Setiap kali tibanya bulan Syawal, pasti ramai yang tidak sabar untuk menghadiri jamuan raya atau rumah terbuka sanak saudara, sahabat handai mahupun jiran tetangga.

Rumah terbuka atau open house sudah sinonim dalam kalangan umat Islam hari ini dan Syawal juga dirasakan seolah-olah tidak lengkap tanpa mengadakan rumah terbuka.

Sumber : mybaju blog

Amalan kunjung-mengunjungi sangat dituntut dalam Islam. Ia bagi mencapai matlamat merapatkan hubungan antara keluarga dan orang sekeliling.

Sudah pasti jadual setiap hujung minggu pada Syawal ini sentiasa padat dengan jemputan rumah terbuka kan?

 

Wajar Diadakan

Penganjuran majlis rumah terbuka dalam masyarakat kita pada hari ini adalah satu perkara baik dan wajar diadakan terutama bagi mereka yang berkemampuan.

Jika dilaksanakan mengikut panduan ditetapkan Islam, ia mampu menjadi ibadat yang memberi manfaat besar buat tuan rumah dan tetamu.

Tetapi ia juga boleh menjerumuskan kita kepada dosa sekiranya bertandang ke rumah orang , berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai bukan ingin mengeratkan silaturahim, bermaaf-maafan, bertukar-tukar fikiran sebaliknya mengumpat atau mengutuk tuan rumah.

Sumber : Google

Menjaga adab bertamu pen­ting agar tidak tercemar dan dapat menjaga imej kita sebagai tetamu serta disenangi oleh tuan rumah.

 

Adab Menjadi Tetamu

Sebagai tetamu kita perlu berniat baik diatas kunjungan, tidak memilih rumah yang ingin dikunjungi seperti rumah orang berharta, berpangkat dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat manakala waktu berkunjung pula hendaklah memilih masa yang sesuai.

Janganlah berkunjung pada waktu awal pagi, atau larut malam kerana kebiasaan pada waktu tersebut pihak tuan rumah sedang berehat.

Selain itu , tetamu seboleh-bolehnya perlu menjaga adab terutama ketika mengambil juadah yang disediakan.

Cuba elakkan makan dengan tamak dan gelojoh di rumah terbuka. Makanlah sekadarnya dan ingatlah masih ada ramai tetamu yang akan datang untuk menjamu selera.

Sumber : Berita Harian

Tetamu juga perlu hadkan masa supaya tidak terlalu lama bertandang kerumah orang kerana tetamu yang dijemput mungkin ramai. Beri peluang juga kepada tetamu lain untuk mengambil tempat.

Apabila selesai menjamu selera, maklumkan kepada tuan rumah untuk pulang sambil mengucapkan terima kasih kepadanya.

 

Leka Hingga Luka

Isu yang sedang hangat dibualkan ketika ini ialah tentang sikap anak yang tidak dikawal ibu bapa mereka.

Dalam keseronokan menghadiri rumah terbuka, perasaan teruja bertemu kerabat, saudara mara dan sahabat handai yang lama terpisah boleh menjadikan seseorang itu leka tanggungjawab terhadap anak sehinggakan anak tidak dipantau yang boleh mengundang perkara tidak diingini berlaku.

Syawal yang terbaru, seorang pengguna twitter yang dikenali sebagai Fairus telah berkongsi tentang cermin keretanya yang pecah disyaki akibat dibaling objek oleh anak tetamu yang hadir rumah terbuka dirumahnya.

Sumber : Twitter

Anak kecil yang masih belum dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara tidak boleh dibiarkan terlalu bebas bergerak sehingga boleh menyebabkan barangan berharga rosak atau musnah

Sehubungan itu, ibu bapa perlu tegas dengan segera menegur jika anak mereka bertindak di luar batasan.

 

Tuan Rumah Perlu Ikhlas

Bagi tuan rumah pula , terdapat beberapa adab yang perlu dipelihara juga antaranya, mestilah berniat ikhlas menerima kunjungan dan bukannya menunjuk-nunjuk serta memilih tetamu yang berpangkat untuk diajak bersembang.

Tuan rumah perlulah menghormati dan memuliakan semua tetamu. Ingatlah bahawa memuliakan dan me­layan tetamu dengan baik, adalah amalan para Nabi dan Rasul terdahulu.

Malah, sebagai tuan rumah, anda perlulah bijak dalam menguruskan majlis agar tidak berlaku pembaziran. Berlebih-lebihan dalam sambutan atau menunjuk-nunjuk dalam penganjuran keraian sehingga akhirnya menjadi beban kepada diri sendiri dan keluarga.

Sumber : Google

Sekiranya anda tidak berkemampuan, cukup hanya anda hidangkan apa yang ada sahaja dirumah anda. Perlu ingat, tujuan sebenar rumah terbuka bukanlah untuk menjamu selera tetapi mengeratkan silaturahim, bermaaf-maafan, yang jauh didekatkan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda akan mengadakan rumah terbuka setiap kali tibanya Syawal?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN