Setiap kali tiba musim berkempen mahupun Pilihanraya Kecil (PRK), pasti ada sahaja isu-isu panas yang sengaja dimainkan untuk menjatuhkan reputasi seseorang individu itu.

Baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, pasti ada sahaja isu yang akan terpalit ke atas diri mereka sehingga boleh menimbulkan keraguan dan tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Sumber: mynewshub.tv

Yang terbaru, timbul pula desas desus yang mengatakan bahawa Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya telah membohongi rakyat berhubung latar belakang pendidikan yang dibuat menerusi program pendidikan jarak jauh (PJJ) di salah sebuah universiti berprestij di dunia.

Desas-desus mengenai isu ini pastinya menimbulkan tanda tanya rakyat terhadap Marzuki yang dikatakan sanggup menipu latar belakang akademiknya semata-mata mahu memegang jawatan di dalam bidang politik dan perniagaan.

Sekarang ini, sebut sahaja mengenai latar belakang akademik, semua pihak pastinya menunggu kesahihan yang sebenar memandangkan pernah suatu ketika dahulu, seluruh rakyat Malaysia terkejut mengenai seorang pakar motivasi keusahawanan, Azizan Osman yang menipu kelayakan akademiknya hanya untuk mendapatkan gelaran doktor.

Tidak kurang juga, pelakon Boy Iman yang dikatakan menipu mengenai status kononnya menjadi calon doktor falsafah di Universiti Malaya (UM).

Sudah pasti mereka tidak mahu pisang berbuah dua kali, tak begitu?

Disebabkan itu, sehingga ke hari ini, rata-rata netizen di media sosial dilihat medesak Marzuki agar tampil menjelaskan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau dengan menunjukkan bukti sijil ijazah asli yang diperolehinya ketika belajar dahulu.

 

Salah Faham Dan Permainan Politik Semata-Mata

Mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah benar seorang ahli politik sanggup menipu mengenai latar belakang akademiknya semata-mata mahu memegang jawatan tertinggi di dalam kerajaan.

Mengapa baru sekarang ini, isu tersebut dimainkan pihak tertentu dengan dakwaan tidak berasas hanya untuk menjatuhkan reputasi seseorang itu.

Malah, apa sebenarnya yang berlaku adalah disebabkan salah faham pihak tertentu yang menganggap Marzuki merupakan seorang graduan dari University of Cambridge di United Kingdom.

Sumber: Facebook

Walhal, Marzuki merupakan Cambridge International University yang berpusat di Amerika Syarikat.

 

Asam Garam Ahli Politik Ditohmah Pelbagai Dakwaan Tidak Berasas

Dalam hal ini, bukan sahaja artis yang sering ditohmah dengan pelbagai dakwaan tidak berasas, ahli politik juga tidak terkecuali untuk melalui perkara yang sama.

Dengan pelbagai kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini, perkara yang dilihat mustahil untuk dilakukan pastinya menjadi mudah.

Sumber: Sinar Harian

Jika gambar dan video pun boleh dijadikan sebagai bahan menjatuhkan seseorang individu itu, inikan pula maklumat peribadi yang terpampang di Wikipedia yang membolehkan sesiapa sahaja untuk menyuntingnya.

Memang tidak dinafikan lagi, pencapaian akademik yang dimiliki seseorang itu boleh menjamin kehidupan masa depan yang lebih baik sekaligus membolehkan individu tersebut untuk bersaing dalam kerjaya masing-masing baik di peringkat global mahupun di dalam negara sahaja.

Malah, semakin tinggi kelulusan akademik seseorang itu, maka semakin tinggi juga kedudukannya di dalam sesebuah organisasi.

Sumber: https://biswardihasbi.wordpress.com

Tetapi sekiranya dakwaan tersebut tidak benar, pihak terbabit perlu perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya atas dakwaan tidak berasas sehingga boleh memecah belahkan masyarakat.

Lebih-lebih sekarang ini, apabila negara kita sudah bertukar kerajaan, rakyat pasti mahu memilih pemimpin yang bukan sahaja bersih daripada sebarang rekod jenayah lampau tetapi juga pemimpin yang mempunyai kelulusan akademik yang bagus.

Lihat sahaja pemimpin yang memegang jawatan tinggi di dalam politik, kebanyakan dari mereka mempunyai kelulusan akademik yang bagus dari universiti luar negara yang terkemuka dan bersesuaian dengan kedudukan mereka.

KATA ORANG

KATA ANDA

Perlukah Marzuki menunjukkan bukti bahawa beliau sebenarnya graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Cambridge International University di Amerika Syarikat bagi menjelaskan dakwaan yang terpalit ke atas dirinya?
6 votes · 6 answers
Vote

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN