Jika merujuk kepada produk jenama antarabangsa, mereka menghabiskan puluhan juta ringgit semata-mata untuk pengiklanan. Produk global seperti Mac, Sephora dan banyak lagi ini mencipta nama melalui pengiklanan yang mengambil masa bertahun lamanya untuk kekal kompetatif di pasaran global.

Sumber:lubokviral.com

Media Sosial Platform Jual Produk

Berbanding dengan produk ciptaan tempatan yang rata-ratanya diusahakan oleh usahawan atas talian (online), kaedah yang digunakan sudah tentu berbeza. 

Mereka ini akan mengiklankan produk atau barangan mereka dengan mencipta kontroversi melalui media sosial dan pengiklanan sebegitu dilihat cukup berkesan.

Suka atau tidak memang beginilah cara para usahawan atas talian mencipta nama. Mencipta kontroversi sememangnya pilihan mudah untuk melariskan produk masing-masing.

Aksi Jalang Untuk Lariskan Produk

Kecoh di media sosial seorang wanita berhijab membuat aksi ghairah ketika menjual baju dalam wanita.

Sumber:gempakonline.com

Aksi berkenaan mendapat kecaman hebat daripada warganet yang melihat cara wanita itu melariskan produk menjual seolah-olah tiada maruah dan tida ada rasa malu langsung sebagai seorang wanita yang bertudung.

Memang lah strategi pemasaran tu memainkan peranan penting dalam sesebuah perniagaan, macam-macam cara akan dilakukan demi menarik perhatian orang awam cuma kena lah jaga batasan itu.

Kalau tidak, habis perbuatan itu terbongkar, disebarkan untuk dijadikan bahan kecaman warganet sepertimana yang terjadi pada penjual produk ini.

 Jijik! Goyang Dada Untuk  Perhatian 

Perbuatan jijik wanita itu mengundang ketidakselesaan warganet terutamanya kaum wanita yang kurang senang dengan aksi penjual tersebut.

Sumber: FB keramatnetwork

Dalam paparan video live  yang berdurasi 21 minit yang dikongsikan siap memaparkan aksi gadis itu menggoyangkan dadanya dan tayang tali baju dalam. Sebelum pengakhiran, dia menari dengan gerakan yang mengeksploitasikan tubuhnya.

Perbuatan  ‘murahan’ ini  tidak melambangkan imejnya sebagai wanita bertudung.

Mungkin dia buat live ini khusus untuk wanita sahaja, tetapi nampaknya ia telah tersebar meluas. Tetapi cara dia jual produk ini memang tidak betul walaupun produk untuk wanita.

Aurat sesama wanita pun perlu dijaga, apatah lagi dengan lelaki. Orang lain ada sahaja guna cara yang lebih baik, laku juga produk dia.

Sama-sama lah kita wujudkan kesedaran dikalangan masyarakat agar kaedah pengiklanan seperti ini ditolak daripada terus diamalkan di negara kita yang terkenal dengan adat ketimuran.

Rosak generasi pelapis negara nanti.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah aksi ghairah atau kontroversi ini mampu lariskan sesuatu produk?
9 votes · 9 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN