Sekarang ini wujud fenomena artis wanita tempatan yang tampil dengan imej tidak lagi bertudung.

Sumber: IG emma_maembongofficial
Sumber:BeautifulNara

Bermula dengan pelakon Emma Maembong, kini Fathia Latiff turut menjejaki langkah yang sama.

Mereka tidak lagi rasa malu dan segan dengan orang ramai mahupun peminat mereka apabila tampil dengan imej asal mereka.

Pada awalnya, ramai yang mendoakan penghijarahan mereka sebelum ini, namun iman seseorang itu hanyalah senipis kulit bawang sahaja.

 

Che Ta Rasa Buka Tudung Boleh Terus Masuk Neraka

Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta membayangkan dirinya bakal menjadi penghuni neraka sekiranya dia mengambil langkah sama.

Sumber: IG rozitachewan1

Katanya, dia tidak sanggup mengubah penampilannya yang sudah bertudung sejak lama dulu kerana takut azab seksaan di akhirat yang perlu ditanggungnya kelak.

Walaupun tidak merujuk kepada sesiapa, Che Ta sebaliknya menegaskan luahannya itu adalah untuk peringatan diri sendiri.

Katanya, tidak perlu untuk menghukum manusia lain kerana masing-masing ada kesilapan diri sendiri, hanya doa sahaja untuk mereka.

Tukar Kawan-Kawan Kalau Ingin Berubah

Ulas Che Ta lagi, selain beristiqamah, wanita yang ingin berhijrah menutup aurat perlu mendampingi rakan-rakan yang membawa nilai positif.

Sumber: IG rozitachewan1

Memang kawan-kawan sekeliling juga memainkan peranan dalam perubahan seseorang itu selain dari sokongan pihak keluarga.

Tetapi hati orang kita tidak tahu, mungkin dia ingin berubah tetapi kerana kawan-kawan yang masih dengan kehidupan tidak baik, itu yang lebih mudah terpengaruh.

Netizen Pula Kritik Che Ta Bertudung Tidak Ikut Syarak

Namun, rata-rata netizen yang mengambil maklum kenyataan Che ta itu mahu pelakon dan usahawan itu untuk mengubah cara pemakaiannya dan juga cara bertudung yang mengikut syarak yang telah ditetapkan dalam Islam.

Kata mereka, walaupun Che ta bertudung tetapi masih menampakkan susuk tubuh kerana pakaian yang ketat.

Isu neraka dan syurga ini bukan perkara main-main yang boleh dilabelkan kepada seseorang. Kalau bertudung tetapi nampak bentuk badan pun tidak ada gunanya juga.

Tudung Bukan Jaminan Masuk Syurga

Islam menuntut orang wanita menutup aurat dan tudung hanyalah perkara yang menutup rambut dan leher sahaja. Pakaian bukan perkara yang dinilai seseorang itu syurga atau neraka. Pakaian tidak salah.

Tetapi niat kita kalau ingin berubah, ubahlah cara pemakaian terlebih dahulu. Kalau mahu berubah, ubah pemakaian dulu baru bertudung.

Kerana Mulut Juga Boleh Masuk Neraka

Dan ada juga segelintir menyatakan kerana mulut juga boleh masuk neraka. Umum tahu Che Ta ini orangnya agak lantang apabila bercakap.

Itu antara pandangan yang diberikan netizen terhadap isu ini. Tidak salah untuk Che Ta berikan pandangannya, tetapi tidak perlu mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Neelofa Juga Pernah Ditegur Netizen

Kalau sebelum ini, ramai sahaja artis wanita yang bertudung ditegur netizen kerana cara pemakaian mereka. Tidak ketinggalan juga pelakon serta usahawan terkenal, Neelofa.

Sumber:gempak.com

Neelofa ditegur kerana gelaran ‘Hajah’ nya itu tidak sesuai dengan pemakaiannya. Netizen beranggapan dengan gelaran itu sepatutnya seseorang itu akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Bagi mereka tudung dan seluar jeans yang dipakai selebriti tersebut tidak sesuai dengan gelaran yang dimilikinya. Bila Neelofa pakai elok-elok, kenapa macam tidak ramai yang puji?

Namun teguran juga menjadi penanda aras bahawa masih ada peminat sayangkan selebriti tersebut dan kehadiran sosial media mampu menaikkan selebriti dan juga mampu mengubah persepsi segelintir masyarakat dengan sekelip mata.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda, adakah tudung jaminan ke syurga?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN