Majlis Istiadat Konvokesyen seharusnya menjadi satu majlis rasmi yang aman dihadiri oleh tetamu kehormat,ibu bapa dan juga para graduan.

Namun, lain pula yang berlaku pada Majlis Istiadat Konvesyen ke-59 Universiti Malaya baru-baru ini apabila dicemari dengan tindakan seorang graduan yang tekad melakukan protes di atas pentas selepas menerima skrol ijazahnya.

Graduan yang dikenali sebagai Wong Yan Ke dikatakan berjalan turun ke bawah pentas sempat berhenti sebentar, membuka plakad dan melaungkan: “Tolak rasis. Undur VC. Ini Tanah Malaysia”.

 Plakad yang dipegang Wong tertera gesaan supaya naib canselor itu meletakkan jawatan dengan mendakwa Abdul Rahman menjadi boneka kepada ahli politik, mencabul kebebasan akademik dan gagal menyelesaikan masalah kewangan universiti.

Difahamkan, Wong berbuat demikian bagi membantah ucapan Naib Canselor UM Dr Abdul Rahim Hashim ketika Kongres Maruah Melayu 6 Oktober lalu.

 

Naib Canselor Buat Ucapan Rasis

Di Kongres Maruah Melayu pada 6 Okt lepas Datuk Abdul Rahim Hashim dikatakan telah membuat ucapan rasis serta telah menyalahgunakan nama universiti untuk tujuan agenda parti politik malah mempersoalkan bukti akademik yang menyokong tuntutan dalam kongres yang sama.

Sumber: Astro Awani

Beliau dilaporkan berkata dominasi politik Melayu telah hilang selepas perubahan kerajaan dan hak istimewa orang Melayu dipersoal.

Pentadbir universiti itu juga memberi peringatan supaya kontrak sosial tidak dicabar.

Dalam pada masa sama, Wong turut mempersoalkan sama ada Naib Canselor UM itu berbuat demikian ekoran bimbang akan ditindas atau dikenakan hukuman ataupun terpaksa meletak jawatan ekoran perjawatannya itu merupakan lantikan yang dibuat oleh Menteri Pendidikan.

 

Alasan Lakukan Protes

Wong menjelaskan dia bukan bertindak sebarangan, sebaliknya telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada para pensyarah dan rakannya.

Dia mendakwa para pensyarah juga terkejut dengan kenyataan Rahim, dan menambah ahli akademik dan mahasiswa juga mempersoalkan tuntutan-tuntutan di kongres tersebut.

Menurutnya, kritikan-kritikan ini hanya berlaku di belakang para pentadbir kerana mereka tiada kuasa untuk mempersoalkan rasional tindakan naib canselor

Jelas Wong, mesej yang disampaikan menerusi protes ini adalah dengan menyedarkan bahawa setiap mahasiswa mempunyai hak untuk mengkritik pemimpin yang didapati tidak berkelayakan dan tidak bertanggungjawab.

Sumber: Free Malaysia Today

 

Netizen Kritik Tindakan Wong

Walaupun terdapat alasan tersendiri, tindakan Wong tetap dikritik oleh netizen yang menganggap tindakannya itu memalukan dan telah merosakkan majlis.

Ini kerana menurut netizen, majlis rasmi itu telah dihadiri oleh tetamu kehormat termasuk Canselor Sultan Nazrin Shah Sultan Azlan Shah yang telah merasmikan majlis tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Ada juga para graduan yang berharap agar pihak pengurusan universiti menyekat ijazah sarjana muda Wong selagi graduan itu tidak meminta maaf.

Mungkin bagi Wong dengan tindakannya sebegitu suara rakyat akan didengari namun beliau perlu meneliti kesannya sebelum melalukan sesuatu perkara.

Untuk pengetahuan, kesatuan mahasiswa Universiti Malaya menggesa Naib Canselor universiti itu, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim meletakkan jawatan berhubung ucapannya pada Kongres Maruah Melayu, pada 6 Oktober lepas

Ekoran itu juga, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik turut memberi perhatian kepada isu ini dengan menyatakan pertemuan antara kedua-dua belah pihak adalah lebih baik berbanding menyelesaikan isu itu dengan membuat kenyataan kepada media.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah tindakan graduan tersebut betul demi untuk membantah atau protes?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN