Memang sebelum berkahwin semuanya indah belaka, dialah yang paling sempurna dan dialah pilihan hati kita.

Sumber:theasianparent.com

Tapi bila berkahwin semuanya mula berubah dan kita seolah-olah baru kenal siapa pasangan sendiri dan melihat dari sudut yang selama ini kita tidak nampak.

Tetapi inilah perkahwinan dimana ia melengkapi antara satu sama lain. Ada yang kita suka dan ada yang kita mungkin kurang senang dengannya.

Beri Tender Kerajaan RM75 Juta

Diawal perkenalan semuanya manis sehingga sanggup menyediakan tender kerajaan bernilai RM75 juta untuk sebuah projek. Namun, tindakan seorang ahli perniagaan wanita yang mahu dikenali sebagai Jane, 53 memakan dirinya apabila dia ditipu oleh bekas suaminya.

Memetik laporan Harian Metro, episod dukanya bermula selepas dia berkenalan dengan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, selain membantu lelaki terbabit mendapatkan tender projek kerajaan bernilai jutaan ringgit.

Cinta itu memang buta kerana ia telah ‘membutakan’ seorang wanita yang sanggup memberikan segala-galanya kepada si lelaki. Ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.

Sumber: Harian Metro

Dijanjikan Kekayaan Selepas Berkahwin

Wanita itu mendakwa bahawa bekas suaminya itu menjanjikan rumah mewah yang siap diubah suai selepas berkahwin. Diberikan hantaran sebanyak RM100,000 termasuk barang kemas bernilai RM1 juta. Malah, dijanjikan komisen sebanyak RM2 juta selepas mendapat tender projek itu.

Namun, semuanya musnah apabila barang kemas yang diberikan itu adalah palsu. Dan cek bernilai RM100,000 sebagai duit hantaran juga tidak dapat ditunaikan.

Lebih malang lagi, lelaki berkenaan juga merupakan suami orang dan dia telah memalsukan butiran peribadinya dengan mengaku duda. Sudah jatuh ditimpa tangga pula.

 

“Bila Kahwin Kerana Harta, Inilah Akibatnya”

Warga netizen berpendapat mendirikan perkahwinan di atas dasar kebendaan, antaranya harta benda atau rupa paras, sebenarnya tidak dapat menjamin kebahagian dalam berumahtangga.

Memilih jodoh kerana dipengaruhi harta benda memang banyak berlaku di negara kita. Tambah-tambah mereka yang hidup di bandar besar dan mahukan ekonominya kukuh berdasarkan pasangan yang mempunyai harta benda.

Sumber: FB Harian Metro

 Manusia dinilai dengan kebendaan, demikian juga jodohnya, tanpa mengira lelaki itu beragama atau tidak, tua atau muda, kambing jantan atau tidak, dan bagaimana peribadinya, tetapi semata-mata kerana hartanya.

Dan apa yang berlaku kepada Jane adalah salah satu contoh yang tepat untuk menggambarkan keadaan itu. Itu antara pandangan netizen terhadap kes yang dialami oleh wanita berkenaan.

Fail Cerai Dan Tuntut Kerugian

Bagaimanapun, Jane bertindak membuat permohonan cerai di Mahkamah Syariah Gombak dengan tuntutan kerugian atas penipuan dilakukan suami. Dan dia sudah diceraikan dengan talak satu.

Sumber: Harian Metro

Dia juga telah membuat laporan di Balai Polis Ampang sebelum dinasihati mengambil tindakan sivil di mahkamah bagi saman ganti rugi dengan menggunakan khidmat lapan peguam.

Apa yang dilakukan ini adalah untuk menuntut haknya yang dijanjikan sebelum ini. Pada masa sama, ia juga memberi pengajaran kepada bekas suaminya itu supaya jangan mempermainkan wanita, agama dan undang-undang.

 

“Wanita Jangan Tunjuk Lemah”

Wanita secara fitrahnya dilihat sebagai insan yang lemah dan mempunyai hati yang lembut. Mungkin itu hanya luaran sahaja tetapi wanita hari ini lebih berani dan kuat berdepan lelaki.

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Jane yang berani memfailkan isu ini ke mahkamah sebagai memberi pengajaran kepada lelaki mulut manis itu. Sebelum kahwin macam-macam dijanjikan termasuk bulan bintang.

Rupanya dia cuba memperalatkan Jane untuk mendapatkan tender projek kerajaan itu sahaja. Dia berkahwin atas dasar kebendaan itu sahaja, bukan ada perasaan kasih dan saying terhadap wanita berkenaan.

Diharapkan wanita diluar sana juga mempertahankan hak anda jika ditipu oleh suami. Jangan ingat wanita ini lemah.

 

 

KATA ORANG

iframe src="https://www.facebook.com/plugins/comment_embed.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fharianmetro%2Fposts%2F10157688788152052%3Fcomment_id%3D10157689056282052&include_parent=false" width="560" height="140" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowTransparency="true" allow="encrypted-media">
iframe src="https://www.facebook.com/plugins/comment_embed.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fharianmetro%2Fposts%2F10157688788152052%3Fcomment_id%3D10157688912927052&include_parent=false" width="560" height="140" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowTransparency="true" allow="encrypted-media">
iframe src="https://www.facebook.com/plugins/comment_embed.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fharianmetro%2Fposts%2F10157688788152052%3Fcomment_id%3D10157689163742052&include_parent=false" width="560" height="140" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowTransparency="true" allow="encrypted-media">
iframe src="https://www.facebook.com/plugins/comment_embed.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fharianmetro%2Fposts%2F10157688788152052%3Fcomment_id%3D10157688915132052&include_parent=false" width="560" height="140" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowTransparency="true" allow="encrypted-media">
iframe src="https://www.facebook.com/plugins/comment_embed.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fharianmetro%2Fposts%2F10157688788152052%3Fcomment_id%3D10157689055637052&include_parent=false" width="560" height="140" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowTransparency="true" allow="encrypted-media">

KATA ANDA

Anda rasa patutkah wujud undang-undang untuk hukum suami kaki temberang?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN