Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah diselar kerana dilihat cuba lari daripada wawancara Al Jazeera sebelum ini.
Dalam wawancara itu menunjukkan Najib beberapa kali dilihat gagal mengawal perasaannya apabila diasak soalan mengenai hubungannya dengan tokoh perniagaan kontroversial yang kini menjadi buruan polis, Jho Low serta kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Wawancara tersebut dikendalikan oleh wartawan Al-Jazeera, Mary Ann Jolley yang bertajuk Malaysia: Najib Speaks.
Wawancara Itu Menang Anugerah
Wawancara tersebut menang sebagai wawancara terbaik dalam Anugerah Kewartawanan Televisyen 2019.
Anugerah itu anjuran Royal Television Society (RTS) United Kingdom yang diadakan pada 27 Februari lalu.
Menurut laman The Malay Mail, ia dinyatakan oleh rancangan 101 East Al Jazeera menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya.
Memetik juri anugerah dilaporkan berkata wawancara itu menunjukkan “keberanian dan kesungguhan” dan memuji pendekatan yang digunakan Jolley ketika wawancara.
Katanya lagi, ia dinilai dari sudut pendekatan forensik Jolley yang memikat, pengetahuannya mengagumkan dan kebolehannya menggabungkan ketegasan dan kelembutan agak luar biasa.
Najib Balas Kemenangan Al Jazeera
Nampaknya Najib tidak berdiam diri berhubung isu kemenangan ini, kerana kemenangan ini melibatkan wawancara televisyen bersama beliau.
Video wawancara tersebut sejak dimuat naik di laman Youtube Al Jazeera Oktober lalu, sudah mendapat lebih sejuta tontonan.
Najib di Facebooknya berkata, beliau tidak ambil peduli bahawa tindakannya meninggalkan wawancaranya dengan AlJazeera telah menyaksikan stesen penyiaran televisyen antarabangsa itu memenangi anugerah di UK.
Ulasnya lagi, beliau tidak mempunyai masalah meninggalkan wawancara dengan wartawan asing itu selagi beliau tidak meninggalkan rakyat.
Sebelum wawancara dengan Najib itu, Jolley pernah diusir keluar dari Malaysia pada tahun 2015 ketika cuba melaporkan kisah tentang pembunuhan Altantuya.
Najib ketika itu berkata “obsesi” atau “ketaasuban” Jolley dengan kes itu tidak berasas.
Kalau tidak lari daripada rakyat, kenapa rakyat tidak menerima beliau pada PRU-14? Adakah beliau bersama rakyat kini selepas tidak berkuasa lagi?
Tidak lama selepas tindakannya dilapor media, Najib mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kegagalannya mengawal perasaan dan berkata beliau hanya risau dengan keadaan isterinya Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Norashman dan Riza Aziz, yang disoal siasat polis ketika wawancara berlangsung.
Rakyat Bidas Najib
Rata-rata rakyat Malaysia yang ambil maklum dengan kenyataan Najib itu membidas bahawa Najib kini terpaksa bersama dengan rakyat untuk kembali berkuasa.
Semasa pemerintahannya sebelum ini, rakyat telah dipinggirkan, ingin bersalaman dengan beliau pun agak susah. Itulah antara luahan hati rakyat terhadap tindakannya semasa menjadi perdana menteri.
Mereka berharap Najib tidak lari daripada kes-kes yang dihadapinya di mahkamah dan mereka mahu Najib dibawa ke muka pengadilan dengan cepat.
Masih ramai yang berharap kes rasuah, Jho Low, kemewahan isteri dan anaknya terungkai dan rakyat akan tahu siapa penyamun besar di negara ini.
KATA ORANG
Najib @NajibRazak see what happened when you for your life during the Aljazeera interview.
— aruna (@imfsea_aruna) February 28, 2019
YOU ARE NOW A GLOBAL CELEBRITY.
CHEERS BOSSKOOOOOO!
How can the interview with low quality, rubbish Q and agains the ethics of journalism can won this award? Pity Al Jazeera and UK's Royal Television Society. Should win "The Worst Interview of the Year" award. @NajibRazak @AlJazeera https://t.co/0SO1a01Zyz
— Khusairi Talib (@KhusairiTgMalim) March 1, 2019
XPM always give the impression he is cool and a “gentleman”but during the interview he showed otherwise.He is slowly reviewing his true colours.
— Angelina Tsai (@angeline7628) October 27, 2018
Unprofessional journalism by Marry Ann Jolley.
— Muhammad Nadzmi (@MNadzmi159) October 27, 2018
Always try to provoke and asking question out of scope.
Request for interview on economic agenda but then keep asking about matters that still in investigation.https://t.co/JwEcdlcChT#AlJazeera #1MDB #altantuya