Sejak kebelakangan ini, trend pemasangan ‘dashboard’ atau ‘dashcam’ semakin menjadi pilihan masyarakat dunia termasuk rakyat Malaysia bagi merekodkan segala perilaku kejadian yang berlaku di jalan raya.
Memang tidak dinafikan sekarang ini, banyak pemandu dilihat tidak mengikut etika pemanduan ketika memandu hingga menyebabkan banyak kejadian kemalangan yang dahsyat membabitkan kenderaan berat dan juga kenderaan ringan.
Oleh sebab itu, dengan pemasangan dashcam ini, ia bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan merakam video perjalanan sesuatu kenderaan itu.
Tetapi, video yang dirakam itu juga boleh digunakan bagi tujuan keselamatan dan dijadikan sebagai bukti sekiranya berlaku kemalangan jalan raya di sesuatu kawasan terbabit.
Penting Sangatkah Dashcam Dipasang Pada Kenderaan? Â Â
Mungkin ramai di antara kita tertanya-tanya, penting sangatkah kenderaan kita dipasang dengan dashcam selepas melihat banyak kejadian kemalangan yang menjadi tular di media sosial?
Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2013, Malaysia menduduki tangga ke-3 tertinggi berkaitan kematian yang melibatkan kemalangan jalan raya, di mana 23 orang bagi setiap 100,000 penduduk dan purata 14.4 kematian setiap hari.
Sepanjang musim perayaan pula, secara purata ianya melibatkan 200 kematian.
Mengapa perkara ini berlaku? Adakah disebabkan sikap pemandu itu sendiri yang menjadi punca utama kemalangan jalan raya?
Perkara tersebut sememangnya diakui memandangkan masih ramai di antara kita mengamalkan sikap tidak sabar dan mementingkan diri sendiri yang menjadi penyumbang utama kemalangan jalan raya di negara ini.
Dalam hal ini, walaupun kita mengamalkan sikap pemanduan yang baik dan cermat, tetapi sekiranya malang tidak berbau, kita pasti akan terlibat sama dalam kemalangan jalan raya.
Tidak kiralah kemalangan itu berpunca dari diri kita atau pihak ketiga, ada baiknya kita mementingkan kelengkapan tambahan seperti dashcam pada kenderaan.
Galak Masyarakat Jadi Mata Dan Telinga Pihak Berkuasa
Pemasangan dashcam ini bukan sahaja boleh dijadikan bahan bukti bagi melihat bagaimana sesuatu kemalangan atau kejadian itu terjadi tetapi juga boleh digunakan untuk merakam nombor pendaftaran kenderaan yang melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.
Tetapi ia turut diakui boleh menggalakkan masyarakat untuk menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat termasuk berkaitan kemalangan jalan raya.
Memang tidak dinafikan sekarang ini, banyak kejadian langgar lari mahupun penipuan kemalangan sepertimana yang sering ditularkan di media sosial pada hari ini.
Walaupun pemasangan dashcam ini bukanlah satu ‘keperluan’ wajib, namun setelah ianya diakui banyak mendatangkan kebaikan, adalah tidak merugikan jika kita memasang kamera ini di dalam kenderaan masing-masing.
KATA ORANG
Kenapa kereta keluaran tak siap2 buat penambahan pemasangan kamera.
— Awang Razak (@awang__) February 13, 2019
Ya saya pakai #dashcam untuk keselamatan dan sumber rujukan jika ada apa2 insiden berlaku kepada saya atau kenderaan berhampiran..
— jok3r (@MFB_jok3r) February 13, 2019
elok lah kereta polis, ambulance bomba juga harus pasang dash cam.
— zeynal (@zeynal871) February 13, 2019
kenderaan kini perlu dibina dgb sistem ini...
— CNM (@cikgunikmie) February 13, 2019