Berdasarkan laporan daripada myMetro, Kota Belud telah diisytiharkan darurat pada 28 Februrai lalu. Pengumuman itu telah dibuat oleh Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam pada jam 3 petang.

Sumber: Berita Harian

Ketiadaan hujan berpanjangan selama hampir sebulan ditambah dengan cuaca yang semakin panas menyebabkan Kampung Puhus merupakan kampung yang pertama terjejas di Kota Belud.

Kampung ini bergantung sepenuhnya kepada air graviti. Ketiadaan sumber air menyebabkan kawasan tersebut menjadi kering kontang lantas menyebabkan aktiviti harian penduduk sekitar yang seramai 200 orang terjejas.

Tujuh Kampung Lagi Terjejas

Keadaan menjadi lebih buruk apabila terdapat tujuh buah kampung lagi yang terjejas baru-baru ini. Kampung yang terlibat ialah Tobur Kelawat, Piasau, Gaur, Ambong, Dallas, Timbang Manggaris dan Pekan Nabalu.

Keadaan ini menyebabkan kerajaan negeri mengambil tindakan segera dengan memberikan bantuan bekalan air bersih. Namun setakat ini, hanya enam buah kampung sahaja yang sudah menerima bantuan bekalan air bersih iaitu kampung Puhus, Tobur Kelawat, Piasau, Gaur, Nabalu dan Dallas.

Bagi Kampung Ambong dan Timbang Manggaris,belum ada penghantaran bekalan air memandangkan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Kota Belud baru menerima maklumat daripada penduduk.

Sumber: Bernama

Tanaman Turut Terjejas

Selain kekurangan air untuk keperluan harian, tanaman sawah di Kota Belud turut terjejas. Kemarau berpanjangan menyebabkan tanah di kawasan sawah padi menjadi kering kontang. Terusan yang menyalurkan air ke kawasan sawah juga berada dalam keadaan sangat minima dan tidak mampu menyalurkan air ke sawah bendang.

Pesawah yang baru sahaja menanam anak padi pada dua minggu lalu turut menyuarakan kerisauan mereka berhubung keadaan cuaca semasa yang dijangka akan berterusan sehingga April.

Tinjauan dari Bernama mendapati sawah padi di kawasan tersebut kering, dan tanah mengeras serta merekah selain tiada bekalan air mencukupi untuk mengairi tanaman.

Air Empangan Merosot

Sebanyak enam empangan air negeri mengalami penurunan pengeluaran air akibat kemarau yang melanda. Menurut Pengarah Jabatan Air Sabah (JANS), Ir Amarjit Singh, beberapa empangan di Sabah sudah berada pada tahap kritikal. Malah, bekalan air sedia ada hanya mampu bertahan hingga dua bulan sahaja.

Sumber: NSTP

Ramalan Jabatan Meteorologi

Jabatan Meteorologi Sabah meramalkan cuaca panas dan kering yang melanda Sabah ketika ini akan berterusan sehingga ke penghujung bulan April. Jumlah hujan juga dijangka merosot antara 40 peratus hingga 50 peratus di seluruh Sabah sepanjang bulan Mac.

Keadaan ini berkaitan dengan fenomena el-nino lemah yang diramal berlaku antara 50 peratus hingga 60 peratus bermula Mei depan dengan kesannya hanya dirasai di Sabah dan utara Sarawak.

Usaha Kerajaan

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong berkata kerajaan sedang berusaha mencari alternatif terbaik bagi memastikan pesawah di Kota Belud menerima bekalan air secukupnya sebelum musim menanam akan datang.

Kementerian bakal melantik perunding bagi mengkaji permasalahan banjir serta bekalan air ke sawah padi serta isi rumah dan kajian tersebut akan diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi bagi digunakan untuk perancangan pada masa hadapan.

Sekiranya cuaca panas berpanjangan dan tidak berlaku hujan dalam masa terdekat, kemungkinan akan banyak kawasan lagi yang akan terjejas dan menghadapi masalah air.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah kemarau akan merebak ke seluruh negara?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN