Pada 9 Ogos lalu, tular di media sosial mengenai sebuah rakaman video yang mana seorang penunggang motosikal yang juga penghantar makanan Grab Food bergelut dengan dua lelaki di Phileo Damansara yang dipercayai mahu melarikan motosikal Y15 miliknya.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 22 tahun dikatakan sedang dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan di kawasan tersebut sebelum dihampiri dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Akibat itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian telinga, kepala, belakang badan dan mulut, namun tidak mengalami sebarang kerugian.

Lebih malang, ketika bergelut, salah satu telefon milik si penyamun terjatuh di mana wajah sebenar penyamun tersebut telah tersebar meluas di media sosial sehingga berjaya diberkas pihak polis manakala seorang lagi masih bebas.

Kejadian yang berlaku itu bagaimanapun telah mendapat pelbagai respon dari netizen di media sosial.

 

Tak Mengaku Bersalah

Ketika disoal siasat oleh pihak polis, suspek yang dikenali sebagai Abu Bakar Subianto, 33, pada awalnya mengaku terbabit dalam kes cubaan samun berkenaan bersama seorang lagi rakan lelakinya yang dikenali ketika di penjara Kajang pada 2010.

Sumber: OhBulan

Bagaimanapun, suspek mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan cuba merompak penghantar makanan Grab Food terbabit di Mahkamah Majistret hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas, didapati cuba merompak motosikal jenis Yamaha Y15 milik mangsa di mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan di muka dan badan mangsa dengan memukul menggunakan ‘fork lock’ sebagai senjata, di tempat dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda.

Majistret kemudian menetapkan 26 September depan bagi sebutan semula kes dan membenarkan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan serta syarat tambahan supaya tertuduh tidak mendekati mangsa.

 

Ekonomi Teruk, Jenayah Makin Menjadi-Jadi

Sejak kebelakangan ini, memang banyak isu tular berkaitan dengan rider Grab Food mahupun Food Panda yang sering mendapat perhatian netizen di media sosial.

Kes rompakan sebegini bukanlah kali pertama berlaku memandangkan sebelum ini, banyak rider Grab Food mengalami kes yang sama seperti ini.

Gambar sekadar hiasan

Boleh dikatakan, apa sahaja pekerjaan yang dilakukan pada masa sekarang seperti membawa Grab Car, Grab Food pun kena rombak dan ada yang dibunuh sehingga membuatkan orang ramai takut hendak mencari rezeki.

Ini membuktikan bahawa ekonomi negara kita semakin teruk apabila rakyat mulai terbeban dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, pekerjaan pula makin kurang sekaligus menyebabkan mereka terlibat dengan gejala jenayah sebegini.

Memang tidak dinafikan, ada penjenayah melakukan jenayah disebabkan desakan hidup seperti kelaparan, ketiadaan wang atau dibebani dengan hutang.

Dan ada juga yang melakukan perbuatan sebegini demi untuk mengaut keuntungan semata-mata dengan cara mudah dan cepat.

Apa-apa pun, zaman sekarang ini banyak sahaja pekerjaan halal yang kita boleh lakukan selain daripada merompak dan menyamun orang. Hanya hendak atau taknak sahaja. Masa buat jenayah, tak fikir anak isteri di rumah. Bila dah kena tangkap, tahu pula takut.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pendapat anda tentang isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN