Bila bercakap mengenai aktiviti pelancongan, kita tertentu akan terbayang keindahan kawasan pergunungan, pantai dan bangunan yang penuh dengan seni bina unik dan bersejarah bukan?

Sumber: https://www.sacbee.com

Namun, disebalik keindahan yang terukir dalam bidang pelancongan ini, ada satu jenis pelancongan yang tidak kurang menariknya iaitu melawat kawasan yang mencatatkan sejarah tragedi, kekejaman dan mengerikan atau lebih dikenali sebagai ‘Dark Tourism’.

Banyak sebenarnya lokasi di dunia ini yang menyimpan sejarah peperangan, kemusnahan dan tragedi yang wajar kita kunjungi bagi mencetuskan keinsafan terhadap apa yang pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini.

 

Apa Itu ‘Dark Tourism’?

Istilah ‘dark tourism’ pada mulanya dicetuskan oleh dua profesor dari Glasgow Caledonian University, Malcolm Foley dan John Lennon pada tahun 1996.

Secara ringkas, ‘dark tourism’ membawa maksud pelancongan yang berteraskan kegelapan.

Sumber: http://juliasomething.com

Destinasi yang dikunjungi pasti pernah mencatat sejarah tersendiri, sama ada pernah mengorbankan banyak nyawa kerana sesuatu tragedi atau tempat itu mempunyai banyak kisah sedih yang terjadi satu masa dahulu.

Paling unik, bagi golongan yang sukakan dark tourism iaitu pelancongan yang melawat kawasan yang mengandungi sejarah gelap, terutama melibatkan kematian atau bencana atau kedua-duanya.

Namun kini, ‘dark tourism’ diakui semakin menjadi pilihan pelancong, terutamanya kepada mereka yang mahu menyingkap sejarah dan gemarkan perkara yang berkaitan sejarah.

 

‘Dark Tourism’ Ada Kebaikannya dan Keburukannya

Konsep ‘dark tourism’ seperti ini memang diakui memberi manfaat kepada banyak negara misalnya di negara seperti Rwanda, Mozambique, dan Kemboja.

Apabila melawat negara Croatia, agak sukar untuk kita percaya bahawa perang saudara berlaku di sana sejak 20 tahun yang lalu.

Tetapi, itulah industri pelancongan mereka. Ada pentingnya untuk kita tidak menghapuskan bangunan bersejarah terutama sekali bangunan yang mempunyai banyak kisah yang tersendiri lebih-lebih lagi sekiranya kawasan itu melibatkan kematian, bencana atau kedua-duanya.

Apabila sesebuah negara itu memperkenalkan konsep pelancongan seperti ini, ia secara tidak langsung memberi mereka lebih banyak pendedahan dan pemahaman yang mana  kita dapat ketahui sedikit sebanyak berkenaan sejarah, sosio-budaya dan latar belakang sesebuah negara yang kadang-kadang kita tak akan jumpa di dalam buku teks sejarah.

Dalam masa yang sama, tidak dinafikan juga konsep ‘dark tourism’ ini akan meninggalkan kesan dari segi emosi terhadap seseorang yang mana ada sesetengah tempat itu tidak sesuai untuk dilawati terutamanya anak kecil.

 

Antara Tempat Misteri Seluruh Dunia

Hujung tahun ni, pasti ramai yang sudah merancang untuk pergi bercuti. Jadi bagi mereka yang berjiwa ‘kental’ dan sukakan aktiviti yang mencabar daripada melancong di kawasan yang berasaskan sumber semulajadi ini.

Di Malaysia, konsep sebegini mungkin masih belum mendapat sambutan lagi memandangkan sesetengah masyarakat kita masih belum boleh menerima konsep seperti ini.

Sumber: Astro Awani

Jika di luar negara, anda boleh melawat Catacombs yang tertelak di Paris, Perancis. Destinasi ini menyimpan enam juta rangka manusia dalam terowong kecil dan ia dibina untuk menyambungkan lombong permata purba di Paris.

Sumber: Nulis Babe

Pulau Boneka yang terletak di Mexico juga tidak kurang menariknya memandangkan pulau itu dipenuhi dengan anak patung yang semuanya dalam keadaan menyeramkan.

Dikatakan juga roh seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui lemas di kawasan itu menghantui penduduk sekitar. Akibat tidak mahu diganggu, penduduk terpaksa menggantungkan anak patung bagi menenteramkan roh kanak-kanak itu.

Sumber: H.I.S Travel

Sekiranya anda merancang ke Jepun dan sukakan aktiviti ekstrem, anda mungkin boleh melawat Pulau Hashima mana ia merupakan sebuah pulau terbiar dan tidak berpenghuni.

Pulau itu difahamkan telah ditinggalkan sejak Perang Dunia II yang mana roh-roh tentera yang terkorban dipercayai masih berkeliaran di kawasan pulau itu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda salah seorang penggemar konsep pelancongan jenis ‘dark tourism’ seperti ini?
9 votes · 9 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN