Bila besar nanti nak jadi apa?” Soalan ini sudah kita dengar dan ditanya oleh guru sewaktu di bangku sekolah lagi.

Jawapan yang sering dijawab dengan penuh keyakinan ialah ingin jadi doktor, polis, bomba, ataupun Perdana Menteri.

Dilaporkan oleh Harian Metro di mana terdapat seorang lelaki telah bertindak menyamar sebagai seorang doktor di sebuah hospital di Terengganu.

 

Taktik Menyamar Gagal

Tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai seorang doktor itu bukanlah kali pertama berlaku. Dia melakukan penyamaran tersebut di Hospital Kemaman, Chukai sebanyak dua kali dan kemudiannya ditahan oleh pihak polis.

sumber: astro awani

Ketika ditahan, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan menyatakan suspek tersebut mendakwa dia merupakan penuntut perubatan Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur.

Penyamarannya itu tidak berjaya apabila dia dikatakan gagal menjawab beberapa soalan mudah yang ditanya oleh doktor bertugas pada ketika itu. Curiga dengan keadaan tersebut, doktor yang bertugas itu terus membuat semakan di bahagian pentadbiran.

 

Pernah Jadi Doktor Selama 2 Minggu

Menurut sumber lagi, lelaki tersebut berusia 27 tahun dan berasal dari Kampung Olong, Binjal dan dia cuma memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan merupakan seorang penganggur.

sumber: free malaysia today

Lelaki tersebut dipercayai telah memalsukan dokumen yang dipercayai telah dimuat turun daripada laman web institusi pengajian awam itu. Sebelum ini, dia dikatakan pernah menuntut di sebuah kolej tetapi tidak berjaya menghabiskan pengajiannya kerana mengalami masalah kewangan.

Lebih menarik lagi, sebelum ini dia telah berjaya mengikuti ‘latihan’ selama dua minggu iaitu pada bulan Februari yang lalu dan melakukannya sekali lagi baru-baru ini sebelum ditahan oleh pihak polis dari Balai Polis Chukai.

 

Sistem Pengurusan Tidak Cekap

Ada netizen yang hairan mengapa pihak pengurusan tidak peka dengan dokumen yang diserahkan oleh lelaki tersebut. Sebelum ini, lelaki tersebut menyamar sebagai pelatih selama dua minggu tanpa disedari juga amat menghairankan. 

sumber: hospital ampang

Bukan itu sahaja, ramai yang mempersoalkan bagaimana dia boleh diterima masuk untuk mengikuti latihan perubatan di hospital tersebut. Hal ini bukanlah kali pertama berlaku di hospital tersebut dan yang melakukan itu pula merupakan orang yang sama.

Mungkin selepas ini pihak pengurusan di semua hospital perlu meningkatkan sistem pengurusan supaya perkara seperti ini tidak berulang. Mujur lelaki tersebut menyamar sebagai pelatih, jika dia menyamar sebagai seorang doktor, apa pula yang terjadi. 

 

Menyamar Salah Di Sisi Undang-Undang

Kes penyamaran ini bukanlah kali pertama berlaku di Malaysia. Terdahulu pernah dilaporkan seorang lelaki menyamar sebagai seorang anggta polis, ada yang menyamar sebagai peguam dan banyak lagi. Di dalam kes penyamaran ini, lelaki tersebut telah direman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan.

Mengikut sumber yang diambil daripada ohmedia.my, di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan ialah hukuman bagi jenis penipuan secara menyamar ini adalah penjara tidak melebihi daripada tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Jadi, sebelum melakukan sesuatu perkara itu, fikir dengan sebaik-baiknya. Jika betul-betul mahu menjadi seorang doktor, ikutlah saluran yang betul.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN