Dalam kesibukan kita menghabiskan hari dengan makanan dan bergaya dengan trend pakaian terbaru, masih ramai yang bekerja keras membanting tulang demi sesuap nasi untuk anak dan isteri.

Dengan adanya sosial media, sebarang isu seperti pengumpulan dana untuk orang kurang berkemampuan, dana perubatan dan untuk fakir miskin  dapat diperluas dan disebarkan ke seluruh Malaysia.

Kebaikannya selain dapat meraih bantuan dalam skala yang lebih besar, perkara-perkara begini turut boleh menjadi penanda aras betapa masih ramai rakyat kita yang hidup di dalam kesusahan dan memerlukan bantuan orang ramai.

Dengan hanya memuatnaik bantuan yang anda perlukan beserta bukti sebagai pengesahan, dengan mudah dan cepat bantuan untuk anda dapat disalurkan.

Malahan melalui atas talian sahaja sudah ada banyak laman-laman web dan halaman media sosial yang ditubuhkan oleh beberapa individu dan badan organisasi bukan kerajaan bagi memudahkan permohonan bantuan untuk untuk orang-orang yang memerlukan bantuan dilakukan.

Namun yang menimbulkan kemarahan orang ramai ialah apabila individu yang pernah meminta bantuan dan telah dibantu sering pijak kepala dan tidak menunjukkan perubahan walaupun telah dibantu dari pelbagai aspek.

Seperti kes sebuah rumah di Padang Serai, Kedah yang didakwa walaupun pernah dibantu dengan sesi bergotong –royong beramai-ramai bagi membersihkan kawasan rumah namun dua tiga bulan selepas itu keadaannya masih dalam keadaan yang sama.

Sehingga si jiran yang sudah tidak tahan dengan keadaan persekitaran kejiranan mereka yang tercemar terpaksa melaporkan kepada beberapa jabatan yang berkaitan supaya dapat mencari solusi bagi kes ini.

Malah jiran tersebut turut mendakwa air najis mereka sering dijirus arah longkang yang akan mengalir ke rumah-rumah jiran. Dan pastinya menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penduduk sekitar.

Yang menyedihkan, pasangan yang mendiami rumah berkenaan mempunyai tiga orang anak yang masih kecil dan tindakan mereka membiarkan anak-anak kecil hidup di dalam persekitaran begini sangat tidak wajar.

Alasan tidak berkemampuan tidak patut dijadikan alasan mengapa rumah mereka berada dalam keadaan begini.

Seperti dakwaan beberapa netizen yang pernah membantu keluarga ini, mereka tidak meminta tuan rumah berbelanja ratusan ringgit untuk beli perabot dan cantikkan rumah, cukuplah dengan memastikan ianya bersih dan selesa untuk dihuni.

Isu ini juga turut mendapat perhatian dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan arahan untuk membersihkan rumah tersebut juga telah dikeluarkan.

Jika mereka gagal mengikuti arahan, anak-anak mereka dikatakan akan diambil pihak JKM.

 

Diri Sendiri Kena Ubah Dulu

Tidak dinafikan, memang ramai yang suka mengambil peluang apabila sesetengah mereka tahu bantuan dapat dimiliki dengan mudah.

Sikap rakyat Malaysia yang pemurah dan mudah membantu orang sering dimanipulasi.

Dan si penerima bantuan juga sering alpa dan menjadi selesa dengan bantuan yang diterima sehingga mereka tidak mahu untuk melakukan sesuatu bagi mengubah nasib keluaga mereka.

Seperti kes penerima zakat yang berdrama kononya dia dan anak-anak hanya makan nasi dan garam sedangkan tiap-tiap bulan ada sahaja bantuan dari zakat dan dari orang peribadi diterimanya.

Gambar Hiasan

Setiap perubahan yang diimpikan perlu bermula dari diri sendiri, jika anda sendiri tidak memulakannya dan selesa di takuk lama, jangan salah takdir jika ada terus menerus berada di dalam kemiskinan.

 

Scammer Pun Ambil Peluang

Dalam masa yang sama, ramai juga penipu-penipu yang cuba menipu dengan berpura-pura susah ataupun menggunakan gambar orang lain demi kepentingan mereka sendiri.

Mereka kononnnya akan mendakwa diri mereka memerlukan bantuan segera namun sukar untuk dihubungi.

Malangnya ada ramai rakyat Malaysia yang mudah terpedaya akan memindahkan sejumlah wang mengikut kemampuan mereka tanpa selidik dengan lebih lanjut samada dakwaan bantuan tersebut benar atau tidak.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pendapat anda mengenai isu ini?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN