Sumber : Facebook Ez Azhar

Semalam, seorang wanita berkongsi sebuah insiden di laman facebooknya apabila kereta yang dinaikinya cuba di pecah masuk oleh seorang lelaki warga asing. Nasib menyebelahi wanita tersebut apabila pintu keretanya berkunci menjadikan cubaan individu tersebut sukar untuk membuka pintu.

Melalui rakaman video yang dirakam wanita berkenaan, warga asing turut mengaku bahawa dia adalah ahli keluarga wanita berkenaan. Suami wanita terbabit yang segera datang ke tempat kejadian cuba untuk mengusir warga asing tersebut namun dia hanya buat tidak tahu dan terus berada di situ. Ada yang turut mengatakan warga asing tersebut berada dalam keadaan khayal dan tidak waras.

 

Warga Asing Makin Berani Buat Hal

Jika dilihat keadaan di Malaysia, dimana-mana sahaja negeri pasti ada warga asing samada Indonesia, Myanmar, Kemboja dan banyak lagi. Keperluan sumber pekerja asing untuk bekerja sebagai buruh kasar adalah punca yang menyumbang kepada peningkatan jumlah warga asing di Malaysia.

Tidak dinafikan, jasa mereka bekerja sebagai buruh dan telibat dalam pembinaan bangunan di negara kita. Mengerah keringat dan tenaga dalam membantu Malaysia bergerak kearah negara maju.

Namun begitu, apa yang membimbangkan orang ramai ialah ada sesetengah warga asing semakin berani membuat onar dan tidak takut kepada undang-undang. Kes-kes mengacau isteri orang, menggunakan minyak pengasih untuk wanita melayu, kes pedofilia dan penculikan kanak-kanak untuk organ membuatkan rata-rata rakyat  Malaysia tidak senang duduk dengan kehadiran mereka di negara kita.

 

Orang Ramai Perlu Lebih Peka Dan Prihatin

Tiap hari pasti ada sahaja isu yang timbul dari segala aspek. Samada cubaan menculik, menyamun mahupun pergaduhan. Golongan wanita dan kanak-kanak adalah golongan yang paling mudah menjadi mangsa. Walaupun bukan semua wanita lemah dan tidak mampu melawan namun kudrat kita tidaklah sekuat lelaki dan menyebabkan kita mudah terdedah dengan pelbagai jenis bahaya.

Orang sekeliling perlu sama-sama menjaga keselamatan orang sekeliling dan bersedia menghulurkan bantuan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku. Apa yang menyedihkan di Malaysia, lebih ramai yang suka menjadi penonton dan wartawan segera daripada menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada mangsa keadaan.

Lihat sahaja kes menyedihkan sebelum ini apabila seorang pemandu lori minyak maut kerana lori yang dipandu terbakar. Insiden menyayat hati itu berakhir dengan tragedi apabila tidak ada seorang pun yang membantu malah sibuk merakam insiden berkenaan.

 

Perlu Sentiasa Bersedia Pertahankan Diri

Keadaan di negara sekarang seperti sudah tidak selamat untuk golongan wanita dan kanak-kanak terutamanya. Kerana itu, kita perlu mengambil langkah supaya dapat elak daripada menjadi mangsa kejahatan individu-individu yang tidak berperikemanusian ini.

Penyembur pemedih mata (pepper spray) yang boleh didapati dengan mudah di mana-mana portal jualan online adalah salah satu alat yang perlu untuk disimpan untuk digunakan ketika anda diserang atau dikacau individu yang tidak dikenali.

Selain itu, alatan seperti kayu pemukul juga perlu disimpan di dalam kereta dan disimpan di tempat yang mudah dicapai.

Sikap peka dan sentiasa teliti dimana sahaja anda berada mampu mengurangkan potensi anda untuk menjadi mangsa kepada kejadian-kejadian yang tidak diingini.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pernahkah anda berdepan dengan insiden yang menakutkan dengan warga asing?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN