Kalau sebelum ini Pakatan Harapan mendapat mandat sebagai sebuah kerajaan, sentiasa melaungkan institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi.
Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Pengerusi SPR Label Rakyat Kelantan ‘Kaki Kelab Malam’
Apabila seseorang itu dilantik sebagai kakitangan kerajaan dan berpangkat, seharusnya tidak boleh mencapur adukkan hal-hal politik dan menyatakan sokongan mereka terhadap sesebuah parti. Itu melanggar integriti seorang kakitangan kerajaan.
Namun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Azhar Harun boleh pula melabelkan rakyat Kelantan yang berada di luar Kelantan sebagai “kaki kelab malam”.
Kenyataan ini sememangnya mendapat kritikan daripada rakyat Malaysia terutama rakyat di negeri berkenaan.
Bagaimana, Azhar boleh menilai rakyat Kelantan sebegitu rupa. Ia tidak sepatutnya keluar dari mulut Azhar. Beliau perlu bertindak neutral dan tidak mengeluarkan kenyataan yang memburukkan parti Pas yang mentadbir negeri Kelantan.
Cetuskan Sentimen Kenegerian
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan kenyataan tersebut, amat jelas Azhar menggolongkan seolah-olah majoriti rakyat Kelantan yang berada di luar tidak tahu tentang dosa dan pahala.
Ucapan berkenaan dianggap keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci serta prasangka negatif rakyat negeri lain terhadap rakyat Kelantan sehingga boleh mencetuskan sentimen kenegerian.
Sebarang sentimen atau retorik politik yang bertujuan mengasingkan antara satu entiti dan mengasingkan rakyatnya daripada sebuah negara yang lebih besar adalah tidak wajar.
Kalau kita lihat sebelum ini ada sahaja slogan seperti “Sarawak untuk orang Sarawak”, “Sabah untuk orang Sabah”, atau Semenanjung Malaysia untuk pihak yang lain, bukanlah sesuatu yang sihat dalam pembinaan sesebuah negara.
Tak guna Malaysia Baru kalau kita sendiri masih hidup dalam masalah lampau dan mengulangi kaedah lapuk yang sama dan pastinya tidak akan menghasilkan keputusan yang baik untuk negara dan rakyat.
Ramai Pengundi Rakyat Kelantan Di Luar Kawasan
Isunya tercetus apabila Azhar memberi pandangan mengenai cadangan pendaftaran pengundi secara automatik pada pilihan raya akan datang yang sukar dibuat kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang mengundi di tempat mula-mula dia mendaftar sebagai pengundi walaupun mungkin tinggal di tempat lain.
Oleh sebab itulah juga, Azhar mendakwa, seramai 60,000 orang Kelantan balik ke negeri ini untuk mengundi menyokong hudud sedangkan pada masa-masa lain mereka berada di Kuala Lumpur dan pergi ke kelab malam.
Dalam konteks ini, tidak kisahlah pengundi berada di mana sekalipun, itu adalah hak mereka untuk mengundi parti mana menerajui negeri Kelantan dan Pas adalah partinya.
Sepatutnya Azhar lebih bersikap terbuka dan mencari jalan penyelesaian lain bukannya mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kemarahan rakyat Kelantan.
Undang kemarahan Rakyat
Susulan itu, rata-rata warganet mengecam beliau kerana dianggap menghina orang Kelantan.
Ramai yang menganggap Azhar sekarang seolah-olah terpaksa mengikut telunjuk parti yang berkuasa hari ini.
Beliau sebagai Pengerusi SPR sewajarnya lebih berhati-hati di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan umum dan seharusnya lebih mengetahui tentang fakta sejarah Kelantan yang sinonim dengan panggilan Negeri Serambi Mekah.
Sekiranya ada beberapa orang yang berbuat maksiat, adalah salah mengaitkan dengan seluruh rakyat Kelantan.
Jangan kerana seekor nyamuk, satu kelambu dibakar.
KATA ORANG
Betul ke Pengerusi SPR yang popular itu deactivate twitter account selepas kata rakyat Kelantan kaki kelab malam?
— fadzmel fadzil (@fadzmel) March 25, 2019
Atau sebenarnya ada drama lain?#DramaSPR pic.twitter.com/ucmkOM6rkW
Jangan marah sangat kpd pengerusi spr yg mendakwa 60k rakyat kelantan pergi kelab di luar kelantan. mgkn dia telah pergi ke setiap kelab malam dan berjumpa 60k itu, paling tidak makan masa 5-6 tahun utk buat kajian, setia benar pengerusi spr dgn kelab malam
— Ahmad Fadhli Shaari (@FadhliShaari) March 24, 2019
Apa hak pengerusi SPR menyatakan demikian dengan menghina rakyat Kelantan...adakah sbb rakyat menyokong PAS? pic.twitter.com/ZM2cOpoXyl
— Zamyusof (@Zamyusof2) March 24, 2019
Pengerusi SPR kerjanya berkaitan pilihan raya, bukan jaga tepi kain orang ! Dia ni ikut rentak SPR dulu nampaknya.
— Yusof Latiff (@YusofLatiff1) March 24, 2019