannya itu masih lagi belum dipastikan secara klinikal.

Pada tahun lepas, kajian dari Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati yang ketum sebenarnya berpotensi untuk jadi ubat tahan sakit yang baru.

Selain dari jadi ubat tahan sakit, ketum juga boleh ganti metadon yang digunakan dalam merawat ketagihan dadah. Pakar Psikiatri Pusat Pakar Perubatan Universiti Malaya (UMSC), Dr Rusdi Abd Rashid pun menyokong kajian ini.

 

Artis Gunakan Ketum Untuk Rawat Masalah Cacing Anak

Sumber: Pa & Ma

Pelakon Hafidz Roshdi mendedahkan dia menggunakan daun ketum untuk merawat masalah cacing yang dihidapinya anaknya, Humaira yang berusia bawah satu tahun.

Anaknya mula merengek, kurang selera makan kerana masalah cacing dan dia membawa anaknya ke klinik dan diberikan ubat, namjun kakaknya yang juga seorang doktor menasihatinya supaya tidak memberikan ubat itu kerana umur Humaira masih kecil dan tidak sesuai kerana akan menganggu perkembangan otak anaknya itu.

Selepas itu, dia ikhtiar cara tradisional, dan ibu Hafidz seorang yang mahir dalam ubatan tradisional. Ibunya menggunakan sehelai daun ketum yang dilayurkan di atas api. Dalam keadaan daun yang suam itu, ia ditekapkan ke perut Humaira dan hanya sekali sahaja dibuat, Humaira kembali normal dan aktif seperti biasa.

 

Kesan Buruk Menggunakan Ketum

Walaupun ketum ada manfaatnya, tapi ia masih lagi bergantung dengan cara penggunaannya. Ketum sebenarnya tidak membawa mudarat kalau digunakan dengan betul. Apa yang jadi masalah adalah bila ada orang yang pandai sangat campurkan ketum ni dengan benda-benda lain.

Sumber: utaranews12.wordpress.com

Mungkin anda pernah dengar ada orang campurkan ketum dengan benda-benda pelik seperti ubat nyamuk, tembakau, alkohol, kafein, pil khayal, ubat demam, panadol dan ubat batuk.

Selain tu, kita juga kena tahu yang ketum ni ada bahan kimianya sendiri, maka pengambilannya juga perlu ada kawalan. Kesan sampingan dari pengambilan ketum juga bergantung dengan banyak mana jumlah kita ambil (dose-dependent).

Sumber: Iluminasi

Daun ketum mulai haram kerana ramai pihak telah menyalahgunakan daun ini sehingga mereka menjadikan air minuman dari daun ketum ini untuk rasa “high” (lalok). Lebih kurang macam dadah juga dibuatnya.

Pengambilan air ketum secara berterusan boleh menyebabkan ketagihan yang kronik dan tidak boleh diubati langsung.

Antara kesan sampingan lain yang mudarat kesihatan akibat penggunaannya adalah berat badan menyusut, insomnia, anoreksia, dehidrasi, sembelit, masalah ingatan dan kemurungan serta masalah jantung.

Itulah cabaran utama yang sebenarnya. Seperti mana ubat batuk, tujuan asal ubat itu sebenarnya baik, tapi bila sampai dekat orang-orang yang tak bertanggungjawab, jadilah yang sebaliknya.

 

Kes Melibatkan Ketum

Sebelum menyentuh kes mereka yang ditahan di bawah penggunaan ketum, kita imbas kembali kes tular Muhammad Lukman Mohamad yang mendapat perhatian Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Izzah telah menulis rayuan kepada Peguam Negara, Thommy Thomas bagi mendapatkan pengampunan terhadap lelaki itu berdasarkan merit pada kes berkenaan.

Kisah Lukman tular sehingga ke luar negara baru-baru ini dan mendapat perhatian netizen apabila Mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas lelaki itu ditangkap di kediamannya pada 7 Disember 2015 lalu kerana disyaki memiliki, memproses, dan mengedar dadah jenis ganja yang telah diolah dalam bentuk cecair (minyak).

Menurut sumber, rawatan alternatif itu yang dihasilkan Lukman telah membantu hampir 800 pesakit yang rata-ratanya telah sembuh setelah menggunakan produk tersebut. Sepanjang perbicaraan kes itu, peguamnya, Farhan Maaruf turut membawa saksi-saksi yang pernah mendapatkan khidmat perubatan minyak ganja daripadanya.

Berbalik pada isu ketum juga ia sama sahaja. Banyak kes dilaporkan melibatkan penggunaan ketum sama ada untuk perubatan atau sebaliknya.

Pertengahan Februari tahun ini, seorang lelaki dipenjara tiga tahun di Mahkamah Majistret Kota Bharu, bagi dua kesalahan memiliki daun ketum.

Pada akhir Julai tahun yang sama, seorang lelaki didenda RM4,300 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memiliki 84 liter air ketum dan 9,312 gram daun ketum yang disimpan di dalam sebuah stor.

Di Melaka dilaporkan terdapat dua kes melibatkan empat pengedar dengan jumlah 858.50 liter air ketum berbanding 846.76 liter air ketum pada tahun lalu.

Sebanyak 17 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu dengan 24 suspek pengedar ditahan di bawah Akta Racun 1952.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah pihak kerajaan kena mengkaji semula khasiat sebenar daun ketum untuk proses perubatan atau haramkan terus penggunaan ketum?
10 votes · 10 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN