Kemelut video lucah kontroversi yang memalitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nampaknya belum menemui titik noktah. Ini kerana si pelaku yang dikatakan mirip wajah Azmin masih tidak dapat dicam oleh pihak polis sehingga kini.

Sungguhpun Haziq Abdul Aziz mengakui dirinya sebagai salah seorang pelaku dalam video tersebut, namun seorang lagi individu yang seiras Azmin Ali masih menjadi misteri. Hal ini telah menimbulkan pelbagai kemusykilan dalam kalangan warga maya.

Haziq Direman Kenapa Azmin Tidak?

Ada yang percaya kewujudan video tersebut hanyalah dibuat-buat sebagai komplot untuk menjatuhkan kredibiliti politik Azmin Ali, dalam masa yang sama ada juga pihak yang berasa sangsi dengan ‘tangkapan reman terpilih’ yang dilakukan oleh pihak polis kepada orang-orang bawahan tetapi tidak kepada menteri.

Yang jelas, cara polis melakukan siasatan ke atas kes ini secara reman terpilih dipertikaikan ramai pihak.

Sumber: Matsumoto Akira

Disebabkan isu ini masih tidak dapat diselesaikan, seorang ahli perniagaan, Zamil Ibrahim baru-baru ini, telah menawarkan hadiah lumayan iaitu sebuah kereta Mercedez Benz A250 Sport kesayangannya kepada mana-mana pihak yang berjaya menjumpai pelaku di dalam video tersebut yang mempunyai wajah mirip Azmin Ali.

Menurut beliau, cabaran itu dilakukan bagi memastikan si pelaku video yang menjadi misteri sehingga ke hari ini ditangkap, seterusnya mampu mempercepatkan tugas polis untuk menyelesaikan kes. Berdasarkan carian yang dilakukan, selain seorang ahli perniagaan, Zamil Ibrahim juga merupakan seorang ahli politik.

Zamil Ibrahim Rupanya Kawan Rapat Lokman Noor Adam

Ini kerana, beliau merupakan kenalan rapat kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam. Beliau merupakan bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), bekas Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), sebelum melepaskan jawatan dan menyertai semula parti UMNO pada bulan September tahun lalu. Malah, penyerahan borang keahlian UMNO pada tahun lalu juga dilakukannya melalui Datuk Lokman Nor Adam.

Sumber: UMNO Online

Seperti yang diketahui semua, Datuk Lokman Noor Adam merupakan antara individu yang tegas mengaitkan Azmin sebagai individu di dalam video tersebut. Malah beliau sanggup terbang ke Indonesia untuk berjumpa dengan pakar-pakar bagi memastikan kesahihan video semburit yang tular.

Lokman Penentang Tegar Azmin

Disebabkan tangkapan reman hanya dilakukan oleh polis kepada Haziq dan tidak kepada Azmin, beliau menuduh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador sebagai menipu berkenaan siasatan kes penyebaran video. Malah beliau mencabar Hamid Bador untuk mendakwa Haziq sekiranya pengakuan yang dilakukan oleh Haziq tidak benar.

Hal ini telah menyebabkan Hamid Bador mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis terhadap Lokman. Beberapa hari lalu, Lokman telah dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil keterangan, dan kemungkinan kemelut isu video ini akan terus berpanjangan.

Tidak dapat dipastikan sama ada cabaran yang dilakukan oleh Zamil Ibrahim adalah benar ataupun sekadar mencari populariti di sebalik isu yang menjadi kontroversi. Namun begitu, tawaran memberikan sebuah kereta Mercedez merupakan tawaran lumayan dan perlu disahut oleh semua pihak bagi memastikan pelaku sebenar dalam video semburit tersebut berjaya diberkas.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasakan tawaran kereta Mercedez Benz ini benar?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN