Semalam, nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy sekali lagi menjadi sebutan orang ramai berikutan permintaan Hindraf yang mahu Ketua Polis Negara (KPN) memberi pertimbangan menyediakan perlindungan keselamatan tambahan kepada beliau.

Sumber: sinar harian

Permintaan itu dibuat kerana pihaknya bimbang akan ancaman anggota Daesh baru-baru ini yang mempunyai niat untuk membunuh beberapa individu berprofil tinggi berikutan dakwaan kononnya mereka gagal memperjuangkan Islam dan mahu melakukan serangan berskala besar ke atas rumah ibadat Kristian, Hindu dan Buddha serta pusat hiburan di sekitar Lembah Klang.

Bagaimanapun, permintaan yang dibuat Hindraf nampaknya ditentang hebat netizen di media sosial yang rata-ratanya tidak bersetuju malah menggesa supaya beliau meletakkan jawatan segera sekiranya tidak mahu nyawa diancam oleh mana-mana individu.

 

Ada Kaitan Tuntut Pembelaan Terhadap Arwah Muhammad Adib?

Sejak tercetusnya serangan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman tahun lalu, Waytha telah mengundang kemarahan seluruh rakyat Malaysia disebabkan gagal memainkan peranan dalam menangani isu rusuhan terbabit.

Sumber: Astro Awani

Ditambah pula dengan isu ICERD serta isu rakaman beliau yang menggambarkan Malaysia melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang melampau dalam temu bual di luar negara yang menjadi tular di media sosial, sama sekali mengundang kemarahan netizen hingga ke hari ini.

Jadi, apabila ada cubaan pengganas seperti ini, ia mungkin menggugat kedudukan Waytha yang sekarang ini menjadi menteri yang menjaga perpaduan.

Atas sebab itulah, Hindraf khuatir akan keselamatan Waytha yang mana sebelum ini terdapat serangan berlaku di pejabat pemimpin berkenaan pada 16 Ogos, 2017 sebelum menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebelum Pilihan Raya Umum ke14 yang lalu.

 

Tak Wajar Lakukan Serangan Pada Rumah Ibadah

Biarpun anggota Daesh ini dikatakan mahu melakukan serangan terhadap tempat sembahyang mereka yang bukan Islam selain menuntut pembelaan terhadap arwah Muhammad Adib itu namun tindakan tersebut sama sekali boleh menyemarakkan api perkauman di negara ini dan membawa kerosakan memusuhi antara satu sama lain.

Sumber:

Meskipun apa yang diperjuangkan anggota Daesh ini atas nama Islam namun tindakan mereka memberi ancaman balas dendam terhadap rumah-rumah ibadah seperti ini sama sekali tidak dituntut di dalam Islam.

Jangan disebabkan puak-puak yang ada sebegini, busuk nama seluruh umat Islam di dunia. Sekiranya tidak berpuas hati terhadap sesuatu isu itu, biarlah pihak berkuasa serta undang-undang yang mengambil tindakan terhadap mereka yang bersalah.

Sekiranya melakukan serangan pada rumah ibadah mereka yang bukan Islam, kelak dikhuatiri akan mencetuskan semula peristiwa 13 Mei yang paling ditakuti semua kaum.

 

Islam Tidak Halalkan Keganasan

Gambar sekadar hiasan

Apa yang dilakukan oleh anggota Daesh ini sama sekali bertentangan dengan perjuangan Islam yang sebenar.

Memang sekarang ini kita lihat ramai pihak cuba menyemarakkan isu perkauman di Malaysia sejak bertukarnya kerajaan hingga ada yang mahu menjadi “hero” yang berjuang atas dasar Islam.

Tidak salah hendak berjuang demi Islam, tetapi caranya perlu betul. Sekiranya benar-benar mahu menegakkan Islam, bukanlah dengan cara melakukan keganasan kerana agama kita adalah agama perdamaian yang sama sekali menolak fahaman ekstremis.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah Waytha diberi perlindungan keselamatan tambahan daripada diserang ?
12 votes · 12 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN