Tular baru-baru ini mengenai dakwaan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan tidak membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Tunggakan Cukai RM1.5 bilion
The Edge Markets melaporkan, LHDN sudah menghantar surat kepada Najib seminggu yang lalu bagi memaklumkan tunggakan cukai yang tidak dilunaskan. Berdasarkan laporan tersebut, Najib diminta membayar tunggakan cukai sebanyak RM1.5 bilion, bil bagi tahun 2001 hingga 2017. Jumlah tersebut merupakan jumlah lain daripada cukai pendapatan yang dibayar Najib selama tujuh tahun.
Malah, berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh LHDN, mereka mendapati Najib masih belum mengisytiharkan pendapatan kira-kira RM4 bilion dalam tempoh tersebut, termasuklah jumlah RM2.6 yang diterima dalam akaun peribadinya yang didakwa hasil dari 1MDB.
Najib Menafikan
Walau bagaimanapun, Najib telah menafikan dakwaan itu dengan mempertahankan bahawa RM2.6 bilion merupakan sumbangan politik daripada keluarga diraja Arab Saudi. Sumbangan politik tidak dikenakan cukai di bawah undang-undang.
Keduanya, beliau menegaskan bahawa pendapatan yang diperolehinya dari luar negara tidak boleh dikenakan cukai seperti yang terkandung di bawah undang-undang percukaian.
Benarkah Pendapatan Luar Negara Tidak Dikenakan Cukai?
Apa yang diperkatakan oleh Najib nampak gayanya ada benarnya. Berdasarkan kajian yang dilakukan di portal LHDN mendapati pendapatan yang diperoleh oleh seseorang individu dari luar negara tidak boleh dikenakan cukai di Malaysia. Ini telah termaktub dalam peraturan.
Dalam masa yang sama, sumbangan politik tidak boleh dikenakan cukai. Perkara ini pernah dijawab oleh Bekas Ketua Pegawai Eksekutif LHDN tahun 2016, Tan Sri Mohd Shukor Mahfar. Ini kerana pendapatan tersebut tidak tertakluk kepada cukai, maka ia tidak boleh dikenakan cukai.
Bagaimanapun menerusi laporan The Edge Markets, pakar cukai berpendapat wang dalam akaun Najib masih boleh dikenakan cukai dan salah sekiranya tidak mengisytiharkan sebagai pendapatan.
Najib Anggap Itu ‘Penalti Cukai’ Yang Tiba-Tiba Wujud
Bagi Datuk Sei Najib Razak, beliau menganggap perkara ini sebagai ‘penalti cukai baharu’ yang tiba-tiba dikenakan ke atas dirinya memandangkan LHDN berada di bawah kuasa Menteri Kewangan. Malah, berdasarkan laporan Utusan Malaysia Najib mempersoalkan mengapa penalti cukai baharu individu boleh dibongkar oleh kerajaan kepada media tempatan.
Beliau menambah, walaupun Menteri Kewangan boleh menuntut, tetapi penalti yang dikenakan belum tentu betul memandangkan perlu mengikut undang-undang serta boleh dicabar.
Najib Akan Terus Berdepan Mahkamah
Sama ada benar ataupun tidak, kes sebegini mampu dicabar oleh Najib di mahkamah. Apa yang jelas Najib akan terus berdepan dengan kes di mahkamah sekiranya mencabar tuntutan cukai yang dikenakan kepadanya.
KATA ORANG
guan eng, mahathir, anuar mukriz bayar cukai tak. LHDN tolong korang siar cukai diaorang seperti korang siar cukai najib. kerja kena jujur ni.
— zeynal (@zeynal871) April 2, 2019
Heran juga kenapa Najib nak kena bayar cukai sedangkan masa dia PM, dia yang cipta cukai tu. Pencipta cukai kena bayar cukai? Alah ni ni sebab dia dah tak jadi PM dah. Cuba kalau dia PM lagi, berani LHDN nak kejor dia?
— ahmad (@izalstar) April 1, 2019
Najib kena bayar sebab duit tu masuk akaun Najib. Bukan akaun UMNO. Maka sebab masuk akaun Najib, dan dia tak declare, maka dia kena la bayar. Duit dr luar negara pun, kena bayar cukai, melainkan dah bayar cukai di negara tersebut. So, tak timbul isu duit masuk UMNO atau DAP. https://t.co/9ENqqkg5VX
— Syahredzan Johan (@syahredzan) April 1, 2019
10 Mac, LHDN kata mana2 pendapatan bukan hasil dari Malaysia, tak perlu bayar cukai. Contoh kes, seseorang yg bekerja di Singapore tapi duduk di Malaysia tak perlu bayar cukai pendapatan. Apa beza dgn kes Najib?
— Adib (@m_adibabdullah) April 1, 2019