Sumber: Astro Awani

Janji kerajaan untuk menarik diri daripada senarai penandatangan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sudah dilakukan.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Disahkan PBB

Berdasarkan laporan Sinar Harian, PBB dalam satu kenyataan mengatakan bahawa pihaknya telah menerima notis pada 5 April 2019 daripada Kementerian Luar Negeri berhubung penarikan Malaysia daripada statut tersebut. Ia ekoran bantahan berterusan daripada orang ramai.

Bantahan dari orang ramai bukan perkara baru, dan telah pun dizahirkan oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO), parti politik dan sebagainya.

Kerajaan sendiri menyedari bahawa perjanjian ini tidak boleh diteruskan selagi mana rakyat tidak memahami kandungan  dan klausa Statut Rom secara jelas.

Sumber: Malaysiakini

Mengambil kira bantahan orang ramai, kerajaan telah memberi jaminan untuk tidak meneruskan perjanjian Statut Rom.

Apa yang semua pihak perlu faham, sekiranya kerajaan mengumumkan untuk tidak meneruskan tandatangan maknanya perjanjian tersebut tidak akan diteruskan.

Kerajaan Tandatangan Senyap-Senyap?

Maka tidak bijak sekiranya ada pihak yang terus menuduh kerajaan berniat untuk menandatangani perjanjian tersebut secara senyap-senyap. Ini kerana tindakan tersebut dilihat sangat berisiko terutamanya melibatkan imej negara di mata PBB.

Sudah pasti mereka akan mempersoalkan pendirian Malaysia yang tidak jelas di mata rakyat.

Sumber: Facebook Khairul Azri
Sumber: Facebook Khairul Azri

Isu ini menjadi polemik seketika ekoran nama negara masih lagi dalam senarai penandantangan Statut Rom baru-baru ini.

Sungguh pun begitu, berdasarkan carian yang dilakukan, jelas nama negara sudah dikeluarkan dari senarai tersebut.

Pengesahan ini diharapkan mampu melenyapkan cakap-cakap beberapa pihak yang mengatakan Malaysia masih lagi dalam senarai Statut Rom. Namun, isu berkenaan Statut Rom tetap dipolitikkan oleh pihak pembangkang melalui hal-hal yang remeh.

Sumber: Astro Awani

Isu Terus Dimainkan UMNO

Terbaru, ahli parlimen Kepala Batas yang merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Reezal Merican Naina Merican mempersoalkan pula tindakan Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah yang memanggil Resident Coordinator PBB di Malaysia untuk sesi penerangan.

Apakah menjadi satu kesalahan untuk Menteri Luar memanggil wakil PBB di Malaysia untuk memberi penjelasan mengenai situasi sebenar status negara?

Bukankah itu sumber yang lebih dipercayai bagi meredakan kebimbangan ramai. Sekiranya kerajaan yang mengumumkan adakah pihak pembangkang akan percaya?

Malahan, Reezal turut mempersoalkan kaedah komunikasi Menteri Luar yang amat janggal dan pelik dalam menguruskan isu Statut Rom. Jelas, Reezal lebih berminat bermain isu daripada melihat polemik ini diselesaikan.

Semua Pihak Perlu Terima Dan Berlapang Dada

Dengan penerangan yang disampaikan oleh wakil PBB sendiri, cukuplah polemik ini untuk diperdebatkan.

Sama ada anda bersetuju atau tidak bersetuju berkenaan Statut Rom, yang pasti pendirian Malaysia sudah pun dizahirkan untuk tidak lagi bersama perjanjian terbabit berdasarkan bukti-bukti yang diberikan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apakah yang menyebabkan pembatalan Statut Rom menjadi isu?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN