Ahad lepas, masyarakat seluruh dunia sibuk meraikan hari bapa yang secara tahunan disambut pada hari Ahad ketiga setiap bulan Jun.

Seperti hari ibu, hari bapa disambut bagi meluahkan rasa penghargaan kepada si bapa untuk setiap pengorbanan dan jasa yang telah dilakukan untuk keluarga.

Bagi yang masih mempunyai bapa, pasti pelbagai kejutan dan hadiah disediakan oleh isteri dan anak-anak bagi menyambut insan tersayang ini.

Dalam sibuk wargamaya memuatnaik gambar ayahanda mereka dengan ucapan khas buat mereka, pelakon hebat Malaysia Nabila Huda turut mengambil peluang ini dengan memuatnaik gambar ayahnya yang juga lagenda rock, Amy Search dengan ucapan yang cukup tersentuh. 

Namun luahannya tersebut seperti dibidas secara ‘lembut’ oleh ibu tirinya dengan menulis ‘

Mungkin ramai yang tidak tahu, hubungan Nabila Huda dan bapanya itu sudah renggang sejak beberapa tahun lepas. 

Menurut perkongsian Nabila Huda sebelum ini, ibu tirinya merupakan punca mengapa hubungan dia dan bapanya retak.

Bayangkan betapa peritnya terpaksa menjalani kehidupan tanpa kasih sayang dan belaian seorang bapa.

Nabila Huda yang sudah lali dengan drama ibu tirinya itu sentiasa memilih untuk menjauhkan diri dan membiarkan sahaja ayahnya berbahagia dengan kebahagiannya sekarang.

Namun bagaimanapun konflik yang berlaku antara mereka dipercayai masih berterusan dah entah sampai bila Nabila perlu berjauhan dengan ayahnya sendiri.

 

Ramai Yang ‘Tahu’ Sikap Ibu Tiri

Bagi yang mengenali keluarga ini, ramai yang tahu dengan lebih mendalam konflik yang dihadapi mereka.

Malah apabila Nabila meluahkan rasa sedihnya mengapa ucapan hari bapa yang dibuat untuk Amy Search dibidas oleh ibu tirinya. Ramai yang menunjukkan sokongan kepadanya dan ada juga membuka pekung sikap  ibu tirinya yang dikatakan memang kurang menyenangkan.

Malah rakan-rakan artis juga ramai yang kurang senang dengan sikap ibu tirinya yang dilihat seperti sengaja menimbulkan ketegangan antara dua beranak tersebut.

 

Sambutan Hari Bapa Bagi Muslim, Boleh Ke?

Ramai juga turut mempertikaikan sikap sesetengah orang Islam yang terlalu suka mengikut budaya barat seperti menyambut hari kekasih, hari ibu dan hari bapa.

Walaupun terdapat pelbagai perdebatan tentang isu ini, namun ada ahli ulama’ yang berpendapat ianya harus dan boleh disambut asalkan cara sambutan tidak bertentangan dengan cara dan ajaran Islam.

Malah sebelum ini Jabatan Mufti Selangor juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Islam menganjurkan persepktif sambutan yang sederhana dan tidak melalaikan.

Selain itu, kewujudan hari-hari istimewa ini juga boleh digunakan sebagai refleksi untuk si ibu dan bapa dan mendalami semula peranan mereka sebagai ibu bapa dan muhasabah diri semula adakah mereka telah menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pendapat anda tentang isu ini?
11 votes · 11 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN