Sebut sahaja pelakon Zarina Anjoulie, siapa sahaja yang tidak kenal bukan?

Sebelum ini, pelakon yang memakai hijab itu pernah mencetuskan kontroversi dengan mendedahkan beberapa cerita panas selebriti di media sosial dengan lantangnya.

Sumber: Perak Today

Dan yang terbaru, Zarina sekali lagi hangat diperkatakan di media sosial susulan tindakannya berkongsi rakaman video yang dimuat naik di Insta Story dengan hanya memakai sepasang baju yang agak jarang hingga jelas memperlihatkan buah dadanya.

Dek kerana perkongsian Zarina itu, sebahagian besar netizen di media sosial terkejut selain mengecam hebat tindakannya yang dianggap sudah melampau!

 

Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Sumber: Rotikaya

Sehingga ke hari ini, kontroversi membabitkan Zarina nampaknya tidak lekang menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya terkejut dengan penampilan yang dibawa Zarina itu.

Mana tidaknya, daripada imej manis bertudung dan aktif menasihati orang lain tetapi kini berani pula tampil dengan imej yang begitu seksi.

Gara-gara tindakannya itu, ramai pengikut berasa kecewa dengan perubahan dirinya yang seolah-olah mempersendakan agama dengan cara sebegitu.

Malah, ada juga yang tidak terkejut dengan penampilan yang dibawa Zarina memandangkan sejak dari dahulu lagi pelakon itu sudah membawa imej sebegitu sebelum berhijab.

 

Sengaja Mahu Kontroversi Dan Populariti?

Menurut netizen, ada juga yang berpendapat bahawa kesemua aksi yang dilakukan Zarina hanyalah satu gimik untuk terus timbul di dalam bidang seni memandangkan kontroversi yang membabitkan dirinya sebelum ini antara penyebab dirinya kurang mendapat tawaran berlakon.

Sumber: Astro Gempak

Seandainya tidak mahu berhijab sekalipun, cara sebegini bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan segala masalah.

Banyak lagi pendekatan lain yang boleh digunakan untuk memberitahu keadaan sebenar andai kata tidak mahu lagi memakai hijab tanpa perlu mencalarkan imej sendiri di khalayak ramai.

Selebriti lain sebelum ini ada sahaja yang mengambil langkah membuka tudung tetapi tidaklah sampai menggunakan cara seperti ini untuk raih publisiti semata-mata.

 

Zarina Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Selepas dikecam ramai pihak, Zarina tampil menjelaskan perkara sebenar mengenai isu tersebut menerusi entri terbaru di laman Instagramnya.

Menurutnya, dia mengakui dirinya tewas dan memohon maaf kepada semua pengikutnya di media sosial.

Tidak kurang dari itu, dia juga menerangkan perkara sebenar bahawa dirinya kini sudah lagi tidak bertudung malah sedia menerima kecaman pelbagai pihak dengan minda yang terbuka.

 

Antara Artis Lain Yang Pernah Membuka Hijab

Selain Zarina Anjoulie, sebelum ini ramai juga selebriti lain yang melakukan kekhilafan yang sama dan turut menerima kecaman hebat dari netizen kerana membuka tudung secara rasmi.

Antara selebriti yang pernah menerima kecaman adalah Emma Maembong, Uqasha Senrose, Sarah Ali dan ramai lagi selebriti lain.

Apa yang dilakukan mereka itu mungkin ada sebab yang tersendiri. Janganlah kita cepat mengecam dan menghina selebriti ini tanpa tahu situasi sebenar yang perlu dilalui mereka setiap hari.

Apa jua yang berlaku, doakanlah agar mereka berubah menjadi lebih baik selepas ini..

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN