Jika sebelum  ini, kita kerap kali disajikan dengan kes curi tabung masjid, tetapi kini kes curi beg tangan juga dilihat semakin menjadi-jadi bagai tiada kesudahan.

Sumber: https://deenamik.com

Dan yang terbaru, seorang wanita warga emas dikatakan mengalami kerugian hampir RM2,000 apabila beg tangannya dilarikan seorang lelaki ketika sedang menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di Setapak.

Zaman sekarang ini, pencuri dilihat semakin berani mencuri tanpa menghiraukan tempat. Di rumah ibadah pun mereka sanggup melakukan perbuatan terkutuk seperti ini mungkin disebabkan terdesak untuk mendapatkan wang dengan cara yang paling mudah.

Sumber: Youtube

Tetapi mengapa rumah ibadah dan kaum wanita yang sering menjadi mangsa dalam hal ini?

Tidakkah mereka berasa berdosa atas perbuatan tersebut sehingga tergamak mencuri ketika orang lain sedang beribadah dan melakukan amal kebaikan?

 

Kos Sara Hidup Tinggi Dorong Seseorang Untuk Mencuri

Apabila difikirkan semula, banyak faktor sebenarnya yang boleh mendorong seseorang itu untuk mencuri.

Sumber: Youtube

Dan yang pastinya adalah disebabkan bebanan kos sara hidup yang tinggi yang memungkinkan seseorang itu untuk bertindak di luar batasan sehingga sanggup menjadikan rumah ibadah sebagai sasaran mereka.

Apabila difikirkan semula, mengapa golongan sebegini memilih rumah ibadah untuk mencuri?

Adakah mencuri ketika jemaah lain sedang solat di masjid atau surau hanya sekadar mahu mendapatkan sedikit wang untuk sesuap nasi untuk meneruskan kehidupannya?

Sumber: Free Malaysia Today

Pun begitu, memang tidak dinafikan lagi bebanan kos sara hidup yang tinggi mungkin menjadi salah satu punca yang mendorong seseorang itu untuk mencuri.

Dalam kes ini, walaupun beg tangan tersebut diletakkan di hadapan tempat sujud, namun pencuri itu masih  dilihat berani mengambil kesempatan.

 

Perlukah Masjid Dan Surau Diupah Dengan Pengawal Keselamatan?

Sumber: Astro Awani

Jika di kawasan bandar, walaupun kebanyakan masjid dan surau sudah pun dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV), ianya langsung tidak membuatkan penjenayah berasa terancam.

Malah, semakin hari semakin rancak pula aktiviti jenayah sebegini.

Mungkin dengan mengupah penjaga keselamatan bagi memastikan kawasan masjid atau surau tidak menjadi sasaran penjenayah untuk melakukan jenayah.

Dalam hal ini, kita sendiri perlu sentiasa berwaspada ketika mahu menunaikan solat baik di masjid atau surau.

Sumber: Wanista.com

Sekiranya mahu beribadah sekalipun, golongan wanita tidak disaran untuk membawa beg tangan kerana  ia secara tidak langsung akan menarik perhatian individu tertentu untuk mencuri.

Baik yang lelaki mahupun wanita, semuanya berpotensi besar untuk melakukan jenayah sebegini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Perlukah masjid dan surau diupah dengan pengawal keselamatan bagi mengelak kejadian curi daripada berlaku?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN