Terbaru, mahasiswa seluruh Malaysia telah diberikan berita gembira oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di mana telah diluluskan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) sebanyak RM100.
Berita itu diberitahu sendiri Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di mana bantuan tersebut akan disalurkan ada hujung bulan Mac 2019.
Bayaran bantuan tersebut disalurkan melalui mekanisme yang sedia ada iaitu Kad Debit Bank Rakyat yang mula digunakan beberapa tahun sebelum ini sebagai penambahbaikan kepada sistem baucar buku sebelum ini.
Bantuan RM100 Mencukupi?
Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) ini akan memberi manfaat kepada 1.2 juta warganegara Malaysia yang menuntut di institut pengajian tinggi.
Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bantuan yang diberikan ini dilihat dapat membantu mengurangkan beban kewangan pelajar di institusi tinggi.
Adakah benar-benar dapat mengurangkan beban kewangan pelajar? Sebelum ini, di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), bantuan yang diberi nama Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M) sebanyak RM250 telah di berikan kepada mahasiswa.
Mengapa di bawah Kerajaan PH pada hari ini, berlaku pengurangan jumlah bantuan daripada RM250 kepada RM100 dan mendakwa bantuan ini benar-benar dapat mengurangkan beban kewangan pelajar?
Jumlah itu belum dilihat kepada kegunaan untuk membeli buku rujukan. Dengan harga RM100 cuma boleh dapat dalam 2 buah buku sahaja. Seterusnya perkara ini telah menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan mahasiswa.
Mahasiswa Terus Terbeban
Pernah gempar kisah pelajar di IPTA yang mengalami usus terkoyak disebabkan terpaksa mengikat perut kerana kekurangan duit untuk menampung perbelanjaan.
Hal ini merupakan satu perkara yang amat serius kerana difahamkan mahasiswa yang menuntut di IPTA mempunyai pelbagai latar belakang keluarga.
Mahasiswa dari latar belakang yang miskin dan kurang berkemampuan sehinggakan wang pinjaman PTPTN atau biasiswa dihantar ke keluarga yang berada di kampung untuk kegunaan perbelanjaan adik-adik bersekolah dan membeli keperluan harian keluarga.
Bukan itu sahaja, isu pemotongan peruntukan kepada Institut Pengajian Tinggi juga memberi kesan yang besar kepada mahasiswa kerana mereka perlu membayar yuran yang dinaikkan oleh pihak universiti berikutan dengan pemotongan peruntukan yang berlaku sejak dari kerajaan terdahulu.
Mahasiswa tidak hanya bergantung kepada duit pinjaman atau biasiswa sepenuhnya kerana duit tersebut digunakan untuk membayar yuran dan jumlah baki yang tinggal tidak mencukupi untuk menanggung mereka sepanjang semester berkenaan.
Di harap pihak Kerajaan PH terus membela nasib dan kebajikan golongan muda terutamanya mahasiswa. Kepercayaan yang telah diberikan oleh anak muda dalam PRU lalu tidak seharusnya dicemari dengan janji-janji palsu dan seharusnya menjadi kerajaan yang lebih baik daripada kerajaan terdahulu.
KATA ORANG
PH ni jenis tk suap rakyat sangat..maybe tgh dlm proses settlekan hutang negara ni. Rakyat dh biasa kena suap dgn brim,baucer buku yg hnya dapat berbelanja dengan jngka masa pendek..aku lagi suka semua barang turun harga drpd dapat duit seketul perabih kt depa jgk..just wait..
— buyamìn (@ashabuyamin13) February 25, 2019
Such a sad things, before this Baucer buku dpt RM 250. Dpt beli banyak buku. Sekrng bantuan pelajar IPT cuma RM100. Dah mcm bantuan waktu sekolah menengah kan. 😭
— Fatih 🌹 (@NurfatihaRosdi) February 25, 2019
RM100 BSH bujang
— Bazli mahzuz (@Bazli1994) February 24, 2019
RM100 Baucer Buku
10 Janji 100 Hari janji ?
Eh 😂
Dulu tuntut PTPTN mansuh..
— eneycia xaviera (@Ennxaviera) February 22, 2019
Now tuntut baucer buku.
Sudah sedarkah wahai mahasiswa & mahasiswi?
Jangan asyik tuntut benda percuma!
Manja🙄.