Selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjaya menubuhkan kerajaan di Perak selepas menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu dengan majoriti mudah 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan mereka kepada PH, namun sehingga kini masih ada cubaan beberapa pihak yang didakwa cuba menggulingkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Difahamkan, isu tersebut mulai timbul selepas Umno Perak mendakwa wujudnya gerakan yang serius untuk menjatuhkan Ahmad Faizal oleh beberapa orang Exco kerajaan negeri menerusi usul undi tidak percaya di DUN.

Sumber: Berita Harian

Perkara itu didedahkan Pengerusi Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad dan mendakwa rancangan itu hendak dilaksanakan oleh beberapa Exco berkenaan dengan cuba memujuk sekurang-kurangnya lima ADUN BN supaya menyokong usul undi tidak percaya yang akan dibuat di DUN.

Namun, sehingga kini pelbagai organisasi politik seperti Armada Bersatu Perak, Ketua Penerangan Keadilan Perak dan Ketua Pemuda PH Perak dilihat memandang serius dakwaan tersebut hingga ada yang mencabar Saarani untuk menamakan individu yang sanggup melakukan kerja terkutuk sekiranya ia benar-benar berlaku.

 

Adun BN Dipujuk Singkir MB Perak?

Dalam perkara ini, ada pihak menyatakan Adunnya telah dipujuk individu di dalam PH bagi menyokong usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal.

Saarani bagaimanapun berkata, sekurang-kurangnya lima Adun BN sudah dihubungi secara berasingan oleh lebih dari seorang individu yang berjawatan Exco Perak untuk tujuan tersebut.

Namun katanya, kesemua 25 Adun BN bagaimanapun telah berjanji untuk tidak menyokong usul tersebut kerana tidak mahu mengkhianati sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri Perak hari ini.

Sumber: mStar

Malah, beliau percaya krisis politik ketika pemerintahan kerajaan PH pada 2009 akan berulang kembali.

Melihat kembali pada krisis yang berlaku pada 2009, kerajaan PH yang ketika itu berjaya mengambil alih kerajaan negeri Perak dilihat hanya mampu bertahan selama sembilan bulan sahaja selepas dua ADUN Keadilan dan seorang ADUN DAP mengisytiharkan keluar parti dan menyokong BN.

 

Tidak Wujud Komplot Jatuhkan MB Perak

Sumber: The Sun Daily

Walaupun ada pihak mengatakan terdapat beberapa Adun BN cuba berkomplot untuk menjatuhkan Ahmad Faizal, namun Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming pula berkata bahawa kesemua dakwaan tersebut sebenarnya tidak wujud dalam kalangan Exco Perak seperti yang didakwa UMNO.

Malah, dakwaan Saarani itu juga dikatakan tidak berasas yang berunsur fitnah serta berniat jahat.

Dakwaan tersebut jelas mempunyai niat jahat yang mana kesemua 31 ADUN PH di negeri itu termasuk Kor Ming sendiri menyatakan sokongan penuh kepada pimpinan negeri yang diketuai oleh Ahmad Faizal.

Di sini, jelas menunjukkan walaupun PH berjaya memenangi kerusi di negeri Perak, namun masih ada cubaan beberapa pihak bermain taktik kotor mereka dengan membuat pelbagai dakwaan jahat untuk cuba menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat.

 

Saarani Dicabar Dedah Nama Pemimpin PH Yang Didakwa Mahu Gulingkan MB Perak

Dakwaan terhadap adanya pemimpin PH yang didakwa cuba untuk menggulingkan MB Perak pastinya memberi tamparan hebat kepada kerajaan PH di negeri itu.

Mana tidaknya, sudahlah mereka sendiri menjadi kerajaan kemudian terdapat pula orang dalam yang didkawa cuba menggugat kerajaan sedia ada.

Sumber: Berita Harian

Disebabkan mahu mendapatkan bukti serta penjelasan yang jelas, Ketua Penerangan Keadilan Perak, Siti Aishah Shaik Ibrahim sendiri mencabar Saarani untuk mendedahkan secara terbuka nama pemimpin PH tersebut untuk membuktikan sejauh mana kebenaran dakwaan Saarani itu.

Walaupun isu tersebut sudah dianggap selesai setelah sekian lamanya pada 2009 malah isu tersebut sekali lagi dilihat timbul dan menjadi perhatian umum apabila rakyat disajikan semula dengan dakwaan terdapatnya cubaan untuk menggulingkan MB mereka.

Jika benar dakwaan yang diperkatakan oleh Saarani itu, maka beliau perlu mendedahkan nama mereka yang sengaja mahu menggulingkan MB Perak serta kerajaan PH yang memenangi kerusi pada PRU-14 lalu dengan majoriti yang sah.

Hal ini kerana kemenangan yang dikecapi oleh PH di negeri Perak telah jelas membuktikan bahawa rakyat yang membuat keputusan untuk memilih kerajaan sedia ada kini dan bukannya mahu terus bermain teka-teki mengenai kerajaan yang dikatakan bakal berubah-ubah selepas PRU-14.

 

Kronologi Krisis Politik Perak

Sumber: Pejuang Tempatan

Berikut adalah kronologi krisis politik di Perak yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 di mana Mahkamah Persekutuan dijadual membuat keputusan Selasa berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah di antara Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada BN dan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, PAS:

 

17 Mac 2008

  • Anggota ADUN kawasan Pasir Panjang, Mohammad Niza telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

1 Februari 2009

  • Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. Kedua-dua ADUN Keadilan nafi meletakkan jawatan.

3 Februari 2009

  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.

4 Februari 2009

  • Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika itu mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga ADUN dari Keadilan dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas untuk menyokong BN.
  • BN Perak dan Pakatan Rakyat ketika itu masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam DUN manakala tiga lagi anggota dewan undangan negeri ialah anggota Bebas.

5 Februari 2009

  • Kenyataan media dari pejabat Sultan Perak menyatakan bahawa Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan menitahkan Mohammad Nizar serta Anggota Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong.

6 Februari 2009

  • Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar yang mula memegang jawatan berkenaan pada 17 Mac 2008 di mana BN secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak.

13 Februari 2009

  • Mohammad Nizar mengambil tindakan undang-undang memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

6 Mac 2009

  • Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu perlembagaan dalam saman yang difailkan oleh Mohammad Nizar bagi mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

23 Mac 2009

  • Mahkamah Persekutuan memutuskan agar kes Mohammad Nizar lawan Dr Zambry dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.

3 April 2009

  • Mohammad Nizar diberi “lampu hijau” oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Februari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.

11 Mei 2009

  • Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

12 Mei 2009

  • Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya, Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Dr Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

22 Mei 2009

  • Keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Dr Zambry adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

19 Jun 2009

  • Mohammad Nizar memfailkan notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.

5 November 2009

  • Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang telah menangguhkan keputusan kes itu pada 9 Februari 2010 setelah selesai mendengar hujahan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Sekiranya Saarani gagal mendedahkan nama pemimpin PH yang didakwa cuba menggulingkan MB Perak, adalah beliau perlu dikenakan tindakan undang-undang?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN