Sumber: Berita Harian

Perlantikan Dr. Sahruddin Jamal selaku Menteri Besar (MB) Johor yang ke-17 telah menamatkan desas-desus kemelut politik di Johor. Ia memandangkan pada 8 April lalu, Datuk Osman Sapian telah mengumumkan perletakkan jawatannya selaku MB sekaligus menjadikan beliau MB paling pendek dalam sejarah Johor.

Beliau menjadi perhatian apabila menjadi wakil rasmi MB pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura yang berlangsung di Putrajaya pada 9 April, sehari selepas Osman bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed.

MB Kelima Dari Daerah Muar

Menurut penganalisis politik, Dr. Mohd Akbal Abdullah, perlantikan Dr. Sahruddin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong melengkapkan lagi legasi kepimpinan dari Muar. Ini memandangkan beberapa bekas MB Johor yang lalu berasal dari daerah Muar.

Antara tokoh-tokoh tersebut ialah Tan Sri Hassan Yunus, Tan Sri Othman Saat, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Ghani Othman.

Sumber: Anak-anak Muar

Muar ‘Daerah Menteri’

Bukan itu sahaja, beliau juga telah melengkapkan rekod pemimpin daerah di Muar dengan memiliki Menteri Besar dan empat orang Menteri dalam masa yang serentak. Dengan ini, Muar yang merupakan daerah di utara Johor telah menjadi ‘Daerah Menteri’.

Empat orang menteri tersebut ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Dalam Negeri yang juga merupakan ahli Parlimen Pagoh dan ADUN Bukit Gambir. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan ahli Parlimen Muar yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin yang diangkat menjadi Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar. Manakala Salahuddin Ayub pula merupakan Menteri Pertanian Industri Asas Tani yang merupakan ADUN Simpang Jeram.

Sumber: Amanah Daily

PPBM Dan Amanah Ditubuhkan Di Muar

Dalam masa yang sama, Muar mempunyai senario politik tersendiri. Ia memandangkan dua buah parti politik terbaru yang memimpin kerajaan telah ditubuhkan di Muar iaitu Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Perlantikan Dr. Sahruddin dilihat tepat. Dengan usianya 43 tahun, beliau dilihat sebagai seorang yang tidak terlalu muda tidak terlalu tua, bertenaga, berpendidikan dan mempunyai kemampuan fizikal untuk melayakkan beliau menjadi seorang pemimpin Johor yang berkualiti.

Beliau merupakan doktor perubatan lulusan Sarjana Perubatan dari Universiti Hasanuddin, Makassar, Indonesia. Beliau membuka kliniknya sendiri iaitu Klinik Dr Sahruddin di Bukit Pasir, Pagoh sebelum berkecimpung dalam bidang politik.

Sumber: Free Malaysia Today

Dr. Sahruddin merupakan seorang anggota EXCO kerajaan negeri memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri. Kemampuan beliau menangani bencana pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada bulan lalu menyebabkan beliau merupakan tokoh penting yang diangkat sebagai MB baru.

Sokongan Dari Pemimpin PH

Perlantikan beliau selaku MB Johor yang baharu mendapat sokongan penuh dari kepimpinan tinggi Pakatan Harapan (PH). Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya menzahirkan ucapan tahniah atas perlantikan tersebut.

Sumber: Malaysiakini

Dalam masa yang sama beliau berharap agar Dr Sahruddin mampu menggalas tugas dengan tegas dan dapat meningkatkan prestasi bagi menjaga dasar dan kepentingan rakyat Johor.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, mampukah MB baharu membawa perubahan kepada Johor?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN