Di Malaysia siapa yang tidak kenal dengan jutawan kosmetik, Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV).
Semua orang pasti sudah tahu dengan kekayaan yang dimilikinya kerana beliau secara terbuka menunjukkan aset seperti banglo mewah, kereta mewah berjenama Lamborghini, barang kemas dan bermacam lagi.
Paling terbaru, beliau telah menghadiahkan anak perempuannya yang berumur 13 tahun kereta mewah Mercedes-Benz CLS yang bernilai antara RM 465,038 hingga RM 598,888.
Anaknya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B sebelum ini pernah meminta Datuk Seri Vida membeli sebuah kereta jenis Mustang sempena ulangtahun ke 13 pada 19 Mei.
Namun niatnya itu tidak kesampaian apabila DSV hanya menghadiahkannya kereta Mercedes ini.
Kenapa Beli Kereta?
“Pada pendapat saya, tidak salah untuk saya belikan dia kereta memandangkan saya ibunya dan berkemampuan,” itu jawapan yang diberikan Datuk Seri Vida apabila ramai yang mempertikaikan hadiah yang diberi kepada anaknya itu.
Namun, rata-rata netizen berpendapat jutawan kosmetik itu terlalu memanjakan anaknya sehingga sanggup memberikan kebenaran untuk Cik B memandu kereta tersebut sedangkan anaknya itu masih dibawah umur dan tidak mempunyai lesen.
Di Malaysia, had umur untuk seseorang mengambil lesen memandu kelas D bagi kereta mestilah berumur 17 tahun dan bagi kelas B2 untuk motosikal 16 tahun.
Sebelum ini Datuk Seri Vida juga pernah menghadiahkan anaknya jam mewah Chopard bernilai RM100,000 selain rumah banglo untuk setiap anaknya.
Kisah Hitam Datuk Seri Vida
Di sebalik kekayaan dan sikap ceria Datuk Seri Vida, terdapat kisah hitam yang terpahat dihatinya.
Menurutnya, beliau pernah hidup susah ketika kecil apabila kematian bapanya dan pada ketika itu, ibunya hanya menoreh getah. Demi untuk menampung belanja persekolahan, beliau mula meniaga secara kecil-kecilan dengan menjual kacang putih dan nasi bungkus kepada rakan di sekolah.
Beliau juga pernah menyatakan mula membuat perniagaan hanya bermodalkan RM50 ringgit sahaja dan merasa jerih perih, kegagalan demi kegagalan dalam perniagaan, perit disabotaj dan dianiaya malahan turut difitnah.
Mungkin disebabkan beliau pernah susah ketika kecil, beliau tidak mahu anaknya kini merasai keperitan yang pernah dirasakannya suatu ketika dahulu.
Selain itu, terdapat juga satu kejadian tragis apabila dua daripada empat orang anaknya maut dalam kebakaran di rumahnya di Ipoh beberapa tahun lalu.
Kejadian tersebut memberi kesan yang sangat hebat dalam hidupnya dan itu juga mungkin salah satu sebab Datuk Seri Vida cuba memenuhi permintaaan anaknya bagi menunjukkan kasih sayang yang tidak terhingganya.
KATA ORANG
Wait why r ppl so up in DSV's business sampai beli kereta mewah for the anak pun nak kecoh??? These ppl have never seen all the kids in KL especially the boys who drive expensive cars duit mak bapak ke apa
— 🌹cheryll🍒 (@marijuanx) July 12, 2018
Biarlah dia, dia dah kehilangan dua anak sebelum ini. Dia hargai yang masih hidup. Kalau korang berada di situasi dia pun mungkin korang akan buat hal yang sama pada orang yang korang sayang. Biarlah dia nak sayang anak dia macam mana sekalipun
— Kevin Intai (@kellykazaye) July 12, 2018
Elok lah dia bg atas usaha kerja keras ..malahan untuk bahagia kan anak2..bukan nya dia merompak dan berjoli dengan menggunakan duit rakyat.
— Umis(68) (@Umis79702984) July 11, 2018