Tengah hangat ketika ini insiden rusuhan di Kuil Sri Mariamman di Subang Jaya, timbul pula isu dua buah surau di Serkam, Merlimau, Melaka pagi ini dikejutkan dengan penemuan cebisan dipercayai daging babi beserta nota di halamannya.

Menurut Sinar Harian, insiden pertama disedari jemaah Surau Bukit Serkam kira-kira jam 5 pagi tadi ketika datang untuk menunaikan solat Subuh.

Sumber: Abu Leman

Jemaah surau berkenaan, Adam Abdullah, 65 tahun berkata, ketika tiba di pintu pagar surau Bukit Serkam itu, dia melihat ketulan daging itu berserta dua keping kad manila yang bergulung sebelum memaklumkan kepada pihak surau.

Dalam satu kejadian berasingan pula kira-kira jam 8 pagi, sebuah lagi surau di Ladang Serkam, iaitu Surau An Nur turut dikejutkan dengan penemuan daging seumpama itu oleh seorang pekerja pembersihan wanita di situ.

Sumber: Blog Mazeer

Dalam pada itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Langkah segera telah diambil dengan mengarahkan anggotanya melakukan rondaan terutama di kawasan-kawasan rumah ibadat termasuk surau dan masjid untuk mencegah perkara itu berlaku dan kes disiasat bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

 

Apa Tandanya? Siapa Yang Cuba Mengapikan Sentimen Perkauman Ini?

Nampaknya ada pihak-pihak lain yang mahu mengganggu-gugat dan mahu memecahkan perpaduan kaum di negara ini.

Ini bukan kejadian pertama berlaku, sebelum ini pernah berlaku juga. Dimana kepala babi dibaling di dalam surau UM.

Tindakan ini dengan sengaja telah mencemarkan rumah ibadah orang Islam dan tidak sewajarnya perkara ini berlaku ketika negara digemparkan dengan rusuhan paling teruk ketika ini.

Dan pastinya sikap benci membenci antara kaum ini semakin menular. Kebimbangan ini wujud kalangan masyarakat di negara ini. Perpecahan kaum ini tidak sepatutnya terjadi.

 

Rakyat Malaysia Yakin Ini Hanya Perangkap Untuk Lakukan Rusuhan

Sumber: FB Malaysiakini

Rata-rata rakyat Malaysia yang memandang perkara ini menyatakan ia adalah satu perangkap yang dicipta untuk melakukan rusuhan antara kaum.

Sumber: FB Malaysiakini

Dan mereka berharap pihak yang cuba menyebarkan anasir jahat ini ditangkap segera oleh pihak berkuasa demi menjaga keharmonian negara.

Sumber: FB Malaysiakini

Tidak pelik perkara ini berlaku, kerana ada antara mereka menyatakan ada pihak ketiga cuba menjatuhkan kredibiliti kerajaan pada hari ini dalam menangani isu seperti ini.

Sumber: FB Malaysiakini

Biasalah, ada pihak yang cuba mempolitikkan isu ini dengan pelbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan.

Sumber: FB Malaysiakini

Diharap rakyat negara ini lebih matang dan tidak mudah terpedaya dengan agenda perkauman ini.

 

Apa Pandangan Masyarakat Luar Terhadap Malaysia?

Orang luar akan pandang serong terhadap negara kita dan kerajaan akan disalahkan kerana tidak mampu mengawal sentimen perkauman ini.

Bagaimana dengan ekonomi negara kita? Orang luar pun takut untuk berdagang di Malaysia kerana bimbang isu perkauman ini. Bagaimana dengan negara China, India, arab dan sebagainya.

Import eksport akan menurun, bimbang akan jadi seperti perang dagang antara China dan Amerika Syarikat.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah isu sentimen perkauman ini dapat ditangani dengan baik?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN