Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka kecoh seketika apabila Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani, Norhizam Hassan Baktee menyebut perkataan ‘UMNO mati’ dalam peribahasanya.

Tindakan Norhizam itu menyebabkan berlaku pertikaman lidah antara Norhizam dengan pembangkang sehingga menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan bangun untuk membacakan peraturan Dewan namun ditegur Norhizam yang dipercayai menyentuh fizikal beliau.

Kekecohan yang berlaku itu bagaimanapun dimuat naik ke media sosial hingga menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi yang rata-ratanya mengecam tindakan tersebut.

 

Ketua Pemuda UMNO Jasin Turut Kecam

Video tular itu bukan sahaja dikecam teruk netizen malah Ketua Pemuda UMNO Jasin, Dr Akmal Saleh juga turut sama mengecam perilaku exco yang disifatkan sebagai tidak wajar dan sangat mengecewakan.

Katanya, tindakan yang dilakukan Norhizam itu sama sekali bertentangan semangat Malaysia Baharu dibawa Pakatan Harapan (PH) selain tidak memberi gambaran sebenar ‘Melaka Berwibawa’ seperti yang dipromosikan kerajaan negeri.

Malah, Dr Akmal turut mengingatkan Norhizam supaya berkelakuan selari dengan jawatan dan kedudukannya sebagai wakil rakyat serta membuat permohonan maaf secara peribadi kepada ADUN Serkam.

 

Antara Kes Yang Pernah Tular

Sebelum ini, banyak sahaja isu yang pernah dikaitkan dengan beliau sehingga menimbulkan kekecohan dan tular di laman media sosial ketika beliau mengetuai serbuan di stor simpanan baja di Merlimau pada Ogos tahun lalu.

Kemudian, diikuti pula dengan perbalahan beliau bersama sekumpulan nelayan di Kampung Hailam, Tanjung Kling beberapa hari kemudiannya.

Tidak cukup dengan itu, berlaku ‘perang mulut’ antara beliau dengan seorang individu di perkarangan Menara Taming Sari yang dipercayai merendahkan golongan pengayuh beca di negeri Melaka.

Yang terbaru, berlaku pula pertengkaran dengan sekumpulan penduduk berhubung penutupan jalan perumahan di Taman Akasia, Pengkalan Batu, Melaka hingga menyebabkan ramai yang menggelarnnya sebagai Yang Berhormat (YB) Samseng, YB Gengster, YB Biadab lantaran sikapnya yang dikatakan terlalu agresif.

 

Jadilah Pemimpin Yang Matang

Tidak kisah la jawatan apa sekalipun yang dipegang baik jawatan dalam parti mahupun jawatan sebagai EXCO, perangai serta tingkah laku perlu dijaga kerana sebagai pemimpin, kita sentiasa jadi tumpuan umum.

Sumber: Utusan

Sampai bila rakyat hendak disaji dengan rakaman video tular yang menunjukkan pemimpin mereka bersikap sebegini?

Dengan keadaan sekarang yang banyak tipu daya ditambah pula dengan rakaman pemimpin yang berperangai buruk, ianya bakal membuatkan rakyat bertambah muak terhadap pemimpin tersebut sekaligus mengaitkan dengan kepimpinan kerajaan kini.

Apa yang penting, budi bahasa yang baik ketika berbicara itu penting baik sesama pemimpin mahupun terhadap rakyat.  Ingat, jawatan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) adalah dipilih oleh rakyat maka tindakan yang lebih lunak dan berhemah perlu ditonjolkan jangan sampai rakyat pula yang berasa menyesal kerana memilih pemimpin sebegini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah tindakan YB ini dianggap keterlaluan?
69 votes · 69 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN