CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) mengumumkan faedah cuti bersalin selama enam bulan bergaji bagi kakitangan yang pertama kali bergelar ibu.

Ia berkuat kuasa pada 1 Januari lalu untuk semua pekerja CIMB di Malaysia.

Faedah berkenaan adalah tambahan kepada cuti selama sebulan yang diberikan untuk kakitangan CIMB yang pertama kali menjadi bapa.

Ketua Pegawai Kakitangan Kumpulan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin berkata, tempoh cuti berkenaan boleh diambil kira-kira 30 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.

Ekoran dari pengumuman tersebut, ramai netizen meluahkan rasa ingin bekerja juga di syarikat perbankan tersebut.

 

Boleh Lanjut Cuti Sehingga Anak Berusia Setahun

Sumber: azliadlan.blogspot.com

CIMB juga memaklumkan cuti boleh dilanjutkan dengan mengambil cuti tanpa gaji selama enam bulan yang turut ditawarkan kepada kakitangan bagi membolehkan mereka menjaga anak sulung sehingga berusia setahun.

Menurut Hamidah faedah yang ditawarkan ini adalah sebahagian daripada pendekatan holistik Kumpulan dalam menguruskan modal insan.

Beliau percaya setiap individu mempunyai keperluan berbeza dalam setiap fasa kehidupan mereka.

Beliau juga percaya faedah yang diberikan dapat memupuk budaya keibubapaan tanpa perlu meninggalkan kerjaya sedia ada.

Malah, CIMB juga meneroka kemungkinan melanjutkan manfaat ini kepada semua kakitangan di seluruh kumpulan.

Sumber: parwarish.in

Selain manfaat cuti bersalin bergaji, CIMB turut menjalankan inisiatif lain dalam menyokong keperluan keluarga kakitangannya termasuk memberi kelonggaran kakitangan yang mempunyai anak berusia kurang lima tahun atau berkeperluan khas untuk bekerja dari rumah sehari dalam seminggu.

Beruntungnya kakitangan-kakitangan CIMB ini. Sudahlah cuti diberikan dalam tempoh 6 bulan malah gaji juga tidak dipotong.

Mungkin syarikat besar dan kukuh diluar sana juga perlu menerapkan pendekatan yang sama seperti CIMB lakukan.

 

Netizen Bimbang Ia Seolah Langkah Untuk Pekerja Dibuang

Pada sudut membina modal insan, langkah ini nampak sangat bagus dilaksanakan dan bagi mereka yang baru mempunyai anak, mereka mempunyai masa yang cukup untuk menjaga anak pertama kali dilahirkan.

Sumber: Siakap Keli News

Tetapi pada sudut lain, netizen melihat ia langkah yang amat membimbangkan, kemungkinan kakitangan yang bercuti panjang akan digantikan tempat mereka atau lebih tepat lagi diberi pilihan untuk Skim Pemberhentian Sukarela atau VSS.

Mereka ini akan digantikan tempat sementara, kebiasaannya graduan yang berkelayakan dan sebagainya.

 

Pernah Jejaskan Pekerja CIMB

Sumber: Tangerang.blogspot

Pada tahun 2015, dijangkakan sekitar 2,000 daripada 13,000 pekerja CIMB Group Holdings Bhd di Malaysia terjejas, susulan pelaksanaan Skim Pemisahan Bersama (MSS) yang diumumkan kumpulan itu untuk cawangan di negara ini dan Indonesia.

Anggaran itu dibuat berdasarkan kos-kos lain berkaitan perbelanjaan kakitangan bernilai RM159.74 juta yang dilaporkan untuk suku pertama kumpulan itu, berakhir 31 Mac 2015, meningkat secara mendadak berbanding RM49.01 juta pada tahun sebelumnya.

Menurut penganalisis pula, penambahan jumlah peruntukan bernilai RM110 juta berkaitan kos kakitangan itu mungkin dibuat menjelang pengumuman MSS.

Jika RM50,000 daripada jumlah itu dibayar secara purata di bawah MSS kepada setiap pekerja, kemungkinan 2,200 jawatan dianggap berlebihan untuk keperluan Kumpulan CIMB.

Malah ada netizen mendedahkan bahawa sekiranya pekerja CIMB tidak menunjukkan presatsi dari segi jualan yang memberangsangkan setiap bulan, mereka akan dibuang kerja.

Itu apa yang mereka katakan, apa pun kita berharap perkara itu tidak berlaku di masa kini.

 

CIMB Banyak Tutup Cawangan

Apa yang lebih menggusarkan adalah CIMB pernah menutup 23 cawangannya sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan operasi dan juga menumpukan kepada perkhidmatan perbankan digital.

Sejak Ogos 2015, sebanyak 22 cawaยญngan CIMB Bank di seluruh Malaysia telah ditutup dan satu lagi akan ditutup menjelang akhir 2016.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah pemberian cuti enam bulan ini efektif?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN