Belum pun reda isu mengenai kes seorang lelaki bertindak kejam dengan menembak monyet gara-gara enggan menyebut perkataan ‘baby sayang’, kini timbul pula satu kes baru yang memaparkan seorang lelaki menyeksa seekor ayam jantan dengan mencekiknya. 

Kejadian tular yang berlaku di Kuala Dungun itu sejak Sabtu lalu menunjukkan lelaki berusia lingkungan awal 20-an mencekik leher ayam jantan berkenaan sehingga binatang itu mengalami kekejangan.

Dalam masa yang sama, lelaki tersebut dilihat turut sama menggoncang ayam jantan itu di hadapan beberapa lelaki yang dipercayai rakan-rakannya.

Apa yang dilakukan lelaki ini sama sekali telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersimpati terhadap nasib ayam tersebut kerana dicekik tanpa sebab sekaligus menyifatkan perbuatan itu sebagai satu penganiayaan terhadap haiwan.

 

Dera Binatang Salah Di Sisi Undang-Undang!

Meskipun apa yang dilakukan lelaki ini hanya sekadar gurauan, namun apa yang dilakukan lelaki terbabit sama sekali tidak boleh diterima kerana perlakuannya jelas sekali menunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan.

Sumber: Astro Awani

Jika sabit kesalahan, pendera haiwan boleh didakwa mengikut Akta Kebajikan 2015 kerana melakukan penganiayaan terhadap haiwan yang boleh dikenakan hukuman denda serta penjara.

Bagi kes sebegini, pendera haiwan boleh didenda hukuman denda minimum RM20,000 dan RM100,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun.

Orang ramai perlu faham, walau memukul, menendang, mendera, abai atau meninggalkan mana-mana haiwan sekalipun, anda sama sekali boleh didakwa apatah lagi sengaja menyeksa dan merakam tindakan kejam itu untuk dipertontonkan pada umum.

Sumber: themalaysiantimes.com.my

Tidakkah Islam mengajar kita untuk saling kasih-mengasihani terhadap haiwan kerana mereka juga adalah makhluk yang diciptakan untuk memberi banyak faedah kepada manusia.

Malah, dalam Islam sendiri ada menetapkan garis panduan penyembelihan haiwan ternakan yang mana haiwan yang disembelih tidak boleh dipukul atau dipertontonkan kepada umum.

 

Masyarakat Masih Kurang Kesedaran

Gambar sekadar hiasan

Dalam kes ini, kurangnya kesedaran dan perasaan kasih sayang terhadap haiwan menjadi punca kekejaman terhadap haiwan terus berlaku.

Masyarakat perlu faham bahawa haiwan juga memerlukan kasih sayang dan mereka juga berasa sakit sekiranya didera atau dipukul sama seperti kita.

Tidak rugi pun kita berbuat baik terhadap haiwan sama ada ternakan, haiwan peliharaan atau haiwan yang mungkin dianggap najis seperti anjing sekalipun kerana setiap perbuatan baik yang kita lakukan itu pasti akan dikurniakan ganjaran pahala.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN