Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai forum dan pelancaran buku yang berkisar mengenai wanita Melayu dan tudung.

Forum tersebut difahamkan berkisar mengenai perkongsian pengalaman tiga wanita bertudung sebelum menemui dunia baharu tanpa tudung yang dijalankan di Petaling Jaya.

Bagaimanapun, hingga ke hari ini, isu ini menerima kecaman hebat masyarakat yang rata-ratanya memberi maklum balas negatif terhadap forum dan buku terbabit.

Malah, ada yang menggesa pihak terlibat termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa untuk tidak berdiam diri ke atas individu yang menjalankan forum terbabit.

Tidak kurang juga, yang mempersoal bagaimana program sebegini boleh diluluskan kepada orang ramai.

 

JAIS Bakal Siasat Program Terbabit

Atas desakan daripada pelbagai pihak, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah mengambil maklum akan perkara itu di mana pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap penganjur program terbabit dengan adil dan sebaiknya.

Sumber: Astro Awani

Bayangkan sekiranya kerajaan lepas tangan dan tidak mengambil tindakan terhadap penganjuran program sebegini, pasti akan ada lagi program seumpama ini dijalankan kepada orang ramai.

Sumber: Malaysiakini

Sudah lah sekarang ini, negara kita terpalit dengan isu panas melibatkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang membimbangkan.

Kemudian, ditambah pula dengan isu sebegini yang seolah-olah memperlihatkan mereka bangga apabila tidak bertudung sehingga isu tersebut dibukukan.

 

Tidak Memakai Tudung Bukan Sesuatu Yang Boleh Dibanggakan

Bila bercakap soal tudung, tidak semua di antara kita memilih untuk memakainya.

Hanya insan yang benar-benar sudah bersedia dan ikhlas sahaja memilih untuk memakai tudung sepertimana yang di syariatkan dalam Islam.

Sumber: www.racked.com

Tetapi zaman sekarang ini, tidak ramai wanita yang mampu bertahan memakai tudung.

Malah, ada yang berasa bangga apabila membukanya hingga berani berkongsi pengalamannya itu kepada orang ramai melalui forum dan buku.

Sumber: Twitter Gerak Budaya

Sumber: Twitter Gerak Budaya

 

Melihat kepada panelis yang dijemput, memang kesemua daripadanya terdiri dari mereka yang tidak bertudung.

Tetapi jika sudah namanya forum, mengapa tidak menjemput sekali mereka yang bertudung untuk turut sama mengupas isu ini dengan lebih mendalam memandangkan era sekarang ini, sudah ramai yang memilih untuk membuka hijabnya.

Tidakkah mereka sedar, bahawa apa yang dilakukan oleh mereka itu seolah-olah menggalakkan wanita di luar sana untuk menanggalkan hijab mereka?

 

Sudah Sampai Masa Kerajaan Selaras Hal Berkaitan Agama

Sekiranya individu yang mengutuk institusi diraja sekalipun boleh dikenakan hukuman.

Apatah lagi mereka yang tidak takut bercakap mengenai hal-hal yang berkait dengan agama sepertimana isu ini.

Mungkin kerajaan boleh mempertimbang untuk menggubal satu undang-undang baru serta hukuman berat terhadap penghina agama.

Sekiranya mahu membuka tudung sekalipun, mengapa harus dibincangkan menerusi forum kemudian dibukukan?

Tindakan sebegini sama sekali telah mengguris perasaan umat Islam yang bertudung lebih-lebih lagi apabila Malaysia sebuah negara Islam.

Sumber: Daily Mail

Jangan disebabkan terlalu terpengaruh dengan pelbagai ideologi dari negara luar menyebabkan negara kita turut sama berani membuang hijab dan berkongsi masalah yang mereka hadapi ketika berhijab kepada orang ramai.

Dalam hal ini, apa yang dilakukan oleh mereka itu sememangnya salah tetapi mungkin mereka mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka berbuat demikian.

Apa yang paling penting, kita doakan semoga tidak ada lagi individu yang berani menganjurkan program sebegini dan berharap agar individu yang terlibat ini berubah.

Kita menutup aurat adalah kerana Allah SWT dan bukannya kerana orang lain.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah hukuman dikenakan terhadap penganjur program sebegini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN