Bagi masyarakat Islam, budaya mencium tangan itu sudah menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan seharian baik yang muda dan tua.

Apabila kita mencium tangan mereka yang lebih tua dari kita, ia menunjukkan bahawa kita menghormati mereka malah budaya ini telah lama ada sejak zaman Rasulullah SAW lagi.

Namun, lain pula jadinya apabila tindakan anggota parlimen pembangkang, Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) bersalam dan mencium tangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah disalah ertikan.

Mana tidaknya, beliau secara tiba-tiba muncul meminta maaf dengan mencium tangan Dr Mahathir.

Apa yang dilakukan beliau itu bagaimanapun menjadi bualan hangat netizen yang mempersoalkan tindakan beliau mencium tangan Dr Mahathir.

 

Cium Sebagai Tanda Hormat

Sumber: Sinar Harian

Apabila difikirkan semula, tidak masuk akal juga sekiranya tindakan mencium tangan itu dipolitikkan hanya disebabkan mereka datang dari parti politik yang berbeza.

Sekarang ini jika kita lihat, apa sahaja perkara membabitkan setiap pemimpin itu pasti akan dikaitkan dengan politik.

Yang sebenarnya, apa yang dilakukan oleh beliau itu adalah berdasarkan prinsip hormat-menghormati selaras dengan Prinsip Rukun Negara.

Sumber: MSN.com

Dalam masa yang sama, tindakan beliau itu sebagai salah satu cara beliau menzahirkan rasa terima kasih kepada Dr Mahathir apabila beliau memberi keutamaan kepada soalan beliau dalam sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat berhubung isu Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Dan bukannya seperti dakwaan yang mengatakan bahawa tindakan beliau itu sebagai ‘permainan politik’ semata-mata.

 

Hormat-Menghormati Amalan Mulia

Walau sudah bertukar kerajaan, tidak semestinya kita harus meninggalkan tradisi Melayu yang baik dengan menghormati mereka yang lebih berusia dari kita.

Sumber: Day One

Tidak berdosa pun sekiranya kita menghormati seseorang itu walaupun berbeza parti politik.

Malah, di dalam Rukun Negara sendiri sudah menyatakan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang seharusnya menjadi pegangan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Di dalam prinsip itu sendiri sudah menyatakan bahawa amalan bersopan santun dan bertatasusila perlu diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.

Sumber: Perak Today

Jadi, tidak kira anda datang dari parti politik apa sekalipun, sikap hormat-menghormati sesama sendiri itu sama sekali dituntut.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah tindakan mencium tangan seperti yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang ini disifatkan sebagai ‘mengipas’?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN