Seiring dengan perkembangan internet dan teknologi, semua dapat menikmati segala bentuk hiburan daripada muzik, filem , buku, majalah, akhbar sehingga siaran televisyen secara digital dalam talian.
Masih ingat kes filem Munafik 2 yang menjadi mangsa cetak rompak ketika filem tersebut masih ditayangkan di pawagam?Â
Sedutan filem tersebut dimuat naik oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan mula dikongsi di laman sosial secara berleluasa.
Namun individu yang melakukan perkara tersebut telah dikenakan tindakan saman kerana sikapnya yang degil dan dianggap mencabar pihak produksi.
Cakap Biar Serupa Bikin
Pada Sidang Kemuncak Anti Cetak Rompak Kandungan Digital Kuala Lumpur, pengarah dan penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam telah menyatakan pendiriannya berkenaan perundangan bagi menyekat kegiatan ini.
Beliau juga meluahkan rasa kesal kerana penguatkuasaan yang secara proaktif dan agresif tidak dilaksanakan dan dilihat kerajaan tiada komitmen dalam membanteras penularan isu cetak rompak ini.
Bukan itu sahaja, beliau mengharapkan pihak kerajaan baharu ini ‘biar cakap serupa bikin’.
Â
Langkah Kerajaan Banteras Kegiatan Cetak Rompak
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menyifatkan kegiatan cetak rompak versi baharu yang mengaut keuntungan mudah menerusi pasaran kandungan digital kini semakin agresif malah tidak takut dengan perundangan yang sedia ada. Â
Tambahnya lagi, sistem perundangan khas bagi membanteras kegiatan cetak rompak ini akan digubal menerusi kerjasama dan bidang kuasa beberapa kementerian.
Jika hendak menyelesaikan masalah ini, pertama aduan perlu dibuat kepada agensi tertentu yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan dan siasat kemudian bawa ke mahkamah, katanya.
Bersama-Sama Membanteras Cetak Rompak
Secara tidak sedar, cetak rompak digital dinikmati secara meluas di sisi undang-undang kerana membabitkan pelanggaran isu hak cipta dan harta intelek pemilik karya tersebut.
Walaupun terdapat penguatkuasaan undang-undang, cetak rompak digital tetap berleluasa dan tidak menghiraukan akan tindakan yang bakal diambil.
Penguasaan undang-undang bagi membanteras kegiatan ini perlulah dibuat secara berkala dan bukannya bermusim apabila timbul desakan daripada pihak.
KATA ORANG
Berapa la rakyat malaysia yang boleh membeli/menonton/mendengar media digital asli dengan harga yang begitu mahal. Cuba la imbangkan harga yang berpatutan mengikut ekonomi negara ini. Kadar gaji yang rendah dengan harga barangan yang begitu mahal.
— theraven (@theraven9999) February 14, 2019